Welma La'anda (welmalaanda@gmail.com)
Tajuk :
Guru Arkitek Bangsa
Penulis : Mya Marja
Halaman : 348 Penerbit : PTS Professional Harga : RM24
Saya mula membaca Guru Arkitek Bangsa karya Mya Marja atau nama sebenarnya Muhd Yatim Marjiko pada penghujung bulan lepas. Dalam masa 3 hari, alhamdulillah pembacaan selesai. Novel ini merupakan antara novel di dalam Siri Novel Profession yang diterbitkan oleh PTS Professional. Saya kira ini siri novel baru di bawah naungan PTS. Setakat yang saya tahu cuma ada 2 buah sahaja novel untuk siri ini di pasaran, yang satunya lagi bertajuk Meredah Samudera karya Imran Yusuf.
Tajuk :Guru Arkitek Bangsa

Siri Novel Profession mengetengahkan gaya bercerita dalam menyampaikan maklumat dan perjalanan yang perlu ditempuhi dalam memahami setiap kerjaya yang dicita-citakan -begitu katanya seperti yang tertera di belakang kulit novel ini. Saya kira inilah mesej utama yang mahu disampaikan oleh PTS Professional. Puan Ainon ada menyatakan di laman webnya http://www.universitipts.com/ tentang satu program yang dikendalikannya di sekolah luar bandar di mana dia meminta pelajar-pelajar Tingkatan 5 itu menulis nama-nama pekerjaan dan hasilnya tidak seorang pun di antara mereka yang menulis lebih dari 12 jenis pekerjaan. Jadi, diharapkan novel Siri Profession ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar sekolah luar bandar dalam memahami jenis-jenis pekerjaan dan gambaran yang jelas tentang pekerjaan itu.
Guru Arkitek Bangsa adalah sebuah novel yang menyusuri kerjaya dalam bidang perguruan. Ia mengandungi 18 bab kesemuanya. Fuad adalah watak utama dalam cerita ini. Pada permulaan novel, diceritakan Fuad tidak mempunyai cita-cita dan dia tidak tahu sebenarnya mahu bekerja apa suatu hari kelak. Mula-mula, dia mahu menjadi tentera udara, mengikut jejak langkah bapa saudaranya yang merupakan seorang tentera. Tetapi akhirnya, dia tidak mahu pula kerana takut risiko kapal terbang terhempas.
Saya membahagikan novel ini kepada 3 bahagian penting. Bahagian pertama menceritakan kehidupan Fuad dan bagaimana dia boleh menceburi bidang perguruan. Mungkin saya boleh katakan Fuad sebenarnya tidak berminat menjadi guru pada mula-mulanya. Faktor-faktor rendah diri dan keliru apa yang dikehendakinya mungkin menjadi faktor penyebab. Pada anggapan saya, salah satu sebab kenapa dia akhirnya memilih kerjaya perguruan adalah kerana peluang sudah ditawarkan dan desakan berbentuk semangat daripada keluarga dan kawan-kawan. Akhirnya Fuad memilih untuk menerima tawaran belajar di maktab perguruan.
Bahagian kedua pula menceritakan kehidupan yang dijalani Fuad sepanjang berada di maktab perguruan. Saya suka bahagian ini. Mesej kehidupan dan gambaran pembelajaran di maktab perguruan boleh saya hayati dengan begitu baik sebagai seorang yang tidak tahu menahu tentang kehidupan pelajar-pelajar maktab. Saya ada rakan-rakan yang belajar di maktab perguruan, tetapi saya tidak boleh bayangkan bagaimana cara pembelajaran mereka dan suasana maktab itu sebenarnya.Tetapi, novel ini menyajikan semua itu dan saya hanya mengangguk sahaja, oooo begini rupanya! Fuad dalam bahagian kedua ini ditampilkan dengan sifat yang rajin, aktif dalam pembelajaran dan sentiasa kreatif memberi yang terbaik. Saya begitu terhibur apabila membaca aktiviti-aktiviti Fuad seperti membuat kolaj, memasak dan menjahit beg kanvas untuk subjek Ekonomi Rumah Tangga, menghasilkan hasil seni menggunakan plaster of Paris, mencanting batik dan menghasilkan mural serta menghasilkan bahan-bahan bantuan mengajar. Pada bahagian ini, saya dapat rasakan Fuad sudah boleh menyesuaikan diri dan dia ‘enjoy’ dengan suasana dan budaya pembelajaran di maktab walaupun pada mula-mula cerita, diceritakan dia agak was-was adakah dia mampu menjadi seorang guru yang baik.
Bahagian ketiga pula menceritakan kehidupan Fuad sebagai seorang guru. Saya suka mengambil bahagian ini sebagai mesej penting dan utama yang cuba disampaikan melalui novel Guru Arkitek Bangsa. Guru tugasnya bukan hanya mengajar di dalam kelas sahaja. Jikalau setiap guru cuma berfikir mahu membantu pelajar mendapat A sahaja, jikalau begitu maka akan lahirlah ramai pelajar kalkulator. Pelajar kalkulator ini cuma tahu disuap sahaja. Mereka biasanya dprogram dan ada butang untuk diaktifkan program itu. Bila sudah bergraduasi, mereka akan jadi pekerja robot. Ramai sekarang ini sudah menjadi robot, contohnya jurutera robot, boleh dengan jelas anda lihat di kilang-kilang perindustrian. Pekerja robot ini cuma tahu bekerja kerana duit sahaja.

Jadi seorang guru, harus membantu pelajar faham bagaimana dia harus menjadi orang, apa tujuan dia belajar, ilmu itu nanti mahu digunakan untuk apa dan kerana apa serta apa tangunggjawab dia untuk agama, diri, keluarga, masyarakat, ummah, negara dan dunia ini. Guru bukan profession untuk orang kampung sahaja, untuk orang yang kecundang SPM sahaja dan untuk mereka yang mahu cuti banyak sahaja. Minda masyarakat harus diperbetulkan tentang profession guru supaya masyarakat belajar untuk menyenaraikan profession guru di antara profession yang sebaris hebat dengan jurutera, doktor atau peguam.
Wallahu alam
Sumber Gambar :
Guru Arkitek Bangsa - http://www.pts.com.my/index.php/buku/guru_arkitek_bangsa/

0 comments:
Post a Comment