Saya sudah mula bercuti sekarang. Konon-konon mahu menghabiskan cuti tahunan. Sebenarnya tIdak!
Cuti pada kali ini diambil semata-mata untuk membaca buku. Almaklumlah saya begitu jauh ketinggalan di belakang untuk marathon 50 buku setahun ini. Haa itulah, awal-awal tahun asyik bertangguh kerja. Inilah akibatnya!
Saya kalau diikutkan hati, mahu sahaja menyerah kalah pada saat ini juga. Banyak lagi kerja yang patut saya selesaikan sepanjang cuti seminggu ini seperti mengemas rumah (ini dianggap prioriti) dan bertafakur sambil berehat melepaskan letih 2012 agar kembali bersemangat untuk tahun 2013 (hehe). Selain itu, tidak lupa kerja-kerja Ikram Junior yang sangatlah memerlukan tenaga fikiran.
Tetapi, apabila difikirkan balik, ish, saya tidak boleh menyerah kalah. Lalu tindakan yang penuh berstrategi perlu diambil (chewah). Inilah masanya saya membaca buku kanak-kanak yang banyak gambarnya dan besar tulisannya (strategi yang tidak sudah-sudah). Lalu apa yang saya buat, seperti biasa, mulalah saya mencari dan menyusun semula buku-buku yang boleh membantu sepanjang marathon.
Kelompok buku yang di atasnya ada buku yang berwarna biru, bertajuk A Day In The Life of a Muslim Child, adalah buku-buku yang sudah dibaca. Ada 7 buah kesemuanya. Ini bermakna, saya sudah membaca sebanyak 32 buah setakat ini. Saya perlukan 18 buah buku lagi. Nantilah ya saya berkongsi cerita isi kandungan buku-buku itu. Betul-betul berada pada tahap kritikal ketika ini, perlu membaca sepantas mungkin tanpa ada gangguan :)
Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu adakah saya akan berjaya mencapai misi ini.Tetapi saya tahu yang saya akan berusaha. Chaiyok! Baiklah, kemas rumah dahulu, memasak untuk makan tengahari dan baru boleh membaca.

2 komen:
Jangan terlalu mengejar "target" sehinggakan ilmu dan pengajaran yang terdapat di dalam buku - buku tersebut tidak dapat di serap. Apa - apa pun semoga berjaya :D
Terima kasih Amirul di atas peringatan. Saya menghargainya.
Post a Comment