Friday, July 19, 2013

Hari Gembira

Kelmarin merupakan hari gembira buat saya.

Satu sebabnya ialah kerana peristiwa penting untuk organisasi tempat saya bekerja sudah selesai dan jabatan saya selamat dari sebarang isu. Peristiwa penting inilah menyebabkan saya dan rakan-rakan lain tidak cukup tidur dibuatnya selama berbulan-bulan dan kami boleh dikatakan bergilir-gilir jatuh sakit akibat tekanan. Ini bermakna, saya akan mempunyai lebih banyak peluang masa untuk melayan buku-buku untuk dibaca. Alhamdulillah.

Punca kedua kegembiraan saya ialah kerana duit gaji sudah masuk dan perkara pertama yang saya lakukan ialah membeli buku. Ngee.Pada bulan Julai ini, saya memilih untuk membeli buku secara atas talian (Baca : Online). 

Saya memiliki semua tulisan Muhammad Alexander terbitan PTS dan malangnya kesemua buku-buku itu masih belum dibaca. Ini karya terbaru beliau dan tajuk buku ini betul-betul membuatkan perasaan ingin tahu saya membuak-buak.Perlu diingatkan sebagai pembaca, pengisian buku ini bukan muktamad sifatnya dan sesungguhnya Allah yang lebih mengetahui siapa Luqmanul Hakim. Buku Ibu Melayu Mengelilingi Dunia ini sudah saya pegang semasa PBAKL 2013, tetapi entah kenapa saya terlupa untuk membelinya. Buku yang ketiga dibeli ialah Baldatun Thoiyyibatun. Sebuah fiksyen futuristik yang berkisar negara Islam pada tahun 2020.

Saya belum lagi memulakan aktiviti pembacaan untuk mana-mana buku dalam seminggu ini.InsyaAllah saya menunggu hari Sabtu dan Ahad kerana buat masa ini, saya memilih untuk berehat dan bertenang supaya demam dan asma saya semakin memulih.

Terima kasih Allah untuk semua nikmat kelapangan dan ketenangan hidup ini.


Sumber Gambar :
Luqmanul Hakim adalah Socrated Berkulit Hitam -Sini
Ibu Melayu Mengelilingi Dunia - Sini
Baldatun Thoiyyibatun - Sini

1 komen:

AdH said...

Welma, Ibu Melayu Mengelilingi Dunia sudah baca atau belum? ^^ Sedang tunggu reviunya ;)