Monday, August 09, 2010

Persediaan (2)

Posted by Welma La'anda at 8/09/2010 05:50:00 AM
Buku baru sahaja selesai dibaca. Kira-kira beberapa minit sebelum Subuh tadi. Menunggu untuk ditulis di dalam buku catatan terutama tentang tempat-tempat bersejarah. Nanti apabila berada di tempat tersebut, mudah buat saya untuk menghayati sejarahnya.

Sekarang giliran buku tentang Madinah pula - Madinah Munawwarah Kelebihan dan Sejarah. Ini edisi lama. Pelik juga saya. Kenapa Telaga Biru tidak menerbitkan buku ini untuk edisi baru seperti yang telah dibuat untuk buku Makkah Mukarramah? Mungkin penulis sedang berusaha ke arah itu agaknya.




Tidak lupa program Ganding Baca kelolaaan Kak Najibah. Buku untuk bulan Ogos ialah Lelaki Berkasut Merah karya Bahruddin Bekri. Program membaca bersama ini boleh juga diikuti menerusi Goodreads Malaysia. Saya belum lagi memulakan pembacaan. Tunggu selesai buku tentang Madinah dulu. Setakat ini Saudara Isma , Kak Najibah, Kak Haryati sudah memulakan pembacaan.










Sumber Gambar :
Lelaki Berkasut Merah

0 comments on "Persediaan (2)"

 

My Kingdom of Books Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipiet Templates Image by web hosting