Welma La'anda (welmalaanda@gmail.com)
Selingan.
Membaca lagi. Saya rasa semua kerja saya tidak dapat dilaksanakan dengan baik apabila tidak mengemaskinikan blog ini (Mana tidaknya, asyik tanam sayur di Barn Buddy Facebook sahaja). Saya seolah-olah kehilangan sumber inspirasi. Saya tetap membaca seperti biasa walaupun tidak menulis semua perkongsian itu di My Kingdom of Books. Tetapi, tanpa menulis perkongsian itu, saya menjadi sangat payah berdisiplin ketika membaca. Baca satu dua halaman, tidur. Esok hari, tukar buku lain. Nampaknya "blog tutup" sehingga 9 November tidak boleh diteruskan.
Marathon membaca dimulakan pada hari Ahad (18/10) atau lebih tepatnya setelah saya balik dari kedai buku di pekan Kulim. Niat di hati untuk tengok-tengok sahaja, mungkin ada buku 50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia. Syukur! Buku itu ada. Oh, tambah lagi 2 buah buku yang menggoda hati - Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw dan Cuba Try Cinta Islam . Beli 3 buah dan ketiga-tiganya selesai dibaca sehingga hari Isnin (19/10). Hooray!
Tajuk :
Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw
Penyusun : Zulkarnain Dollah
Halaman : 85 Penerbit : PTS Islamika Harga : RM4
Saya memang mencari buku ini. Minggu lepas, ketika saya mengunjungi Gramedia, saya tidak menjumpainya. Memang tidak ada perancangan pada mulanya untuk membeli buku ini ketika semak-semak buku di laman web PTS.
Tetapi, apabila membaca ulasan di sini, menjadi semacam mahu memiliki pula buku ini. Alamak! Saya tersilap rupa-rupanya. Ketika saya membuat pautan (link) sebentar tadi, baru saya perasan, buku yang saya niatkan untuk dibeli ialah Diari Hidup Rasulullah saw, bukan Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw. Saya terkeliru dengan warna biru kulit buku.
Tidak mengapalah. Buku pun sudah habis dibaca. Manfaat yang diperolehi sepanjang pembacaan, tidak terkira banyaknya. Bukan sahaja ilmu, tetapi apa yang lebih penting ialah motivasi untuk mengamalkannya begitu membuak-buak sekali sepanjang dan selepas pembacaan. Walaupun hanya 85 halaman dan kebanyakan isi-isi yang ditulis memang sudah diketahui, tetapi buku ini tetap membuatkan saya menjadi begitu asyik membacanya. Bukan kerana tulisan yang memikat tetapi kerana tokoh yang diceritakan iaitu Rasulullah saw. Walaupun saya tidak pernah melihat baginda saw di alam nyata, namun baginda saw menduduki tempat yang sangat istimewa di hati saya. Jujur saya katakan. Kita pun memang sudah selalu sangat diajar : pertama cinta kepada Allah, kedua cinta kepada RasulNya, ketiga, cinta kepada ibu bapa dan seterusnya.
Saya pernah bermimpi baginda saw ketika saya berusia 18 tahun. Pada hari kedua kematian ibu saya. Malam pertama saya tiba di rumah Sarawak dari Pulau Pinang. Mungkin saya tidur dalam kesedihan pada malam itu. Pada malam itu juga, saya bermimpi baginda saw. Baginda saw membawa saya, ibu dan beberapa wanita lain menaiki kereta kuda. Baginda saw yang menunggang kuda itu. Sejurus saya berkata, "Ya Rasulullah", terus saya tersedar. Sebaik sahaja tersedar, perkara pertama yang saya fikir ialah, "Aku mimpi Rasulullah". Gembira tidak terkata. Allah mencabut serta merta kesedihan hati digantikan dengan kegembiraan bermimpi berjumpa Rasulullah saw. Sejak dari hari itu, setiap kali bersedih, setiap kali saya rasa keseorangan, setiap kali saya tidak berdaya dengan ujian Tuhan, pasti saya sentiasa memujuk hati dengan mengingati hadiah daripada Allah itu iaitu mimpi berjumpa Rasullullah saw. Itulah sekali sahaja saya bermimpi berjumpa baginda. Selepas itu tiada lagi sehingga kini.
Mungkin kerana mimpi itu juga, saya rasa sangat dekat dengan baginda saw. Setiap kali membaca buku, mendengar lagu atau menonton cerita mengisahkan baginda, pasti akan membuatkan saya menjadi sayu, rindu dan mahu menangis. Malu sangat kerana saya bukan umat yang baik. Sudahlah itu, jarang bersalawat pula. Tetapi, muka tidak malu mengaku rindu padanya. Saya berdoa semoga di hari akhirat nanti, saya, ahli keluarga, zuriat-zuriat dan kawan-kawan saya berada dalam kelompok yang Rasulullah saw mengaku sebagai umatnya.
Terima kasih kepada buku ini kerana mengingatkan saya kepada Rasulullah saw. Terima kasih kerana membuatkan saya menangis walaupun penyampaiannya biasa-biasa sahaja. Namun siapa sangka, di sebalik yang biasa-biasa itu, Allah membantu saya untuk mencintai rasulNya. Terima kasih lagi kerana sentiasa mengingatkan yang saya membaca buku bukan kerana mahu mengemaskini blog sahaja tetapi kerana mahu mencari hikmah agar menjadi hamba Allah yang lebih ikhlas mengabdi kepadaNya. Terima kasih juga buku kerana menjadi penyebab saya membaca Al-Mathurat setiap pagi dan petang semula setelah bertahun saya meninggalkannya.
Buku Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw ini memiliki 4 bab semuanya. Bab 1 menceritakan sunnah-sunnah Rasulullah saw dalam amalan seharian, Bab 2 ialah tentang sunnah-sunnah Rasulullah saw ketika solat, Bab 3 pula tentang sunnah-sunnah Rasulullah saw pada waktu pagi dan petang dan Bab 4 ialah tentang sunnah-sunnah Rasulullah saw dalam situasi tertentu. Di dalam bab 4 ini, ada dinyatakan, mengingati Allah pada setiap masa itu ialah sunnah Rasulullah saw. Berfikir akan nikmat Allah juga merupakan sunnah Rasullulah saw. Ada tambahan bab lagi iaitu Bab 5. Kata penulis, Bab 5 ini ditulis dengan harapan semakin bertambah lagi kecintaan kita kepada baginda Rasulullah saw. Bab 5 mengandungi ciri-ciri fizikal Rasulullah saw, apa kebiasaan baginda saw, bagaimana keadaan di rumah, di luar rumah dan bagaimana baginda saw dengan para sahabat. Ada juga maklumat berkenaan mukjizat-mukjizat baginda saw.
Saya percaya setiap daripada kita sentiasa dibantu oleh Allah untuk mencintai rasulNya, Muhammad saw. Seperti saya, Allah membantu saya dengan menghadiahkan mimpi berjumpa baginda saw. Ada orang lain, mereka dibantu dengan diizinkan ke Makkah dan Madinah untuk melihat sendiri kesan-kesan peninggalan Rasulullah saw di sana. Kawan saya ketika dia pergi menunaikan umrah pada tahun ini, dia sempat mendaki Jabal Nur, di mana puncaknya ada Gua Hira'. Menurut kawan saya, bukan senang mahu mendaki Jabal Nur menuju ke Gua Hira'. Tidak dapat saya bayangkan betapa hebatnya Rasulullah saw berulang-alik ke Gua Hira' walhal pada ketika itu baginda saw masih belum menerima wahyu lagi. Memang Rasulullah saw itu sebaik-baik contoh tauladan yang perlu kita contohi.
Marilah kita bersama-sama sedaya upaya belajar mencintai baginda saw. Terlalu besar pengorbanan baginda saw kepada kita. Di mana-mana pun baginda saw sentiasa ingat kepada kita. Ketika peristiwa Israk Mikraj masih sempat berfikir untuk kurangkan jumlah rakaat solat kita. Ketika baginda dalam keadaan nazak, masih sempat memohon untuk diletakkan semua kesakitan sakaratul maut umatnya ke atas dirinya dan jangan kita lupa di akhirat nanti, baginda juga akan mencari-cari kita.
Paling tidak pun, cubalah baca buku ini - Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw. Letak di sebelah katil, sebelum tidur baca satu sunnah dan niatkan dipermudahkan untuk mengamalkannya. Semoga kecintaan kita kepada baginda saw semakin bertambah :)
Wallahu alam
Sumber Gambar :
Selingan.
Membaca lagi. Saya rasa semua kerja saya tidak dapat dilaksanakan dengan baik apabila tidak mengemaskinikan blog ini (Mana tidaknya, asyik tanam sayur di Barn Buddy Facebook sahaja). Saya seolah-olah kehilangan sumber inspirasi. Saya tetap membaca seperti biasa walaupun tidak menulis semua perkongsian itu di My Kingdom of Books. Tetapi, tanpa menulis perkongsian itu, saya menjadi sangat payah berdisiplin ketika membaca. Baca satu dua halaman, tidur. Esok hari, tukar buku lain. Nampaknya "blog tutup" sehingga 9 November tidak boleh diteruskan.
Marathon membaca dimulakan pada hari Ahad (18/10) atau lebih tepatnya setelah saya balik dari kedai buku di pekan Kulim. Niat di hati untuk tengok-tengok sahaja, mungkin ada buku 50 Tokoh Islam yang Mengubah Dunia. Syukur! Buku itu ada. Oh, tambah lagi 2 buah buku yang menggoda hati - Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw dan Cuba Try Cinta Islam . Beli 3 buah dan ketiga-tiganya selesai dibaca sehingga hari Isnin (19/10). Hooray!
Tajuk :Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw
Penyusun : Zulkarnain Dollah
Halaman : 85 Penerbit : PTS Islamika Harga : RM4
Saya memang mencari buku ini. Minggu lepas, ketika saya mengunjungi Gramedia, saya tidak menjumpainya. Memang tidak ada perancangan pada mulanya untuk membeli buku ini ketika semak-semak buku di laman web PTS.
Tetapi, apabila membaca ulasan di sini, menjadi semacam mahu memiliki pula buku ini. Alamak! Saya tersilap rupa-rupanya. Ketika saya membuat pautan (link) sebentar tadi, baru saya perasan, buku yang saya niatkan untuk dibeli ialah Diari Hidup Rasulullah saw, bukan Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw. Saya terkeliru dengan warna biru kulit buku.Tidak mengapalah. Buku pun sudah habis dibaca. Manfaat yang diperolehi sepanjang pembacaan, tidak terkira banyaknya. Bukan sahaja ilmu, tetapi apa yang lebih penting ialah motivasi untuk mengamalkannya begitu membuak-buak sekali sepanjang dan selepas pembacaan. Walaupun hanya 85 halaman dan kebanyakan isi-isi yang ditulis memang sudah diketahui, tetapi buku ini tetap membuatkan saya menjadi begitu asyik membacanya. Bukan kerana tulisan yang memikat tetapi kerana tokoh yang diceritakan iaitu Rasulullah saw. Walaupun saya tidak pernah melihat baginda saw di alam nyata, namun baginda saw menduduki tempat yang sangat istimewa di hati saya. Jujur saya katakan. Kita pun memang sudah selalu sangat diajar : pertama cinta kepada Allah, kedua cinta kepada RasulNya, ketiga, cinta kepada ibu bapa dan seterusnya.
Saya pernah bermimpi baginda saw ketika saya berusia 18 tahun. Pada hari kedua kematian ibu saya. Malam pertama saya tiba di rumah Sarawak dari Pulau Pinang. Mungkin saya tidur dalam kesedihan pada malam itu. Pada malam itu juga, saya bermimpi baginda saw. Baginda saw membawa saya, ibu dan beberapa wanita lain menaiki kereta kuda. Baginda saw yang menunggang kuda itu. Sejurus saya berkata, "Ya Rasulullah", terus saya tersedar. Sebaik sahaja tersedar, perkara pertama yang saya fikir ialah, "Aku mimpi Rasulullah". Gembira tidak terkata. Allah mencabut serta merta kesedihan hati digantikan dengan kegembiraan bermimpi berjumpa Rasulullah saw. Sejak dari hari itu, setiap kali bersedih, setiap kali saya rasa keseorangan, setiap kali saya tidak berdaya dengan ujian Tuhan, pasti saya sentiasa memujuk hati dengan mengingati hadiah daripada Allah itu iaitu mimpi berjumpa Rasullullah saw. Itulah sekali sahaja saya bermimpi berjumpa baginda. Selepas itu tiada lagi sehingga kini.
Mungkin kerana mimpi itu juga, saya rasa sangat dekat dengan baginda saw. Setiap kali membaca buku, mendengar lagu atau menonton cerita mengisahkan baginda, pasti akan membuatkan saya menjadi sayu, rindu dan mahu menangis. Malu sangat kerana saya bukan umat yang baik. Sudahlah itu, jarang bersalawat pula. Tetapi, muka tidak malu mengaku rindu padanya. Saya berdoa semoga di hari akhirat nanti, saya, ahli keluarga, zuriat-zuriat dan kawan-kawan saya berada dalam kelompok yang Rasulullah saw mengaku sebagai umatnya.
Terima kasih kepada buku ini kerana mengingatkan saya kepada Rasulullah saw. Terima kasih kerana membuatkan saya menangis walaupun penyampaiannya biasa-biasa sahaja. Namun siapa sangka, di sebalik yang biasa-biasa itu, Allah membantu saya untuk mencintai rasulNya. Terima kasih lagi kerana sentiasa mengingatkan yang saya membaca buku bukan kerana mahu mengemaskini blog sahaja tetapi kerana mahu mencari hikmah agar menjadi hamba Allah yang lebih ikhlas mengabdi kepadaNya. Terima kasih juga buku kerana menjadi penyebab saya membaca Al-Mathurat setiap pagi dan petang semula setelah bertahun saya meninggalkannya.
Buku Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw ini memiliki 4 bab semuanya. Bab 1 menceritakan sunnah-sunnah Rasulullah saw dalam amalan seharian, Bab 2 ialah tentang sunnah-sunnah Rasulullah saw ketika solat, Bab 3 pula tentang sunnah-sunnah Rasulullah saw pada waktu pagi dan petang dan Bab 4 ialah tentang sunnah-sunnah Rasulullah saw dalam situasi tertentu. Di dalam bab 4 ini, ada dinyatakan, mengingati Allah pada setiap masa itu ialah sunnah Rasulullah saw. Berfikir akan nikmat Allah juga merupakan sunnah Rasullulah saw. Ada tambahan bab lagi iaitu Bab 5. Kata penulis, Bab 5 ini ditulis dengan harapan semakin bertambah lagi kecintaan kita kepada baginda Rasulullah saw. Bab 5 mengandungi ciri-ciri fizikal Rasulullah saw, apa kebiasaan baginda saw, bagaimana keadaan di rumah, di luar rumah dan bagaimana baginda saw dengan para sahabat. Ada juga maklumat berkenaan mukjizat-mukjizat baginda saw.
Saya percaya setiap daripada kita sentiasa dibantu oleh Allah untuk mencintai rasulNya, Muhammad saw. Seperti saya, Allah membantu saya dengan menghadiahkan mimpi berjumpa baginda saw. Ada orang lain, mereka dibantu dengan diizinkan ke Makkah dan Madinah untuk melihat sendiri kesan-kesan peninggalan Rasulullah saw di sana. Kawan saya ketika dia pergi menunaikan umrah pada tahun ini, dia sempat mendaki Jabal Nur, di mana puncaknya ada Gua Hira'. Menurut kawan saya, bukan senang mahu mendaki Jabal Nur menuju ke Gua Hira'. Tidak dapat saya bayangkan betapa hebatnya Rasulullah saw berulang-alik ke Gua Hira' walhal pada ketika itu baginda saw masih belum menerima wahyu lagi. Memang Rasulullah saw itu sebaik-baik contoh tauladan yang perlu kita contohi.
Marilah kita bersama-sama sedaya upaya belajar mencintai baginda saw. Terlalu besar pengorbanan baginda saw kepada kita. Di mana-mana pun baginda saw sentiasa ingat kepada kita. Ketika peristiwa Israk Mikraj masih sempat berfikir untuk kurangkan jumlah rakaat solat kita. Ketika baginda dalam keadaan nazak, masih sempat memohon untuk diletakkan semua kesakitan sakaratul maut umatnya ke atas dirinya dan jangan kita lupa di akhirat nanti, baginda juga akan mencari-cari kita.
Paling tidak pun, cubalah baca buku ini - Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw. Letak di sebelah katil, sebelum tidur baca satu sunnah dan niatkan dipermudahkan untuk mengamalkannya. Semoga kecintaan kita kepada baginda saw semakin bertambah :)
Wallahu alam
Sumber Gambar :
Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw - http://www.pts.com.my/index.php/buku/amalan-24-jam-dalam-kehidupan-rasulullah-s.a.w/
Diari Hidup Rasulullah - http://www.pts.com.my/index.php/buku/diari_hidup_rasulullah_s.a.w/

4 komen:
Salam Welma,
patut la dah lama tak de entry baru. Ya kan Welma, kita ni rindu nak jumpa Nabi Muhammad s.a.w ( dan nabi2 lain juga), tapi pesanan Nabi buat masa ni tak diamalkan 100%. Smuga Allah memudahkan semuanya, dan mengasihani kita ni hamba yg tiada daya dan upaya jika tidak dgn pertolonganNya.
Pernah juga mimpi Nabi, tapi nampak bahagian belakangnya sahaja, rasa sedih gak.
patutla lama tak update blog...sedangkan ambe hanya rajin di laman blog je...jarang ke facebook mahupun friendster...di tambah plak kesibukan kerja dan blajar....namun ambe tertarikla tajuk buku Tryla Cinta Islam..harap welma dapat reviewkan..hehehe..lagi satu ambe terasa sangat ketinggalan jauh ke belakang di Goodreads..sudah segan nak masuk forum di sana..yela masing2 ada sahaja isu buku2 terbaru nak didiscusskan saya..hanya mampu melihat sahaja..malah buku yakjud dan makjud yang dibeli pun baru dihalama 100++...sudah distop seketika sebab memberi penumpuan terhadap report blajar..biasala manusia ni kalau diberi 48 jam sehari pun masih tidak mencukupi malah masih mengeluhkan...hahaha..selamat berexam...technician2 ambe dah start minta cuti nak study ni..hahaha
Kak Rohaya,
Hehe. Konon-konon belajar kak, tapi banyak bermain facebook dari belajar. Sebenarnya, mungkin kita patut banyak sembang hal-hal Rasulullah sesama kawan2, baru boleh menyemarakkan lagi rasa cinta buat baginda. Ada beberapa amalan yang perlu dibuat jikalau tidak silap saya (terlupa pula bacaannya), jikalau kita mahu bermimpi Rasullullah saw :)
Nakamura,
Facebook saya itu pun untuk permainan sahaja. Jarang sikit berchatting. Kalau ada orang tegur, maka baru dijawab ;).InsyaAllah untuk Cuba Try Cinta Islam. Esok jadual menulis saya. Pagi Jumaat insyaAllah baru publish reviu. Saya pun senasib Nakamura untuk aktiviti2 di Goodreads.
salam dik welma.
akakpun pernah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW ketika berusia 18 tahun cuma tak pernah dikongsikan sebelum ini.
agak terkejut juga bila membaca catatan pengalaman welma ketika pada usia yg sama. mungkin secara kebetulan. ;)
one more. akak agree yang buku ni memang mantap dan menarik, subhanallah. sgt sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur.
:2 thumbs up:
Post a Comment