Monday, June 08, 2009

Gramedia dan buku Haid Menghalangi Ibadah? No Way!



Kehadiran Gramedia di Seberang Prai sungguh membahagiakan (lagi-lagi cerita Gramedia). Cukup memujuk saya untuk "baca, baca, baca, ". 

Walaupun saya asyik merungut di dalam hati kerana hanya 40% buku Indonesia, namun begitu, saya berjaya membeli 5 buah buku juga. Bila agaknya mahu dibaca? Perancangan saya begini. Memandangkan saya bekerja pada hari Sabtu dan Ahad, jadi bermakna saya hanya ada 1 baki hari cuti sahaja iaitu pada hari ini. Jadi, saya mahu memanfaatkan hari ini hanya untuk membaca sahaja. Hooray!!!Saya boleh membaca buku-buku yang dibeli di Gramedia tempoh hari. Yam! Yam! Yam!


Semalam, sesudah balik kerja, membasuh baju dan membersihkan diri, saya berusaha untuk membaca Istikharah Cinta karya M. Shodiq Mustika, dkk. Tetapi, saya tidak boleh melawan keletihan. Lalu saya membuat keputusan untuk tidur dulu. Kira-kira pukul 3.30 pagi, saya terjaga. Aah! Tanpa membuang masa saya mengambil buku Haid Menghalangi Ibadah? No Way! lalu membacanya. Setelah hampir sejam membaca, saya mula mengantuk. Jadi, saya sambung balik tidur. Saya bangun awal pagi kerana mahu menziarahi kubur arwah bapak saya. Sesudah balik dari perkuburan dan bersarapan, saya pun mula membaca Tuhan, Inilah Proposal Hidupku. Ayoyo! Buku Haid Menghalangi Ibadah? No Way! belum lagi selesai dibaca. Tidak mengapa. Akan diusahakan untuk diselesaikan hari ini juga. Kira-kira sebelum Maghrib tadi, saya berjaya menyelesaikan 2 buah buku itu, Yeye! Ini saya kongsikan hasil pembacaan untuk salah satu buku yang telah dibaca.


Tajuk :
Haid Menghalangi Ibadah? No Way!
Penulis :
M. Fauzi Rachman
Harga :RM9.50 Halaman : 138 Penerbit : Mizania

Murahkan harga buku ini. RM9.50. Istikharah Cinta lagi dahsyat. RM6.50. Seperti tidak percaya dengan harga yang murah sebegitu. Saya sudah terbiasa membeli buku yang berharga RM10 ke atas. Jikalau tebal sikit, sudah boleh agak, pasti harga RM20 ke atas atau RM30 ke atas. Kita tinggalkan soal harga itu. Biar penerbit sahaja berfikir tentangnya. Bagi kita orang awam, lebih baik kita berfikir isi buku tersebut.

Buku ini ditulis oleh M. Fauzi Rachman. Nama itu sungguh familiar. Seperti saya pernah mendengarnya. Sampai sekarang saya masih mencari-cari di manakah saya terjumpa nama itu. Mungkinkah di Eramuslim? Di atas kulit buku ini tercatat, "Penulis Bestseller Shalat for Character Building". Ada sedikit gambar dan blurp ringkas buku tersebut di halaman terakhir. Yam!Yam! Saya sudah mula memasang niat, "Nanti kalau ternampak buku itu di Gramedia, terus beli insyaAllah". Saya sebenarnya selesa dengan cara penulisannya. Oleh kerana itu, saya tidak akan merasa rugi untuk membaca bukunya yang lain.

Buku ini ditulis dengan susun atur ayat dan pemilihan perkataan yang begitu kemas sekali serta senang difahami. Jikalau anda bukan pembaca buku Indonesia kerana risau tidak boleh faham bahasanya, buku ini adalah salah satu buku yang tidak akan menyukarkan anda membacanya.

Tajuknya - Haid Menghalangi Ibadah? No Way! telah menyebabkan saya menariknya dari rak buku. Pada mula-mula, saya tidak perasan perkataan No Way! itu. Sudah sampai di Kulim, baru saya disedarkan oleh Faizah. Bukan main besar perkataan No Way! itu, saya boleh tidak nampak.Mungkin pada ketika itu, mata kanan melihat buku ini manakala mata kiri sedang melihat buku lain. Seperti yang saya katakan, saya selalu tidak keruan apabila berada di kedai buku.

Apabila membeli buku ini, saya sebenarnya mengharapkan saya boleh mendapatkan input yang boleh memberi motivasi agar terus beribadah walaupun dalam tempoh datang bulan. Mungkin ramai wanita menyedarinya di mana ketika baru sahaja suci, keazaman kita untuk beribadah akan luntur sendikit.

Setelah membaca buku ini, apa yang saya boleh faham ialah, ya, ini soal mentaliti wanita. Bagi kita, datang bulan itu adalah cuti daripada beribadah. Sehinggakan banyak di kalangan kita yang tidak bangun pada waktu subuh kerana tidak perlu bersolat sedangkan kita boleh sahaja menggantikan aktiviti solat tadi dengan berzikir. Maksudnya, bangun seperti biasa, bersihkan diri dan berzikir atau berwirid. Itu sebagai contoh.

Persoalan kedua, penulis cuba membawakan kepada kita ialah konsep ibadah. Aplikasi kita tentang ibadah selama ini sangat terbatas. Memang diakui, kita cukup tahu ibadah itu bukan hanya terhad kepada solat dan membaca quran sahaja tetapi merangkumi banyak perkara. Konsepnya cukup senang iaitu apa-apa sahaja yang kita lakukan dengan tujuan mendapat keredhaan Allah, maka itu adalah ibadah. Tetapi, kita wanita biasalah, apabila sudah tidak boleh membaca quran dan tidak boleh solat, maka automatik kita mengisytiharkan cuti-cuti sedunia, sedangkan boleh saja bukan kita berdoa, berzikir, berwirid atau membaca terjemahan quran.

Aduh! Saya tengah berfikir sekarang ini, bolehkah saya bangun pada waktu Subuh , bersihkan diri dan duduk di ruang solat sambil berzikir, Zuhur sebegitu juga, Asar, Maghrib dan Isyak pun sama. Pada waktu Maghrib saya membaca terjemahan Quran sebagai menggantikan bacaan Quran di waktu suci. HoHo. Berat juga ini. Tetapi itulah caranya supaya bateri tidak "kong".

Kekadang tercuit lucu juga apabila membaca komentar penulis di ruang pendahuluan. Katanya, beliau tidak pernah mengalami haid. Jadi sepanjang penulisan buku ini, beliau banyak berdiskusi dengan ibunya dan sahabatnya. Setelah selesai pembacaan, mungkin saya boleh simpulkan ialah saya memperolehi input-input yang saya mahukan ketika membeli Haid Menghalangi Ibadah? No Way!. Walaupun kita tidak boleh melakukan ibadah-badah seperti bersolat, bertawaf atau membaca quran, tetapi kita boleh juga melakukan ibadah yang lain. Kita perlu jelas, ibadah bukan hanya terhad kepada solat atau baca quran sahaja. Kita juga perlu jelas, haid yang kita alami adalah fitrah alam. Ia bukannya dengan tujuan menghalang kita daripada menjadi hamba Allah yang solehah.

Di dalam buku ini, penulis membahagikan 2 konsep aktiviti ibadah yang boleh kita praktikkan ketika dalam tempoh haid. Pertama ialah ibadah hati seperti ikhlas dan redha, berbaik sangka kepada Allah, khauf kepada Allah, muraqabah, mujahadah, muhasabah, sabar dan taqwa. Setiap poin-poin ibadah hati ini dihuraikan oleh penulis. Sejuk hati saya membacanya. Penulis mahu menyampaikan kepda kita bahawa tumpukan memperbaiki hati kita dalam tempoh tidak bersuci ini. Cuba kita asah sifat dan akitiviti itu di dalam diri agar hati kita diberi cahaya oleh Allah.

Keduanya ialah ibadah muamalah seperti berbakti kepada orang tua, mengurus rumah tangga, melayani suami, bekerja, sedekah, mengkaji ilmu agama, menghormati tetangga, menghormati tamu dan amar makhruf nahi mungkar. Saya bahagia membaca huraian poin itu kerana saya menganggapnya sebagai unsur nasihat yang --sejuk hati membacanya. Pemilihan perkataan, ayat dan cara bercerita itu sangat penting dalam menulis buku-buku berbentuk nasihat seperti ini.

Nampak seperti senang aktiviti-aktiviti yang disarankan itu dan kita memang sudah lama tahu tentangnya, tetapi hakikatnya agak payah untuk dilaksanakan. Ya, mungkin kita perlu membetulkan mentaliti kita sebenarnya. Datang bulan bukan untuk bercuti dari beribadah.

Saya cukup tersentuh apabila membaca bab penutup. Rasa sangat kata-kata penulis masuk ke dalam hati. Penulis bercakap tentang wanita yang solehah. Antaranya ialah tentang peringatan bahawa banyaknya ulama terkemuka lahir dari rahim wanita yang solehah. Ya betul. Saya akui kebenarannya. Sebagai contoh emak Imam Syafie sendiri adalah wanita yang solehah. Jikalau kita mahu mendapat anak yang solehah, kitalah yang terlebih dahulu perlu menjadi solehah. Itu kunci katanya. Di akhir ayat, penulis sekali lagi mengingatkan kita, ya, ubahlah persepsi tentang cuti di waktu haid.


Wallahu alam

18 komen:

qunia said...

wahh... lepas ni akan berlambaklah review untuk buku-buku dari seberang kat sini ye.

FaiZaH K. said...

akak sudah habis baca rupanya...
bgus, satu perkembangan yg baik..
3 lagi tu, bla nk mulakan bacaan..
hehehehe..

Ae said...

''Saya percaya saya sangat istimewa berbanding manusia yang lain yang ada di muka bumi ini..''

Lain yang macam mana, ya? Tidak sabar hendak tahu.Saya suka kelainan.

Welma La'anda said...

Kak Qunia,
Hehe. Nampaknya begitulah. Tetapi sedikit sangat buku di Gramedia tempat saya ni :)

Faizah,
Yang lain tu tangguh dulu sebab nak baca revolusi IQ-EQ-SQ pula. Hihi.

Isma,
Susah sebenarnya mahu menulis proposal hidup ini. Sepatutya saya boleh publish hari ini, tetapi tak jadi pula sebab saya masih berfikir-fikir, "betulka aku nak jadi seperti ni".

ubi said...

Salam..

Kat mana yer nak dptkan buku nie: Tuhan, Inilah Proposal Hidupku.. selain dari Gramedia Bookstore.. Harap dpt dibantu..

Welma La'anda said...

salam ubi,
setahu saya, buku ini tidak dijual di mana-mana kedai buku melainkan Gramedia. Kalau Ubi tinggal di KL, mungkin boleh tanyakan kepada Pustaka Fajarilmubaru. Saya boleh juga belikan untuk ubi di Gramedia Seberang Prai. Jikalau bersetuju, boleh send alamat Ubi ke email saya, welmalaanda@gmail.com

Ae said...

Kamu bertuah punya ibu dan ayah seperti itu.

Moga Allah merahmatimu. Dan, al- Fatihah untuk ibu dan ayahmu.

ayscha said...

em, rupenye, sindrom sehari bersuci tu org lain pun ade jugak ye?ingat kan saya sorg aje..rase diri ni jahat sgt..em, nmpaknye, kene beli la buku Haid Menghalang Ibadah? tu..

Anonymous said...

em

apa yg boleh org kata tntg proposal idup welma tu...

welma memang superb.

nyata didikan ALLAH tlh berhasil menjadikn welma, welma yg ada skrg n mudah2an selamanya.

smoga welma selalu berhasil menjadi hamba ALLAH yg diberkahi n dirohmati.

sbgi saudara, sy mendoakan.

::rkukaudya::

Welma La'anda said...

Saudara Isma Ae,
semestinya saya bertuah :). Saudara juga bertuah punya mak ayah dan jalan kehidupan yang berbeza daripada saya :)

Ayscha,
Hehe.Sebenarnya kita ni sentiasa berusaha menjadi orang baik.

Kak fatim,
Alaaaa..."buku tu" tak baca lagi. saya akan usahakan membacanya. ala, akak pun hebat gak, saya tahu tu. terima kasih kerana selalu beri saya mesej.huhu.maaf lambat reply.

Ae said...

''Itu belum masuk cerita di Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.''

Saya juga punya pengalaman ini.Turun naik pejabat.

AdH said...

Subhanallah. Perancangan yang amat bagus. "Formula Individu Cemerlang" :) salah satunya ialah mempunyai matlamat yang jelas dan berwawasan. Saya doakan perancangan hidup Welma tercapai. Barakallahufik! :)

Anonymous said...

salam
saya amat mengagumi saudari
semoga mendapat suami yang solehah
Boleh tolong belikan buku ini untuk saya?
Bagaimana saya mahu bayar duit nya
ini alamat saya

Muhammad
14 Jalan Jasa 18 Taman Mutiara Rini,
Skudai 81300


www.muhammadridwanto.wordpress.com

Welma La'anda said...

salam, boleh saudara Muhammad. Mungkin boleh tinggalkan email, senang untuk saya beritahu status pembelian dan penghantaran buku tersebut. Erm, buku yang mana satu ya, Proposal Hidup ka atau Haid Menghalangi Ibadah? :)

Anonymous said...

Proposal Hidup

shabab_82@yahoo.com

muhammad

NorziatiMR said...

Subhanallah!!

siti zainon ismail said...

Anakku Welma, lambat rupanya bonda mengenalimu, tapi aneh rasanya sperti sudah kutemui sejak lama. Betapa setiap melinbtasi rimbun hutan balak di udara, kerap daku bertanya, dan mengharap pula aku akan terlempar di sana. ingin menemui anak-anak kecil yang hiduo di rimba yang diterokai tukang balak menggila melanyak harta tuhan untu kekayaaann...rupanya dikau sikecil Welma di situ, hidup dicelah keringat lelaki buruh balak. alhamdulliah dari sejtua anakanak menderita ada satu mutiara yang tidak pernah tahu kecewa. Syabas anakku dikau permata dalam himpunan lumpur jauh di sana , hanya dengan kesukaran hidup Tuhan memberi Cahaya untuk mereka yang tidak meratap cuma. Aneh tapi iutu Keesaan Allah selamat anakanda. Kalau turun KL, hubungi bonda ya...banyak perkara ilmu dapat kita kongsi bersama.

bonda Siti

hp019 3501896
www.senirupasiti.blogspot.com
fb siti zainon / fb sanggar seni siti zainon.

Welma La'anda said...

Bonda Siti,

Terima kasih untuk komennya. Sangat menghargai :)