Monday, January 05, 2015

2014 dan 2015

2014

Yay! Saya berjaya membaca 25 buah buku pada tahun 2014.

Haha. Ketawa yang dipaksa-paksa. Orang lain baca sehingga mencecah ratusan buah setahun :)

Gambar di bawah merupakan buku-buku terakhir yang dibaca dalam bulan Disember. Nampaknya, saya tidak mampu lagi menyesuaikan diri dengan cuti 4 minggu yang diberi. Betullah teori saya selama ini. Membaca hanya dapat dilakukan oleh orang yang sibuk, bukan orang yang lapang.


Tidak mengapa. Boleh mulakan hidup baru. Hehe. Tahun baru, azam barulah kan. Tetapi sebelum itu, jadi ralat pula kalau tidak dimasukkan perkongsian untuk 5 buah buku di atas.

Saya bukanlah pembaca aktif untuk tulisan Prof. Muhd Kamil walaupun saya memiliki buku bestseller beliau, Travelog Haji dan Travelog Dakwah. Tetapi, pada bulan lepas, tergerak hati membaca tulisan beliau. Selalu begitukan.  Jadi jangan risau jikalau buku-buku anda masih belum dibaca, anggap sahaja pembaca buku masih belum mendapat seru. Saya memilih Usahawan Akhirat untuk dibaca. Saya rasa tajuk buku itu sendiri yang 'melambai-lambai' saya. Buku itu merupakan hasil tulisan bersama Prof. dan Mohd Zaini Mohd Ariff. Nama baru yang saya kenal dan nyata tulisan beliau di dalam ini betul-betul meresap di dalam hati. 

Nampak tidak buku comel di sebelah kanan atas. Tajuknya Kosong-kosong tulisan Mohd Fakhruddin. Pengisian di dalamnya 'secomel' muka hadapannya. Oh ya, 2 buah buku itu ialah buku yang baru dibeli dan terus dibaca. 

Usrah Ini Semua Poyo tulisan Asyraf Farique  itu pula sudah lama dibeli tetapi baru dibaca. Nasib baik ada mood untuk membacanya. Bukan apa. Kebarangkalian untuk membaca buku-buku yang sudah lama dibeli adalah sangat rendah. Buku tulisan Asyraf Farique juga bagus isinya, cuma saya rasa jikalau pembaca itu orang yang beginner di dalam usrah, rasanya dia tidak akan beberapa faham 'kot' untuk beberapa bab di belakang terutama apabila menyentuh bab-bab rukun baiah.

Sekarang cerita buku-buku baru dibeli lagi. Dracula vs Al Fateh tulisan Muhd Nur Iman. Sebelum membaca buku ini saya sebenarnya, sudah mengkhatamkan 3 buah novel. Rasa ketandusan yang amat sangat, sebab itu saya sangat dahagakan buku bukan fiksyen selepas itu. Maka saya pun terus ke kedai buku dan buku inilah hasilnya. Bukunya berwarna-warni dan paling penting pengisian fakta yang disampaikan itu sangat mudah difahami oleh pembaca marhaen seperti saya :). Tetapi saya tidak berapa suka dengan kenyataan Dracula adalah bersahabat baik dengan Al-Fateh sejak dari kecil sebab saya rasa mereka tidak pernah pun bersahabat baik. Dan saya rasa dia memang mempunyai masalah mental. Tetapi, yang paling saya tidak faham ialah bagaimana Dracula boleh begitu membenci kerajaan Turki pada masa itu sedangkan kerajaan Hungary memang nyata 'membuli' beliau dan keluarganya. Alahai. Dunia. Dunia.

Saya juga salah seorang pembaca buku Catatan Mat Luthfi. Jikalau anda seorang yang selalu membaca post FB atau blog Mat Luthfi, anda akan dapati hampir kesemua itu berada di dalam buku ini. 

Tidak banyak yang dikongsikan. Hanya berkongsi perasaan dan emosi sahaja untuk 5 buah buku di atas.

2015

Tahun ini pula, apa ceritanya? Belum lagi mengkhatamkan mana-mana buku. Ngee. 

Saya sedang sibuk memikirkan, merancang dan melaksanakan 3 perkara :

Saya dan rakan-rakan  sibuk menyiapkan Projek Tarbiyyah Sekolah. Antaranya, Projek Kelas Angkat Tahun 3. Belum lagi siap sepenuhnya - masih tertinggal Vocabulary Tree dan Carta Akhlak. Masih ingat Projek Kotak Buku pada tahun lepas untuk Tahun 2. Pada tahun ini, tiada kotak buku, tetapi ia akan ditransformasikan ke bentuk lain. Pun masih belum siap lagi. Semua ini berada di sudut belakang kelas.

Cat-mengecat merupakan salah satu skop pekerjaa seorang guru. Hehe

Bahagian Hadapan. Vocabulary Tree kami yang masih belum berkembang.

Bahagian Belakang Kelas
Pada tahun ini juga, saya telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Program Ikram Junior untuk Daerah Kulim. Lega. Jawatan itu dipegang sejak dari 2010. Saya perlu melepaskannya kerana saya mahu memberi tumpuan pada salah satu sekolah rangkaian Ikram Musleh yang saya berkhidmat sekarang. Lagipun sudah lama saya mahu memberi peluang pada orang lain menguruskan Ikram Junior. DAN saya sangat suka dengan jawatankuasa yang baru ditubuhkan ini. Kini Ikram Junior Kulim itu sendiri diuruskan oleh Guru-guru Cemerlang (GC) yang sangat efisyen kerjanya. Wow! Betullah tindakan saya meletakkan jawatan itu. Haha.

Kami -Tim Ikram Junior Kulim. Saya sebagai Ajk Media dan Publisiti.

Salah satu projek yang saya anggap penting pada tahun ini yang boleh saya sumbangkan untuk Daerah Kulim ialah Projek Usrah Remaja (Perempuan). Semoga Allah memberi kekuatan dan panduan untuk saya mampu membina diri sendiri serta adik-adik ini. 

Kami sedang menjahit cross stitch.

Dalam bab membina ini, maksudnya saya sendiri perlu rajin membaca, membuat kajian dan belajar. Selain itu juga, antara harapan saya ialah, saya mampu menghadam dan 'master' akan buku-buku yang menjadi silibus usrah. Mmm...harap-harap ini ialah azam buka  angan-angan.

0 komen: