Friday, February 08, 2013

Februari dan Buku Baru

Pada 1 Februari, saya berjaya (dengan izin Allah) menyelesaikan bacaan buku Misteri Firaun, tulisan Afareez Abdul Razak Al-Hafiz. Belum berkesempatan lagi untuk berkongsi hasil pembacaan itu. Nampaknya sudah 2 buah buku untuk tahun ini berjaya diselesaikan. Bagus. Memulakan 2013 dengan produktif.


Makluman terkini, haha (ketawa jahat), saya baru sahaja membeli belah buku dengan menggunakan duit Mazlan. Taraa. Inilah buku-buku itu yang diharapkan dapat dibaca pada minggu hadapan. Yey! Cuti seminggu bersama buku. Pengajaran yang boleh diambil dari entri ini ialah, jangan sesekali 'berbaik hati' mneghadiahkan saya duit untuk membeli buku kerana saya tidak akan tinggalkan sesen pun duit baki :)