Tuesday, August 25, 2015

Setelah Sebulan

Entri pada kali ini namanya, Setelah Sebulan. Ia cerita sebuah buku yang diperam setelah sebulan, baru selesai dibaca. Diusung ke sana ke sini. Dibaca sehelai dua setiap malam, kekadang buku yang membaca tuannya kerana terlelap tanpa disedari. Tetapi otak masih lagi menasihati, baca, baca .....

Alasan sibuk bukan sebaik-baik alasan bukan. Alhamdulillah, 'ala kulli hal, berjaya juga diselesaikan pembacaannya pada hari ini. Yay! Buku ke 30 untuk tahun ini yang berjaya dibaca. Ohh! Tidak habis-habis dengan misi 50 buku setahun itu ya.


Saya bukanlah pembaca setia tulisan Dr Maszlee walaupun saya memang suka mendengar beliau berbicara. Ada sesuatu yang segar dari segi pemikiran beliau yang boleh kita fikirkan dengan matang. Saya pula, seperti yang dikatakan tadi, hanya suka mendengar buah fikiran beliau, bukan membaca penulisannya. Maknanya, saya tidak begitu ada begitu beliau di rumah ini melainkan Kembara di Beirut. Ini buku kedua yang dibaca, kebetulan siri travelog juga, yang mengisahkan kisah selama 3 tahun 8 bulan beliau di Durham, UK. 

Setiap penulis travelog atau mana-mana penulis yang menulis kisah perjalanan mereka di sesuatu tempat, sebenarnya, jikalau anda perasan, mereka sangat cenderung kepada sesuatu, bergantung kepada bidang mereka. Jikalau mereka seorang pencinta sejarah, maka mereka cenderung melihat peninggalan sejarah dan mencari ibrah. Begitulah setiap penulis travelog, ada bidang yang mereka cenderung, dan penulisan mereka akan terarah ke situ. Itu yang uniknya, membaca buku travelog. Kita dibawa untuk memgenal cara berfikir seorang penulis dalam keadaan santai.

Dr. Maszlee, melalui buku ini, walaupun ia hanyalah kisah dan cerita sambung  belajar di Durham, tetapi penulis menulis bukan semata-mata itu. Buku ini mengandungi, secara tidak kita sedari,  sebuah pandangan yang segar, yang cuba membawa pembaca melihat dalam skop luas tentang akauntabiliti sesebuah negara. Sekaligus cuba mendidik pembaca untuk keluar dari kepompong pemikiran yang sempit, lalu melihat Islam ini sebagai sebuah negara yang rahmatan lil alamin. Menarik bukan, cerita santai tetapi sambil itu, mampu pula membawa pembaca mengenali beberapa sistem dan contoh luar negara yang mengajar kita tentang ketelusan.

Buku ini, sebelum ini, bukan kerana isi kandungannya yang menarik saya untuk membelinya. Faktor tarikan utamanya ialah monolog Ali Shariati di belakang muka buku, yang bertulis sebegini :

"What I want to say is......
Poverty goes everywhere and is ubiquitous......
Poverty is not being hunger, not being naked.....
...............
Poverty is dust which sits on unsold books in bookstore......
-----------
-----------
-----------
Poverty is not a night you spend without food...
Poverty is a day you spend without thinking..."

Boleh tak keruan saya dibuatnya oleh monolog itu, maka buku ini perlu cepat-cepat dibeli sebelum habis stok.Ngee.

Ada satu perkara lagi yang menarik sepanjang pembacaan. Setiap pembaca juga memiliki minat tersendiri dan cenderung mencari sesuatu tiap kali dia membaca. Saya pun begitu. Memandangkan saya mudah tertarik dengan sub topik yang bercerita tentang inspirasi menuntut ilmu dan maklumat buku, maka saya jumpa juga poin-poin itu di dalam buku ini. Satu tentang kenapa Dr Maszlee menyambung pengajian ke pringkat Phd. Keduanya, aduhai, tentang buku Alchemist. Selalu tak tertarik pun, tetapi, dari gaya Dr Maszlee mencoretkan sedikit tentang Alchemist di dalam buku ini (kena pula saya membaca bahagian ini di dalam LRT), aura itu barangkali sekaligus menghasut saya dengan jayanya. Oh, Alchemist......

Baiklah. Sekarang mahu membaca buku apa pula. Ehmm...tetapi sebelum itu, wahai masa, tolonglah berbaik dengan saya.

Sunday, August 16, 2015

Selamat Menuntut Ilmu, Welma !

Pernah menulis jurnal hidup atau perancangan kehidupan? Tentang cita-cita, harapan dan sebagainya. Saya antara orang yang sedemikian. Ia bagaikan terapi dan medium untuk memotivasikan diri. Boleh dikatakan, apa sahaja yang saya mahu lakukan, ia akan dimulakan dengan tulis dahulu. Begitu obses.

Dalam banyak-banyak artikel di dalam blog ini, selain tentang buku, ada dua artikel yang bukan tentang buku tetapi tentang perancangan, yang kekadang saya sendiri tidak pasti adakah ia akan tercapai.

Artikel 1 : Ditulis dalam tahun 2009. Sudah ter'delete'
Artikel 2 : http://wlaanda.blogspot.com/2011/03/atsar.html. Ditulis pada tahun 2011.
Artikel 3 : http://wlaanda.blogspot.com/2013/08/29-tahun.html. Ditulis pada tahun 2013.

Nampaknya setiap 2 tahun saya akan menulis personal statement saya dan kini tahun 2015, artikel ke 4 menyusul. Tidak dirancang selang 2 tahun perlu ditulis, tetapi itulah yang dikatakan manusia - kebetulan. Tetapi sebenarnya, itulah bukti bahawa, di samping kita merancang, ada Master Planning yang lain, iaitu Allah swt.

Rumusan daripada ketiga-tiga artikel yang saya tulis bertahun itu :

1) Saya konsisten untuk menyakini XXX bukan destinasi kerjaya saya. Ia hanya medan untuk saya menuntut ilmu, mencuba sesuatu yang baru, mengasah bakat, mencari diri, membina keyakinan, dan mengumpul duit. XXX, bukan tempat kerja, tetapi universiti yang tidak akan saya lupakan selamanya. Banyak kualiti atau nilai yang membentuk saya pada hari ini - seperti sentiasa nampak peluang bukan masalah, positif, outspoken (walau kekadang terpaksa lupakan perasaan orang lain) dan bla bla bla dibina di xxx.
2) Saya konsisten menyatakan mahu menyumbang di dalam pendidikan. Cuma kekadang keliru, tadika, perpustakaan, sekolah dan lain-lain. Sentiasa berimpian mahu membina modul yang boleh menghasilkan manusia. Mahu menyambung master dalam bidang pendidikan, kemudian tiba-tiba datang pula minat dalam MBA. Entah.
3) Paling lucu saya mahu juga memiliki kepakaran dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi. Almaklumlah, diploma dan ijazah saya dalam bidang kejuruteraan. Jadi, takkan mahu dibazirkan begitu sahaja. Peliknya, tidak pula saya mahu menyambung ke peringkat master dalam bidang kejuruteraan tetapi alih-alih bidang pendidikan juga yang diintai. Haih. 


Hari Ini

Hari ini saya membaca semula artikel tersebut. Kebanyakan apa yang ditulis itu tercapai walau ia tidak selancar seperti yang dirancangkan - kecuali poin no 3 ) pakar dalam bidang kejuruteraan. Haha. saya sudah meninggalkan bidang itu dari segi kerjaya, namun dari segi cara berfikir, saya masih mewarisinya. 

1) Saya berhenti bekerja di XXX pada awal 2014 setelah 9 tahun perkhidmatan. Bemula dengan juruteknik, penyelia(acting) & training officer. Saya dapat apa yang saya idamkan - biasiswa untuk degree dan certification of professional training. Saya baru sahaja mendapat kenaikan pangkat dan gaji serta saya mempunyai prospek kerja yang sangat bagus di masa akan datang. Saya tahu keputusan melepaskan peluang sedemikian, adalah satu tindakan yang tidak berapa waras. Tetapi percayalah, apabila anda selalu menulis perancangan  kehidupan/personal statement atau seangkatan dengannya, kerap membaca buku motivasi - anda akan menjadi antara orang yang tidak waras itu, dan cuba sekuat mungkin untuk keluar dari comfortable zone anda semata-mata mahu mencapai impian dan cita-cita. Berimpian memerlukan satu keberanian, dan keluar dari zon selesa untuk mencapai impian, sangat sangat memerlukan keberanian dan sokongan. Jujurnya, saya menangis, ketika saya melangkah keluar, menyerahkan badge dan memandu ke tempat letak kereta. Ya, saya akan tinggalkan gaya hidup sebagai seorang pekerja korporat. Kekadang, saya kutuk diri juga - ish welma, boleh tidak jadi orang yang biasa-biasa sahaja ke, yang tidak perlu berimpian sangat.

2) Kini setelah hampir 2 tahun, meninggalkan XXX, alhamdulillah saya masih hidup dan berduit. Haha.Masih mampu membeli baju kurung Gene Martino dan memborong buku. Pejam celik, sudah 2 tahun saya berkhidmat di Sekolah Tahfiz Al-Islah, Tasek Gelugor. Setiap hari adalah hari yang ditunggu-tunggu untuk ke sekolah. Memang kekadang ada hari-hari malas, namun ia hanya bersifat sementara dan kembali cergas setelah 1@ 2 jam mengajar. Kenikmatan berada di dalam kelas bersama murid-murid adalah sesuatu yang tidak setanding dengan gaji dan bonus yang beribu-ribu. Dalam tempoh 2 tahun ini juga, saya mencari-cari masa yang sesuai untuk menyambung pelajaran ke peringkat master. Namun kesibukan yang tidak pernah berhenti, hampir membuatkan saya terleka sebentar. Sekali lagi saya berada dalam zon selesa - kali ini bukan selesa dari segi kewangan tetapi dari segi emosi dan perasaan. Keselesaan akan membuatkan kita untuk menikmati moment itu sebaik-baiknya. Dalam erti kata lain, ia membunuh impian sebentar.

Kadang-kadang, keliru pun ada - keliru tentang bidang apa yang saya mahu fokuskan. Yalah, master dalam bidang pendidikan itu besar - sekejap mahu bidang curriculum instruction, sekejap psikologi pendidikan dan kadang-kadang, eh tak payahlah, buat certification dalam english teaching pun OK. Semua itu memerlukan lebih kurang RM8-12K kos perbelanjaan. Jadi saya perlu mencari prioriti di atas segala prioriti, memandangkan duit pun perlu dikawal perbelanjaannya.

3) Semua berubah setelah saya pergi berkursus di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Ikram Musleh. Fasilitator kursus tersebut ialah seorang kaunselor di SMI Hidayah yang bakal memiliki 2 Phd dalam bidang psikologi, bekas dekan dan menabur bakti di sebuah sekolah yang menawarkan gaji yang tidak seberapa dibandingkan dengan kelayakan dimiliki. Personaliti yang mengagumkan itu satu bab. Satu perkara lagi, beliau menyampaikan topik yang banyak menyentuh tentang bab tarbiyah, pembinaan pelajar, pembentukan pelajar dan................akhirnya ,krik krik, krik, yaaaaa, saya tahu apa yang saya mahu lakukan. Kepingan jigzaw puzzle yang berselerakan setelah bertahun-tahun dahulu bagaikan bersatu dan membentuk gambaran sebenar.


4) Akhirnya, saya pun menanti-nanti bulan Jun dan memohon untuk menyambung pelajaran. Saya niatkan, kembara pengajian pada kali ini bukanlah mahu bergelar pelajar sarjana atau memiliki master.  Tetapi, saya mahu menuntut ilmu kerana Allah, memperkembangkan pengalaman, membina kepakaran dan menyumbangnya - solid kerana itu, tiada niat lain dari sudut material. Harapnya konsisten lah niat itu ya. Jadi saya sangat berharap, rutin pembelajaran ini tidak seperti ketika undergraduate dahulu - membuat assignment, mendengar kuliah, berjuang mendapat CGPA yang bagus dan akhirnya mendapat segulung ijazah. Saya kalau boleh, mahu menjadi seorang pengkaji yang tetap konsisten mencari solusi terbaik dalam pembinaan pelajar. Saya sudah bermula sebenarnya tanpa disedari - 9 tahun dahulu bersama program Ikram Kidz/Ikram Junior secara tidak formal dan kini setelah 2 tahun pengalaman formal di sekolah (saya merupakan penyelaras tarbiyah). Lagipun, sebelum ini saya merupakan certified training officer - tidak banyak tetapi ada lah satu dua pengalaman dan softskill yang berguna.

Alhamdulillah, beberapa minggu lepas, saya telah melepasi proses temuduga dan seminggu kemudian mendapat tawaran kemasukan. Tahniah, Welma....kamu sedang melangkah ke satu langkah lagi seperti yang ditulis dulu-dulu. Ingat kamu bukan new beginner atau baru bermula dalam proses ini. Kamu sudah lama bermula. Cuma pada kali ini, kamu berjalan dengan langkah yang lebih strategik, berfokus dan teratur. Pastinya semua itu, berlaku dengan izin Allah dan berada di bawah perancangan Dia yang Maha Agung.

 



5) Apabila membaca semula artikel yang ditulis pada tahun 2011, saya terjumpa yang ini. Ketika saya menulisnya, saya pun sebenarnya teragak-agak terutama apabila meletakkan timeline di situ -  2015 akan menyambung Master Pendidikan. Kini tahun 2015 telah tiba, saya, insyaAllah bakal menyambung master dalam bidang kaunselling, di bawah Fakulti Ilmu Pendidikan.

2011

Ini lah yang dikatakan :




6) Akhir kata, buku-buku yang kita baca, sebenarnya tanpa disedari akan mempengaruhi kita sedikit demi sedikit. Impian, cita-cita dan akhirnya langkah untuk keluar untuk merealisasikan impian saya, banyak dipengaruhi oleh buku-buku yang dibaca. Juga, komik ini sangat memberi impak yang begitu besar buat saya sehingga membuatkan saya tidak mahu toleh belakang lagi. Ya, saya tidak mahu menjadi salah seorang dalam kelompok average itu.

http://zenpencils.com/comic/92-chris-guillebeau-11-ways-to-be-average/