Ehem. Ehem.
Ini entri saja untuk suka-suka. Gatal mata. Jadi harus dicuci dengan melihat buku.
Sebentar tadi teringat tentang misi 50 buku setahun di Goodreads Malaysia. Tengok-tengok semula jumlah buku di blog, "Oh, baru 35!". Maksudnya, ada 15 buah lagi untuk selesaikan misi. (Bercakap sambil mengangkat-angkat kening dan mengurut dagu. Chewah. Konon-konon sedang serius).
Lalu, dengan bersemangatnya saya memilih buku sebanyak 15 buah. Disusun kemas-kemas sebagai tanda bersiap-sedia dibaca selepas peperiksaan yang akan berakhir pada 26 November ini. Selepas ini, kita akan marathon buku ya! Betul-betul marathon ya!
InsyaAllah.






































































10 komen:
salam.
Selamat bermarathon welma..Go..GO..
(sy pun belum mencapai 50 buku lagi:)..)
@welma,
salam.
selamat bersantai sambil membaca. :)
gud luck sis.
Kak GDIZ,
Tak mula lagi marathonnya. Nanti insyaAllah 26 Nov. Hehe
Kak Sofi,
Belum bersantai lagi kak. Baru pasang angan-angan :)
Assalamualaikum Welma,
Semoga berjaya dalam peperiksaan dan maraton buku :) :)
Waalaikumussalam Bunda Aina...heheheh
belum lagi mula marathon nya aina...ni pasang angan2...mudah2an berjaya hendaknya...;)
ade 15 lagi utk 1 bulan..!!!!
xpe kak,slow n steady..
baru bole wat resensi yg bagus..
akak kne pilih buku yg kurus2 =p
keh keh...study ka online...kui kui
buku kurus2 tu memang dalam pilihan..heheh..taktik..
:-)
Salam..
Semoga mencapai targetnya. Saya pun sedang bermaraton untuk mencapai sasaran 70 tahun ini..
Salam.
Selamat menikmati saat-saat peperiksaan. Mungkin agak aneh bunyinya, tapi saya sukakan peperiksaan, ujian, dan kuiz. Kepuasan setelah melepasinya, dan apabila menatap keputusan, aduh! Allah saja yang tahu betapa nikmatnya.
Buku-bukumu akan tetap setia menanti, jadi usah gusar. Enjoy every moment - be it exams or reading - while it lasts.
Post a Comment