Pejam celik. Pejam celik.
Tinggal 24 hari lagi menuju Ramadhan.
Buku Diari Ramadhan menarik perhatian saya. Sesuai untuk kita yang mahu melatih diri mengatur rutin amalan harian. Ia mengandungi 'checklist' ibadah yang perlu kita 'tick' setelah aktiviti itu dilakukan bermula dari bulan Rejab sehingga Syawal.

Saya juga memiliki sebuah buku kecil yang ala-ala seperti Diari Ramadhan yang digunakan sebagai 'tracking system' untuk aktiviti ibadah yang dilakukan sepanjang tahun. Nama buku ini My Mutabaah.

Jikalau saya melakukan aktiviti itu, saya akan 'tick' pada ruang yang disediakan. Tetapi, 'tracking system' sebegini memang memerlukan sikap konsisten tahap tinggi dan saya gagal dari sudut itu. Akibatnya, buku kecil My Mutabaah selalu sahaja kosong.

Pada awal-awal bulan sahaja saya begitu konsisten. Konon-konon. Di akhir halaman, kita boleh plotkan graf untuk melihat 'performance' kita. Aduh! Graf 'performance' saya menjunam teruk! Inilah yang saya perlu perbaiki sebenarnya.

7 comments on "Ramadhan Datang Lagi"
menarik. Sy baru belek2 di pts online pg td :)
Welma,
Di mana boleh beli My Mutabaah tu ya?
Salam kak GDIZ,
Maaf. Pertanyaan akak tentang buku Ramadhan di Rumah Kita, saya tersilap tekan moderate. Buku itu OK bagi saya.;)Buku Diari Ramadhan ini pula, ia tiada pengisian, cuma ada himpunan hadis, kata-kata hikmah dan jadual. Ibi buku checklist, begitulah yang paling sesuai untuknya.
Kak Najibah,
Saya beli dari kawan. Saya ada banyak di rumah ini. Akak beri alamat rumah di welmalaanda@gmail.com, nanti saya pos. Percuma sahaja.
slm welma.saya suka rak buku tu.sy cuma nk tau jika kita tambah buku di GR,adakah rak itu akan update automatik?
ya, ia akan update automatik. Huda yek?
bukan..aqilah :)
Ya, Kawan se-goodreads ku
Post a Comment