Alhamdulillah. Tepat pukul 11.51 malam, 31 Disember 2012, Allah mengizinkan saya menyempurnakan 50 buah buku untuk 2012.
Sepanjang 3 tahun (2010, 2011, 2012) saya berazam untuk membaca 50 buah buku setahun. Tahun 2012 merupakan tahun pertama menyaksikan saya merealisasikan azam itu. Secara kesimpulannya, ini dia buku-buku yang sudah berjaya dibaca sepanjang 2012. Hooray!
Berdasarkan graf di bawah, ada 3 kesimpulan boleh dibuat :
(Nota : Malangnya graf sudah hilang)
a) Saya tidak konsisten membaca pada setiap bulan. Ada bulan yang saya tidak membaca langsung dan ada bulan yang saya sangat aktif. Konsisten adalah kelemahan saya dari dahulu lagi.
b) Saya seorang yang kuat semangat. Saya boleh memilih untuk tidak menyelesaikan misi ini namun saya memilij untuk berusaha dan merealisasikannya, dengan izin Allah. Tabah adalah kekuatan saya yang memang tidak boleh dinafikan. Terima kasih Allah. (Kredit untuk Mazlan kerana menyokong saya).
c) Saya suka membaca buku motivasi, keagamaan dan psikologi. Jikalau anda perasan, apa sahaja buku yang saya baca, samada buku untuk dewasa atau kanak-kanak, insyaAllah mempunyai salah satu kriteria itu. Saya sukakan buku-buku yang boleh memberi saya semangat dan mengingatkan saya tentang legasi. Saya juga sukakan buku kanak-kanak kerana saya suka berangan-angan seolah-olah bercerita kepada mereka. Lagipun, sangattttt seronokkkk membaca buku yang berwarna-warni. Sejak dahulu, saya memang ada penyakit berangan yang tinggi.
(Nota : Malangnya graf sudah hilang)
a) Saya tidak konsisten membaca pada setiap bulan. Ada bulan yang saya tidak membaca langsung dan ada bulan yang saya sangat aktif. Konsisten adalah kelemahan saya dari dahulu lagi.
b) Saya seorang yang kuat semangat. Saya boleh memilih untuk tidak menyelesaikan misi ini namun saya memilij untuk berusaha dan merealisasikannya, dengan izin Allah. Tabah adalah kekuatan saya yang memang tidak boleh dinafikan. Terima kasih Allah. (Kredit untuk Mazlan kerana menyokong saya).
c) Saya suka membaca buku motivasi, keagamaan dan psikologi. Jikalau anda perasan, apa sahaja buku yang saya baca, samada buku untuk dewasa atau kanak-kanak, insyaAllah mempunyai salah satu kriteria itu. Saya sukakan buku-buku yang boleh memberi saya semangat dan mengingatkan saya tentang legasi. Saya juga sukakan buku kanak-kanak kerana saya suka berangan-angan seolah-olah bercerita kepada mereka. Lagipun, sangattttt seronokkkk membaca buku yang berwarna-warni. Sejak dahulu, saya memang ada penyakit berangan yang tinggi.
Komik
Siri Komik Ikhtiar Hidup karya kartunis dari Korea ini merupakan siri yang sangat mengagumkan. Ada 8 siri kesemuanya. Bagaikan membaca sebuah ensiklopedia yang sarat dengan pengetahuan. Buat masa ini, saya baru membaca 1 siri sahaja - Ikhtiar Hidup di Glasier. Ini adalah komik ensiklopedia ya. Sangat puas membacanya.
Agak risau sedikit dengan gaya wataknya. Saya faham adegan sakat-menyakat itu perlu, tetapi ia perlu disulami dengan akhlak yang baik. Peribadi negatif seperti yang saya maksudkan tidaklah banyak di dalam komik ini, mungkin dalam 15%. Tetapi, memandangkan saya sangat teliti dengan akhlak, saya risau apabila budak yang membacanya, menjadi terikut-ikut dengan perangai sedemikian.
Saya mencari baki 7 siri komik ini di kedai buku tetapi tidak berjumpa. Akhirnya saya terjumpa siri komik JOM. Saya membeli 2 siri - JOM Jaga Alam dan JOM Hidup Sihat. Komik ini merupakan karya seorang warga Singapura. Kelihatan ada cop Ameen Educare, menambahkan keyakinan saya terhadap isi dan akhlak wataknya. Dari segi info, ia memanglah tidak 'sedahsyat bagaikan ensiklopedia' seperti Siri Ikhtiar Hidup, namun banyak juga info-info tentang alam sekitar dan kesihatan baru sahaja saya ketahui.
Fiksyen/Bukan Fiskyen Kanak-Kanak
Pada ketika ini saya sudah miliki 3 siri buku JIMI, sebuah karya conteng Fadhli Hamdan, terbitan PTS. Melihat siri ke-3 ini berada di kedai buku membuatkan saya seperti kerasukan. Haha. Ini adalah buku favorit saya. Membacanya membuatkan saya positif terhadap lukisan, kesenian, kreativiti dan seumpamanya.
Buku kanak-kanak sangat membantu saya dalam menyediakan material untuk kerja-kerja sosial saya. Salah satunya, buku 101 Info Seronoknya Berpuasa (PTS). Saya menggunakan isi dan maklumat di dalam buku itu, sebagai panduan ketika menyediakan slaid power point kepada adik-adik Ikram Junior untuk sesi bercerita dan kuiz pada Ramadhan lepas. Sekarang pula, saya sudah mendapat idea bercerita tentang aurat kepada adik-adik perempuan Ikram Junior melalui buku - Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat (Telaga Biru). Tidak sabar pula menyediakan power point untuk ini.
Yey! Ada 1 siri lagi buku yang mahu dikumpul -Geng Sahabat Haiwan (PTS). Ini baru siri pertama. Ia mengisahkan tentang 3 orang saudara yang menjadi penyelesai masalah haiwan di sebuah kampung di mana setiap penduduknya memiliki haiwan peliharaan yang pelik-pelik, seperti panda, zirafah dan lain-lain. Pada ketika ini, saya sangat gemar membaca buku-buku (termasuk komik) yang bertema tentang alam dan haiwan. Bukannya apa, sangat bagus membaca buku sebegini kerana ia boleh memupuk sikap cintakan haiwan dan alam sekitar.
Fiksyen/Bukan Fiskyen Remaja
Sebenarnya, pada hari Jumaat lepas, saya keluar ke kedai buku. Stress membaca buku yang kurang berwarna. Lalu saya mencarilah buku-buku yang cantik-cantik kulitnya. Hehe. Banyaklah juga buku yang diborong. Antaranya, Jimi(Siri 3), Komik JOM (2 siri), Ummi Kenapa Wajib Tutup Aurat, Geng Sahabat Haiwan (Siri 1) dan Siri Fikah (2 siri - PTS) - Ada Yang Menyayangimu dan Ada Yang Melihatmu.
Wah! Osem! Buku yang tidak sia-sia dibeli. Pelbagai isu fiqh yang patut diketahui sejak remaja lagi diceritakan di dalam buku ini. Saya dan Mazlan siap berbincang-bincang lagi tentang beberapa isu lanjutan yang saya perolehi sepanjang pembacaan. Seronoknya, ia ditulis dalam bentuk fiksyen. Bagaikan novel tetapi isinya sekitar tentang hukum-hakam agama. Nampak mudah tetapi adakah kita betul-betul mempraktikkannya dan tahu kenapa Allah membuat peraturan sedemikian. Ha, justeru itu, anda boleh membaca buku ini untuk memperkemaskan pengetahuan tentang agama kita. Anda boleh beli juga dan hadiahkan kepada remaja, cadangan yang sangat bernas!
Bukan Fiksyen Dewasa
Saya seperti biasa, seperti tahun-tahun sebelumnya, memang agak aktif membaca buku bukan fiksyen terutama tentang travelog dan kisah legasi manusia.
Cuma pada tahun ini, saya membaca buku yang ada kaitan dengan kerja saya di pejabat iaitu Training Need Analysis Toolkit. Bukan kebetulan, tetapi memang saya niatkan membacanya untuk menambah kemahiran kerja. Ini adalah pengalaman yang manis sekali kerana sudah lama saya bercita-cita sedemikian. Membaca buku berkaitan kerja di rumah memang jarang-jarang dilakukan kerana saya tidak suka apa yang saya buat selama ini. Tiba-tiba saya melakukan perubahan, ini bermakna saya sukakan kerjaya saya. Yey! Syukur..
Selain itu, saya juga berazam membaca banyak buku berkaitan psikologi dan keibubapaan pada tahun 2012. Ini kerana pada tahun 2013, semoga diizinkan Allah, saya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi Pendidikan. Tetapi, saya hanya mampu membaca 4 buah buku sahaja untuk tema sebegini. Tidak mengapalah Welma La'anda. Cuba dan cuba lagi. Anda harus ingat dan yakin, tahun ini, 2013, anda akan mencipta pelbagai kecemerlangan yang besar lagi. (dengan izin Allah).
4 komen:
Masya Allah! Kagum dengan semangat membaca Welma. Dan seperti biasa, tang analisis tu yang saya suka baca :D Rajinnyaaa.. saya pun malas mahu buat analisis sebegini. Hehe...
Sejak ada anak memang saya beralih ke genre kanak-kanak. Seronok lihat buku berwarna-warni di samping mencari idea untuk bercerita dan membuat aktiviti bersama anak.
Sekarang suka membaca sambil mereka idea dalam kepala 'apakah aktiviti yang sesuai dijalankan berdasarkan buku cerita ini?'.
Saya terjumpa dalam salah satu web di luar negara mengenai "Story Sack" atau karung cerita (maaflah jika kurang tepat terjemahannya). Sangat menarik idea itu. Saya mahu cuba aplikasikan di dalam kelas tahun ini :)
Oh, maaf Welma banyak pula berceloteh. Lama tidak jumpa rakan yang mempunyai minat yang sama (baca : minat membaca ;))
Terima kasih Aina untuk info Story Sack itu. Saya sudah pergi ke web yang dimaksudkan. Sangat menarik dan memberi idea yang baru.
Ya, pembaca akan diketemukan dengan pembaca juga.
Buku Ummi mengapa wajib tutup aurat tu comellah! Tapi saya belum baca lagi. Nampak di kedai buku sahaja :) Agak-agaknya boleh buat story sack tak buku tu, Welma?
Saya cuba buat story sack guna buku Si Kecil Di Dalam Kantung, tulisan Puan Zulina Hassan. Penerbit Galeri Ilmu. Tapi belum siap jadi belum boleh terbit di blog :D
Wow banyaknya...Saya rasanya cuma 10 buah buku sahaja...Nice blog dan salam perkenalan...
Post a Comment