Welma La'anda (welmalaanda@gmail.com)
Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Penulis : Abdul Latip Talib
Penulis : Abdul Latip Talib
Halaman : 260 Penerbit : PTS Litera
Memang patut pun kita sentiasa digalakkan berdamping dengan buku-buku yang bercerita tentang pejuang-pejuang Islam. Bukannya apa. Membaca buku dengan tema sebegini lain benar rasanya. Rasa seperti kekosongan yang telah diisi. Kita boleh memilih samada mahu membaca yang berjenis bukan fiksyen ataupun fiksyen. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Jikalau anda sudah tepu (seperti saya) dek membaca buku bukan fiksyen berturut-turut, membaca fiksyen sejarah boleh memberi terapi merehatkan fikiran.
Saya jangka semua daripada kita mengetahui siapakah Imam Syafie. Kita sudah sangat biasa mendengar kisah-kisah tentang beliau yang begitu menggugah. Kita tahu ibu beliau bermimpi keluar bintang dari perutnya ketika mengandungkan beliau. Kita tahu Imam Hanafi wafat pada hari kelahirannya. Kita tahu beliau dibesarkan oleh ibunya dan hidup dalam kemiskinan. Kita tahu beliau seorang genius yang mempunyai daya menghafaz yang sangat tinggi.
Kita juga sangat mesra dengan sebuah kisah dek kerana miskinnya Imam Syafie, beliau tidak mampu membeli alat tulisan sehingga di dalam satu kuliahnya beliau menulis apa yang diajar oleh gurunya dengan menggunakan air liur yang dicatat di atas tangan. Gurunya menyangka Imam Syafie sedang bermain-main. Ternyata sangkaan si guru tidak benar apabila Imam Syafie berjaya menerangkan seluruh pelajaran pada hari itu. Kita juga selalu mendengar satu lagi kisah di mana Imam Syafie menziarahi gurunya Imam Malik. Pada malam itu, anak perempuan Imam Malik pelik akan sikap Imam Syafie yang disangkanya warak. Manakan tidak, dilihatnya, Imam Syafie begitu berselera dengan makanan dan tidur nyenyak sepanjang malam. Rupa-rupanya sangkaan anak perempuan Imam Malik itu tidak benar. Pada malam itu, dalam tidur, Imam Syafie telah berjaya menyelesaikan ratusan persoalan agama.

Kelebihan buku ini ialah dari segi gaya penceritaan penulis yang selalu sahaja membuatkan saya tenggelam menikmatinya. Kadang-kadang saya merasakan seolah-olah saya ialah sebahagian manusia yang hidup sezaman dengan Imam Syafie. Nyata sekali buku ini memang sesuai untuk merehatkan minda. Dalam masa yang sama mampu pula membuat jiwa berkobar-kobar mahu mencontohi Imam Syafie.
Imam Syafie ialah antara lambang penuntut ilmu sejati. Kita pada hari ini jarang benar mewarisi karakter tersebut termasuk saya. Boleh saya rumuskan karakter wajib sebagai seorang penuntut ilmu ialah niat LillahiTaala yang seiring dengan kesungguhan dan seiring lagi dengan akhlak serta taqarrub kepada Allah yang begitu tinggi. Inilah ilmuwan sejati yang akan mampu menggegarkan dunia dengan idea-idea pembangunannya. Inilah ilmuwan yang mampu memecahkan permasalahan ummah.
Kita pada hari ini keluar menuntut ilmu lebih kerana untuk kepentingan diri sendiri dan material. Sedar atau tidak, sepanjang kita belajar dari tadika sehingga masuk universiti, kita sentiasa dilatih yang kemuncak kepada hasil pendidikan kita ialah kerjaya yang bagus, gaji yang lumayan, dan pelbagai lagi keindahan material. Kita jarang dilatih untuk berfikir menyumbangkan nikmat-nikmat itu untuk ummah. Kita hanya berfikir diri kita dan keluarga kita.
Ilmu yang dipelajari kita pada hari ini hanya sekadar cukup-cukup untuk sumbangan kepada diri sendiri. Oleh kerana itu, apabila masyarakat dan ummah kita ditimpa krisis, banyak daripada kita yang mengambil langkah sebagai pemerhati ataupun buat tidak tahu. Kita tidak mahu menjadi sebahagian daripada mereka yang membantu. Jauh sekali menggunakan ilmu yang ada, dalam bidang masing-masing, dengan kepakaran tersendiri, disumbangkan untuk mencari solusi kepada permasalahan ummah pada hari ini. Kita hanya banyak yang menjadi pengikut dan kaki sorak semasa tetapi bukan pencetus sepanjang masa.
Jikalau kita pada hari ini, masih tidak mahu perbaiki sikap untuk menjadi penuntut ilmu sejati, suatu masa nanti, kita akan kepupusan ilmuwan dan orang-orang yang suka mempedulikan ummah. Kita takut, suatu masa itu nanti juga, agama kita akan dihuru-harakan oleh si jahil.
Ayuh!
Kita menjadi penuntut ilmu yang beradab dengan Tuhannya. Penuntut ilmu sejati ialah seorang pejuang yang sentiasa mempedulikan ummahnya.
Aduh! Nasihat untuk diri sendiri sebenarnya.
Wallahu alam
Sumber Gambar :

Imam Syafie Pejuang Kebenaran - http://www.pts.com.my/index.php/buku/imam-syafie/

2 komen:
Salam.
Saya dh selesai menghabiskan buku ni. Buku yg sgt menarik bg sy.Sedikit sebanyak dapat mengetahui sifat keperibadian Imam Syafie.
Meninggalkan kesan dalam diri sy. Terima kasih pada Pak Latip. :)
Salam GDIZ,
Betul kata Puan. Saya memang kerjanya mengumpul karya-karya Pak Latip untuk Fiksyen Sejarah ;)
Post a Comment