p dibaca dan membeli buku 1 lagi karya beliau pada Sabtu lepas. Gian mahu membaca lagi karya beliau agaknya. Tidak cukup dengan itu, siap senaraikan semua karya beliau dan dimasukkan pula ke dalam senarai buku untuk dibeli pada bulan Mei nanti insyaAllah.
Ia sebenarnya bermula di sini. Ditakdirkan Allah secara kebetulan saya duduk bersama grup usrah yang secara tiba-tiba berbincang tentang buku. Sebenarnya saya sedang menunggu anak-anak usrah saya tiba, tetapi memandangkan mereka tidak tiba-tiba juga, jadi saya pun 'menumpang kasih' grup usrah di sebelah. Ada seorang kakak di dalam grup itu menyebut tentang karya Hlovate yang betapa islamiknya buku beliau. Saya bersetuju dengan pendapat beliau kerana teman serumah saya dulu juga pembaca karya Hlovate. Tidak dinafikan, memang mendatangkan kesan positif kepada teman serumah saya. Namun pada masa itu, sedikit pun tidak terdetik di hati saya mahu membacanya. Alasannya, mungkin kerana bahasa. Saya suka membaca karya yang ditulis dengan bahasa Melayu yang 'proper'. Tetapi, apabila kakak di dalam grup usrah itu menyebut tentang mutabaah amal, ya, ada mutabaah amal di dalam karya Hlovate yang satu ini, saya seperti tidak keruan, Lalu apa kata saya selepas itu, "Boleh saya pinjam buku akak tu?".
Contengan Jalanan (522 halaman), begitulah tajuknya. Karya Hlovate yang paling terkini. Agak keliru sedikit dengan rekaan kulit buku. Jikalau anda perhatikan, kulit hadapan dan belakang disusun terbalik. Saya keliru pada mulanya, mahu baca yang mana dulu - kulit buku yang tertulis I-FEND atau 11-K2 (K2 dibaca K Square). Lalu, dengan main teka-teka, saya pun pilih halaman yang tertulis I-FEND untuk dibaca dahulu. Mujur betul. (Menyedari yang saya telah membaca secara sequence yang betul itu ialah setelah membaca 11-K2).
Contengan Jalanan mengandungi 2 kisah pengalaman perjalanan mencari Tuhan oleh Affendy dan K2 (dibaca K Square) atau nama sebenarnya Ku Kamaruzzaman. Halaman yang tertera I-FEND pada muka depannya menceritakan kisah Fend @ Affendy. Manakala halaman yang tertera 11-K2 pula menceritakan kisah K Square. 2 kisah berbeza. 2 sahabat baik. Affendy senang dilentur jiwanya sementara K Square pula bertentangan. Fend mungkin boleh berfikir tentang tujuan hidup apabila cukup hanya dilontarkan dengan pertanyaan atau persoalan tetapi K Square bukan begitu. Dia tidak mahu hipokrit. Dia mahu berbeza. Contengan Jalanan, secara universalnya, bercerita tentang keluasan rahmat Allah dalam memberi hidayah dengan cara yang pelbagai untuk manusia yang pelbagai sifatnya. Allah menyentuh hati-hati kita dengan jutaan cara.
Saya sendiri tidak faham kenapa saya menangis ketika membaca novel ini. Bukan kerana Fend atau K Square yang pastinya. Mungkin kerana jikalau bercakap atau membaca tentang 'kesepian' atau rasa 'missing' yang terbit jauh di dalam hati akan boleh membuatkan kita menangis kot. Seolah-olah kita bukan membaca kisah tentang Fend atau K Square tetapi membaca diri sendiri. Atau sebenarnya, ini adalah signal yang jauh di sudut hati kita, untuk setiap insan, wujud perasaan sangat rindu padaNya dan mahu menjadi hamba yang baik untukNya tetapi selalu tidak mampu bukan.
Semalam, sebelah pagi, novel ini selesai dibaca. Ya, novel yang bahasanya tidak 'proper' ini telah membuatkan saya termenung. Berfikir tentang diri. Berfikir tentang amal kebajikan yang sudah tidak konsisten dibuat. Tidak kisahlah kot kalau bahasa novelnya tidak proper, asalkan boleh membuatkan saya terfikir tentang Tuhan. Boleh menyegarkan semula jiwa.
Sedikit renungan saya petik :
Kalau mati sekarang sebelum habiskan degree, adakah cukup untuk buat diri rasa terkilan?
Entah. masuk kubur nanti bukannya jawab soalan berdasarkan degree pun. Tak ke macam tu?
Kalau mati sekarang sebelum sempat nak bina kerjaya, adakah akan buat diri rasa kerugian?
Entah. Apabila dah dalam kubur duit dan pangkat bukannya bawa apa-apa makna.
Kalau mati sekarang sebelum sempat kahwin, adakah akan buat diri rasa berputih mata?
Entah. Walau dah kahwin sekalipun, masuk kubur tetap juga sorang-sorang.
Berpusing kepala terasa dibuatnya memikirkan soalan tu. Dah tu...kalau semua benda tu tak terasa sayang nak ditingggalkan, teruskan hidup sampai hari ni untuk apa sebenarnya? ( I-FEND , Halaman 65)
Ya. Sudah 3 buku dibaca untuk tahun ini. Lambatkan.
Wallahu alam
Ya. Sudah 3 buku dibaca untuk tahun ini. Lambatkan.
Wallahu alam
8 komen:
Welma, tahun ini ke pesta buku?
Ya saya. Tahun ini tidak pergi :). Banyak ke yang Aina borong :)
Belum pergi lagi. Insya Allah minggu ini. Dengarnya tempat kursus saya bersebelahan dengan PWTC. Lalala..nak kirim tak?
"Mungkin bahasa yang berterabur itu saya kira perlu diperbaiki." -kan sya da ckap, tu penulis nyer specialty hahahaa
"Mungkin bahasa yang berterabur itu saya kira perlu diperbaiki." - kn sya da ckap,ni kan hlovate nyer specialty hehehhee
terkilan ker??? xdan nk rsa t'kilan
Aina,
Hehe. Tidak kot rasanya. Tak tahu buku apa yang diidam-idamkan. Ada cadangan?
Faizah,
Wah wah. Siap 2 komen ni. terkilan? Ehm, tak dan kot. Cuma terfikir-fikir tentang jantina penulis pula. Tapi sekejap sahaja. Sekarang ni terfikir macam mana mahu mencukupi 50 buku setahun. Waaaaaaaa :(
Entahlah, saya borong buku di Galeri Ilmu. Itu yang berkenan di hati tahun ini :D
Hai!
Bloghopping punya pasal, terjumpa page awak. Bila baca entri ni, terasa nak baca buku Hlovate! Sebelum ni memang selalu sangat nampak buku Hlovate kat kedai dan selalu sangat tengok orang baca buku Hlovate.Tapi tak pernah teringin nak baca (mungkin faktor kulit buku).
After reading your entry, rasanya tak salah mencuba.
p/s: I am 4 books behind schedule! Mungkin Hlovate boleh membantu =)
Post a Comment