Sedang membuat persediaan.
Saya berazam untuk menghabiskan 3 buah buku sebagai bekal-bekalan sebelum bertolak. Buku tentang Makkah. Buku tentang Madinah. Lagi satu, buku Sirah Nabawiyyah karya Mustafa As-Syibaie (Tidak sempat membaca Fiqh Sirah karya Ramadhan Buti). Mudah-mudahan sempat dihabiskan. Jikalau tidak terpaksa dibawa bersama (Harap-harap tidak begitu). Ada lebih kurang 15 hari lagi. Menurut perancangannya, saya hanya akan membawa buku Tafsir Al-Wadhih Juz 30 (selain Al-Quran, Al-Mathurat, Panduan Umrah & Ziarah, buku catatan).
Dimulakan dengan membaca buku Makkah Al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah. Baru dibaca sehingga halaman 90. Tidak mampu membacanya cepat-cepat. Bukannya apa. Tiba-tiba banyak pula benda (kerja, tugasan belajar) yang perlu diselesaikan sejak akhir-akhir ini (alasan lagi).
Saya memiliki edisi lama buku ini. Diterbitkan oleh Madrasah Muhammadiah. Tetapi saya membaca terbitan Telaga Biru. Buku yang sama, cuma penerbit berlainan. Malah banyak penambahbaikan dibuat dari segi gambar yang berwarna-warni, susun atur dan kualiti kertas (jikalau tidak silap, ini jenis kertas glossy). Sangat seronok membacanya. Seronok memandang gambar yang berwarna-warni sambil cuba mengingat hadis yang disertakan, sejarah dan nama tempat yang disebut. InsyaAllah, nanti baru saya catatkan di dalam buku catatan beberapa informasi yang dirasakan perlu diingat untuk kemudahan di sana nanti.
Buku ini mengandungi 9 bab. Saya baru menyelesaikan 4 bab iaitu Nama dan Kelebihan Kota Suci Makkah, Makkah Menerusi Sejarah, Telaga Zamzam dan Kaabah.
Pada hari Sabtu, saya membaca halaman 16 yang mengandungi petikan Surah Al-Hajj ayat 25 yang bermaksud, "Dan sesiapa yang berniat (belum melakukannya) untuk melakukan ilhad(kezaliman dan kejahatan) di Tanah Haram, nescaya Kami rasakan kepadanya sebahagian daripada seksaan yang pedih". Saya membaca lagi kata-kata Ibn Mas'ud ra yang dipetik pada halaman yang sama, "Tiada tempat yang seseorang itu dikira bersalah dengan hanya cita-cita untuk melakukan sesuatu kejahatan sebelum melakukannya, kecuali di Makkah". Nanti saya mahu tanyakan perkara ini kepada ustazah di sini. Saya kurang memahaminya. Ya Allah! Peliharalah hati hambaMu ini di sana nanti.
Pagi tadi, saya membaca kisah Nabi Ibrahim as menghantar Siti Hajar dan Nabi Ismail as yang masih menyusu ke Kota Makkah. Saya salin tulisan penulis, "Makkah pada ketika itu tiada penghuni dan sumber air. Ibrahim menurunkan mereka di situ dan meletakkan di sisi mereka sebuah bekas daripada kulit yang mengandungi beberapa biji tamar dan sebuah bekas air. Kemudian baginda pun beredar. Hajar lalu mengikutinya sambil berkata: "Wahai Ibrahim! Ke mana kamu hendak pergi? Adakah kamu akan meninggalkan kami di lembah yang tidak berpenghuni dan tiada apa-apa(untuk dimakan)?". Beliau mengulanginya beberapa kali, tetapi Ibrahim tidak berpaling kepadanya.
Akhirnya Hajar berkata: "Adakah ini merupakan perintah Allah terhadap kamu?". Ibrahim menjawab: "Ya". Hajar lalu berkata: "Jika begitu, Allah pasti tidak akan membiarkan kami" (Halaman 40).
Saya menangis membacanya. Ditambah pula apabila membaca halaman seterusnya yang mengandungi kisah Siti Hajar berjalan dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali untuk mencari air. Sedih!
Inilah sebuah kisah cinta yang agung. Keyakinan yang tinggi mengatasi segala-galanya dan Allah memberi balasan sebaik-baiknya. Jikalau kita mengutamakan cinta kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Mengetahui hati hamba-hambaNya. Dia tidak akan sama sekali membiarkan kita kesedihan. Malah menggantikannya dengan cinta dan kasih sayang yang melimpah ruah.
Ib dalam bahasa ibrani bermaksud bapa dan rahim dalam bahasa arab bermaksud penyayang. Nabi Ibrahim merupakan seorang bapa yang penyayang dan baginda diuji dengan benda yang paling disayangi. Nabi Ismail - anak pertamanya dan masih menyusu pula - tiba-tiba datang perintah menghantar anak dan ibunya itu ke sebuah tempat yang tidak berpenghuni. Hanya orang yang hebat cintanya sahaja yang mampu berbuat sedemikian. Itulah Makkah. Menjadi saksi kepada pengorbanan insan-insan terpilih ini untuk mengajar kita tentang cinta.
Ada beberapa doa Nabi Ibrahim yang boleh kita amalkan iaitu Surah Al-Baqarah ayat 128 (Ya Tuhan kami, jadikanlah kami orang yang berserah diri kepadaMu, dan anak cucu kami (juga) umat yang berserah diri kepadaMu..), Surah Ibrahim ayat 35 (..Ya Tuhan, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku agar tidak menyembah berhala) dan 40 (Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku, orang yang tetap melaksanakan shalat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku). Baginda sering mendoakan zuriat-zuriatnya yang akan datang agar sentiasa soleh dan Allah memakbulkannya dengan kelahiran Muhammad saw. Kita boleh mengikuti contoh ini dengan mendoakan para zuriat dan keturunan kita agar walaupun kita sudah tiada, Allah tetap memelihara dan menggolongkan mereka dalam kelompok yang dikasihiNya.
Wallahu alam

2 komen:
Salam welma.
Buku berkenaan Makkah tu mmg menarik sgt. Banyak pedoman & makluman berkenaan dari awal kewujudannya. Sesuai utk welma yg nak kesana. Bila kita tahu sejarah sesuatu tempat, mungkin kita lebih menghayatinya.
*semalam akak ke Popular. Terjumpa Buku Musuh Rahsia. Sebelum ni ada baca review dr welma. Akak beli semalam. Memang best ;)
Subhanallah. Semuanya cerita yang indah-indah. Welma bertuah kerana sempat bersedia dengan begitu rapi. Mohon Welma sampaikan salam kepada Rasulullah s.a.w. di makamnya. Mudah-mudahan Allah mengangkat Kak Ji ke sana nanti.
Post a Comment