Welma La'anda (welmalaanda@gmail.com)
Tidak ada perancangan untuk membeli novel Salju Sakinah pada mulanya. Tetapi entah kenapa apabila baca-baca tulisan di blog orang akhirnya saya terpengaruh dengan kalimat best seller dan bagus itu.
Saya mula membaca novel ini pada sebelah malam 8 Jun dan selesai pada sebelah malam 9 Jun. Alhamdulillah di atas kelapangan yang Allah berikan! . Pendapat saya, novel ini biasa-biasa sahaja. Isu-isu yang diketengahkan adalah isu biasa. Perjalanan kehidupan Sumayyah iaitu watak tonggak dalam Salju Sakinah juga adalah biasa-biasa . Namun begitu, Zaid Akhtar pandai bermain ayat dan perkataan sehingga saya sebagai pembaca begitu mahsyuk dengan novel karyanya. Novel ini disampaikan dengan penuh kemas, teratur dan menggunakan bahasa yang cantik sehinggakan setiap perjalanan cerita Sumayyah yang biasa-biasa itu menjadi sangat menarik sekali.
Ada sedikit geram kerana penulis selalu 'mematikan satu-satu bab' dengan tanda tanya, contohnya perjumpaan Yusra dengan Sumayyah di sebuah masjid, apakah isi perbualan di antara mereka dan juga nombor telefon siapa yang tertera pada telefon bimbit Salbiah ketika Sumayyah mengangkatnya DAN kesemua jawapan-jawapan itu hanya akan diperolehi pada penghujung novel. Wah, begitu bijak penulis mengikat para pembaca! Mungkin itu salah satu sebab kenapa saya terus baca dan baca mencari jawapan untuk soalan tergantung sehingga lenguh seluruh badan saya.
Saya tidak berapa setuju dengan ulasan Salju Sakinah oleh Roslan Isa di dalam Milenia (Jun 2008) yang mengatakan "kisah percintaan tidak menjadi tunjang dalam novel ini".Bagi saya kisah percintaan sentiasa menyelubungi novel ini dan saya sendiri menganggap novel ini adalah novel cinta. Kisah hubungan antara Sumayyah dengan Afnan, Lukman, Muazzam dan Naufal diceritakan dalam hampir keseluruhan novel ini. Tidak lupa juga kisah Hakimi-Hakimah . Itu semua adalah warna-warni cinta yang dipersembahkan dalam Salju Sakinah. Cuma kisah cinta itu disampaikan dengan gaya yang berbeza daripada apa yang biasa kita faham dan dipertekankan bagaimana cinta itu sewajarnya dihadapi agar natijahnya akan membawa cinta kepada Allah.
Membaca Salju Sakinah mengingatkan saya kepada Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El Shirazy. Jikalau Habiburrahman menggunakan hanya Mesir sahaja sebagai lokasi ceritanya berbeza dengan Zaid Akhtar, dia mengambil lokasi Jordan dan Johor untuk dipersembahkan dalam Salju Sakinah. Lokasi tempat, selok belok tempat dan gambaran tempat itu diceritakan begitu detail. Sampai sekarang saya masih tidak boleh menghadam nama-nama tempat yang diceritakan itu. Saya tidak menjumpai titik persamaan Salju Sakinah dan Ayat-Ayat Cinta kerana ia adalah 2 novel yang berbeza dengan gaya cerita berbeza dan mesej juga yang berbeza tetapi hati saya kuat mengatakan Zaid Akhtar mendapat inspirasi menulis Salju Sakinah melalui Ayat-Ayat Cinta. Adakah betul jangkaan saya? Dalam banyak-banyak cerita yang dipersembahkan dalam Salju Sakinah, saya paling suka dan kagum serta menjadi alasan kuat untuk saya mengatakan ini karya bagus ialah melalui ruangan dedikasi penulis. Sebelum membaca satu-satu buku, biasanya saya akan 'ronda-ronda' dulu pada bahagian pengantar, penghargaan penulis serta rujukan dan perkara biasa saya lihat penulis lelaki yang sudah berkahwin mengucapkan ribuan terima kasiihnya kepada Isteri, anak-anak dan ibu bapa. Tetapi Salju Sakinah berbeza sedikit. Terima kasih itu didekasikan dahulu untuk ibu-ibu, baru isteri dan anak-anak. Ini bukan isu besar atau penting, siapa dahulu untuk diucap terima kasih tidak menjadi masalah, cuma saya sangat berasa lapang membaca sesuatu karya orang jikalau penulisnya (lelaki) mengikut susunan ibu bapa dahulu baru isteri dan anak-anak.
Wallahu alam
Sumber Gambar :
Salju Sakinah - http://www.pts.com.my/index.php/buku/salju_sakinah/
Ayat-Ayat Cinta - http://www.pdat.co.id/hg/newbooks_pdat/2006/12/18/nwb,20061218-01,id.html
Wallahu alamSumber Gambar :
Salju Sakinah - http://www.pts.com.my/index.php/buku/salju_sakinah/
Ayat-Ayat Cinta - http://www.pdat.co.id/hg/newbooks_pdat/2006/12/18/nwb,20061218-01,id.html








6 comments:
Salam.
Sdr,
terima kasih kerana sudi membaca dan mengulas novel saya yang seadanya ini.
Moga ia bermanfaat.
p/s: Novel SS ini ditulis sepanjang 2005. AAC dihadiahkan seorang pembaca kepada saya pada pertengahan 2006.
Ustaz,
Terima kasih kerana meluangkan masa ke blog saya. Semoga terus berkarya lagi.
Salam.
Terima kasih atas komen kepada ulasan saya di Majalah Milenia Muslim.
Saya kolumnis bagi ruangan buku dan kritik itu. Promosi pula.
Teruskan membaca buku-buku pilihan, jika ada buku PTS yang mahu diulas. Sila emel saya, roslan at pts.com.my
Tuan Roslan,
Terima kasih kerana berlapang dada di atas perbezaan pendapat ulasan salju sakinah.
Saya menanti ulasan buku selanjutnya di Milenia daripada Tuan. :)
bestttt!!!!!
Post a Comment