Di hari kelahiran, biasanya saya memiliki agenda peribadi yang khusus. Adakalanya saya bermuhasabah. Mungkin solat sunat. Tidak menentu. Hari lahir yang paling saya ingati ialah ketika di Madinah tahun 2010. Hari terakhir di sana dan pada hari itu kami akan menuju ke Makkah. Jadi saya menghabiskan masa hampir separuh hari berbaris menunggu giliran masuk ke Raudhah sebelum sempat menunaikan solat sunat di situ dan berdoa. Saya merasakan, merai kelahiran sebegini lebih bermakna dan terisi berbanding menyambutnya dengan kek keju dan akhirnya muak begitu sahaja.
Pada tahun ini, saya meraikannya dengan melihat semula pelan kehidupan saya. Bagi pembaca blog ini sejak bertahun-tahun lepas, anda pasti pernah membaca rentetan cerita tentang saya dan pelan-pelan kehidupan saya yang tidak sudah-sudah itu. Ada beberapa pelan itu berjaya dilaksanakan dengan sedikit kelewatan dan ada juga tidak diteruskan kerana diganti dengan pelan lain yang lebih praktikal.
Rev 1
Sejak 2005-2010, saya memiliki 2 cita-cita di mana saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu mensejajarkannya (Baca : synchronize) . Pada satu sudut, saya mahu menjadi jurutera telekomunikasi kerana mahu mencipta peranti komunikasi ketenteraan untuk dimanfaatkan oleh orang Islam. Menyedari komitmen yang perlu saya laburkan bukannya mudah dan mungkin akan menganggu komitmen kepada keluarga, maka saya mencipta keinginan lain yang mempunyai peluang untuk dilakukan di rumah (Baca : pejabat di rumah) jikalau saya sudah tidak bekerja di dalam dunia korporat.
Inilah yang membawa saya kepada idea membina sekolah, nurseri atau perpustakaan sebagai tempat untuk saya bereksperimen dengan pembangunan silibus/kurikulum pendidikan untuk mencetak peribadi muslim (Fokus : Kanak-Kanak) yang berkualiti. Namun saya tidak tahu bagaimana mahu melakukannya kerana saya tidak ada sebarang pengetahuan dari segi metod dan pelaksanaan. Di dalam kehidupan seharian pula, majoriti masa dilaburkan bekerja sebagai juruteknik dan belajar dunia kejuruteraan. Masa untuk meneroka cita-cita kedua itu hanyalah separuh masa (Baca: Part Time).Hasilnya tidak berapa bagus dan akhirnya membuatkan saya tidak tahu mahu menjadi apa, dan membina kepakaran di lapangan apa, untuk disumbangkan kepada umat ini. Lalu saya tertekan.
Rev 2
Ada beberapa peristiwa di dalam kehidupan saya, terjadi dalam beberapa tahun ini setelah saya balik dari menunaikan umrah yang telah menyebabkan berlaku sedikit perubahan pada cita-cita di Rev 1 itu.
1) Beberapa minggu sekembalinya saya menunaikan umrah, secara tiba-tiba datang perasaan yang membuak-buak memohon pekerjaan di platform yang lain. Itulah yang membawa saya menjadi Penyelia. (Acting) pada awal tahun 2011. Saya menyelia staf operator dan juruteknik di dalam operasi pembuatan (Baca : Manufacturing Process). Kerja menyelia bukan terhad kepada manusia sahaja, tetapi merangkumi pelbagai aspek seperti kualiti dan produktiviti. Perpindahan saya ke jawatan baru ini bukanlah melalui proses kenaikan pangkat. Gaji masih sama tetapi kerja bertambah. Jikalau pencapaian saya memuaskan dalam tempoh 1 tahun (anggaran dan bukan jaminan), barulah bos saya mempertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Jadi, ini perpindahan yang agak berisiko. Namun, saya tidak kisah semua itu kerana niat utama ialah untuk meluaskan skop pengalaman kerja. Dalam dunia kerja di syarikat multinasional, jikalau anda masih berada dan melakukan kerja (Baca : Job Roles) yang sama dengan ilmu yang sama dalam tempoh 5 tahun tanpa sebarang perubahan, ia satu penanda aras yang tidak berapa baik melainkan anda memang mahukan pencapaian hidup yang biasa-biasa sahaja.Saya tidak suka zon selesa!
2) Bekerja sebagai penyelia sangat memberi tekanan kepada saya sehingga saya tidak mampu untuk senyum lagi ketika bekerja. Namun saya masih bertahan akibat didikan pengalaman kerja 5 tahun dahulu. Apabila anda sudah lama di dalam dunia pekerjaan, tanpa disedari, akan terbina satu jenis ketabahan yang akan membuatkan anda ok sahaja mengharungi segala tekanan kerja.
3) Jun 2011 (saya lupa tarikh perkahwinan saya). Saya berkahwin. Saya mula berfikir tentang kahwin setelah ayah saya meninggal pada April 2008. Lalu saya mulakan langkah pertama dengan menghantar borang Baitul Muslim pada tahun itu. Setelah hampir putus asa kerana terlalu lama sangat pencarian itu akhirnya saya pun pergi menunaikan umrah dengan niat menenangkan diri -soal jodoh dan soal cita-cita yang ditulis pada Rev 1. Tetapi sepanjang saya berada di Haramain, secara automatik, saya tidak ada minat untuk berfikir tentang kahwin. Lebih teruk lagi, saya hampir terlupa berdoa tentang jodoh. Fikiran saya lebih banyak berfikir tentang cita-cita -apakah kepakaran yang mahu disumbangkan untuk umat Islam.
4) Tahun 2011 juga merupakan tahun terakhir pengajian saya. Sepatutnya dijadualkan tamat pada Julai 2011. Inilah antara sebab kenapa saya berjaya dalam proses temuduga memohon jawatan Penyelia sebelum itu. Bos saya memerlukan seorang penyelia yang berlatarbelakangkan pendidikan kejuruteraan. Ditakdirkan, saya gagal peperiksaan untuk subjek terakhir, Sistem Power Analysis dan saya perlu mengulang subjek itu semula.
5) Impak daripada itu, bos saya mengatakan saya tidak sesuai lagi sebagai penyelia dan saya ditukarkan ke jabatan yang ada kekosongan. Pada masa itu yang ada kekosongan ialah sebagai Trainer (September-Dec 2011). Inilah era yang paling menguji mental sehingga saya hampir membuat keputusan berhenti kerja dan membayar balik duit tajaan pengajian ijazah saya. Sebabnya, saya secara total tidak tahu bagaimana melaksanakan kerja sebagai trainer, tiada sebarang bimbingan formal, tiada sebarang dokumen langkah demi langkah yang boleh saya rujuk dan belajar sendiri , saya berperang mulut dengan salah seorang pengurus di situ sebab saya tidak suka dengan perangainya yang suka mengarah-arah orang seperti budak tadika dan suasana kerja syif tidak sesuai untuk saya yang sudah berkahwin.
Pendek kata, saya tidak suka suasana kerja yang membuatkan saya rasa seperti seorang budak suruhan yang bodoh. Saya tidak suka suasana kerja yang membuatkan saya rasa seperti seorang pekerja yang tidak berpendidikan (Baca : Knowledgeable worker)
Pendek kata, saya tidak suka suasana kerja yang membuatkan saya rasa seperti seorang budak suruhan yang bodoh. Saya tidak suka suasana kerja yang membuatkan saya rasa seperti seorang pekerja yang tidak berpendidikan (Baca : Knowledgeable worker)
6) Akhirnya saya mendapat khabar gembira daripada bos saya dalam tempoh 3 bulan itu (September-Disember) yang dia akan menukarkan saya ke jawatan lain berkuatkuasa Januari 2012. Saya tidak jadi meletak jawatan. Haha (Percubaan meletak jawatan yang entah sudah berapa kali). Posisi jawatan kali ini lebih cool pada fikiran saya, Technical Training xx (Acting). Bekerja secara normal 8-5 petang. Yahoo!
Inilah pekerjaan yang tidak pernah terlintas di dalam fikiran saya selama ini dan saya sangat menyukainya. Tahap suka itu sehingga membuatkan saya membawa balik kerja ke rumah dan membuat penyelidikan, membaca jurnal atau buku teks yang berkaitan. Saya suka kerja yang ada kaitan dengan buku, menyelidik, menganalisis dan menulis. Pertama kali saya merasakan dalam hidup saya - kerja saya di pejabat sejajar (Baca : Sync) dengan cita-cita seperti yang saya tulis di Rev1. Tanggungjawab kerja (Job Roles) ini banyak melibatkan kerja-kerja analisis dan membangunkan kurikulum untuk pekerja teknikal - juruteknik dan jurutera. Walaupun kerja saya di pejabat melibatkan pembangunan pekerja teknikal, tetapi secara umumnya, ilmu dan kemahiran yang diperoleh terpakai juga untuk pembangunan mana-mana organisasi samada institusi korporat, dakwah atau sosial. Menjawat jawatan sebegini dan bekerja di dalam syarikat multinasional adalah peluang yang jangan sekali-kali dibazirkan kerana peluang mencari ilmu, mengembangkan pemikiran dan meluaskan pengalaman sangat terbuka luas. 2013, secara rasminya kad nama saya tertulis Training Consultant, tetapi saya suka mengatakan saya sebagai Training Coordinator (buat masa ini) kerana saya masih belum merasakan kualiti kerja saya selayaknya dipanggil konsultan.
Inilah pekerjaan yang tidak pernah terlintas di dalam fikiran saya selama ini dan saya sangat menyukainya. Tahap suka itu sehingga membuatkan saya membawa balik kerja ke rumah dan membuat penyelidikan, membaca jurnal atau buku teks yang berkaitan. Saya suka kerja yang ada kaitan dengan buku, menyelidik, menganalisis dan menulis. Pertama kali saya merasakan dalam hidup saya - kerja saya di pejabat sejajar (Baca : Sync) dengan cita-cita seperti yang saya tulis di Rev1. Tanggungjawab kerja (Job Roles) ini banyak melibatkan kerja-kerja analisis dan membangunkan kurikulum untuk pekerja teknikal - juruteknik dan jurutera. Walaupun kerja saya di pejabat melibatkan pembangunan pekerja teknikal, tetapi secara umumnya, ilmu dan kemahiran yang diperoleh terpakai juga untuk pembangunan mana-mana organisasi samada institusi korporat, dakwah atau sosial. Menjawat jawatan sebegini dan bekerja di dalam syarikat multinasional adalah peluang yang jangan sekali-kali dibazirkan kerana peluang mencari ilmu, mengembangkan pemikiran dan meluaskan pengalaman sangat terbuka luas. 2013, secara rasminya kad nama saya tertulis Training Consultant, tetapi saya suka mengatakan saya sebagai Training Coordinator (buat masa ini) kerana saya masih belum merasakan kualiti kerja saya selayaknya dipanggil konsultan.
Bercakap tentang impian mahu menjadi jurutera telekomunikasi, saya melupakannya terus kerana saya sudah berjumpa bidang yang saya mahu dedikasikan kepada umat ini. Sedikit perubahan, jikalau dahulu saya mahu memfokuskan kepada kanak-kanak, tetapi kini saya beralih bidang ke pembelajaran orang dewasa (Baca : Andragogy). Cita-cita untuk membina sekolah/perpustakaan (sebagai wadah bereksperimen) itu masih tetap ada, namun masih kabur. Tidak mengapa, dari segi wadah untuk menyampaikan atau menyebarkan kepakaran, saya boleh menulis -jurnal, karya kreatif dan lain-lain.Ia lebih praktikal buat masa ini.
7) Definisi kerja untuk diri saya ialah belajar . Kerja di pejabat = Belajar = Menuntut ilmu. Saya mengganggap diri saya sebagai seorang penuntut ilmu sepenuh masa. Bagi saya, jikalau posisi pekerjaan saya tidak membantu saya menjadi seorang penuntut ilmu, sudah sampai masa perpindahan dilakukan. Ilmu dan pengalaman yang dicari bukan untuk diri saya semata tetapi ia untuk ummah ini, untuk mencari penyelesaian kepada musibah yang menimpa umat Islam.
8) Saya memasang impian, membuat pelan perancangan (seperti Rev1 ), berusaha dan berdoa. Banyak perkara yang terlalu kabur dan kurang praktikal di dalam pelan tersebut. Namun, Allah swt memiliki perancanganNya yang tersendiri. Sesuai dengan kapasiti, kekuatan dan passion saya. Dia Maha Mengetahui tentang saya sedangkan saya sendiri pun belum tentu memahami diri sendiri. Rentetan takdir - memohon posisi penyelia (walau hanya acting sahaja), gagal peperiksaan, menjadi trainer sementara yang begitu memeningkan- semua itu hanyalah satu proses yang setiap satunya memiliki hikmah dan paling penting semua itu telah membawa saya kepada agenda yang lebih besar iaitu bekerja di dalam bidang latihan dan pembangunan sumber manusia yang secara tidak langsung membantu saya mengasah kemahiran dalam membina kurikulum seperti yang dicita-citakan selama ini. (Baca dalam satu nafas).
9) Apabila saya melihat pelan perancangan kehidupan saya, saya cuba membayangkan tokoh-tokoh pejuang Islam dengan pelbagai organisasi dan pimpinan di serata dunia. Pastinya kita semua yang mengaku pejuang agama, memiliki pelbagai strategi/pelan perancangan untuk menegakkan kalimah Allah. Namun apa yang kita lihat pada hari ini ialah , rentetan peristiwa kemenangan yang singkat, peperangan dan pembantaian melibatkan saudara kita di mana-mana negara silih berganti. Percayalah, semua itu hanyalah satu proses yang setiap satunya memiliki hikmah dan membawa kita kepada agenda yang lebih
besar iaitu kebangkitan menyeluruh dan kemenangan umat Islam.
Persoalannya, sudahkah kita menyiapkan diri ke arah itu? Kita sedih dan kasihan melihat saudara kita di serata dunia diuji dengan kezaliman tetapi sebenarnya kitalah yang sepatutnya perlu dikasihani kerana kita diuji dengan kesenangan dan kita tidak sedar pun tentang itu.
Perancangan 5 Tahun (2013 - 2017)
1) Menyambung pelajaran - MBA, di USM bermula 2014. Saya cuba memohon penajaan dan semoga saya mendapatnya.
2) Saya perlu komited menulis secara serius (bukan blog) dan sekurang-kurangnya menghantar 2 artikel/jurnal berkenaan bidang saya setiap tahun.
3) Saya menyediakan diri (ilmu dan kemahiran yang perlu ditingkatkan) untuk menjawat posisi pengurus untuk 5 tahun akan datang.
4) Ini kerja yang masih bertangguh : Ikram Junior Kulim - Saya sebagai ketua yang memiliki ilmu dan kemahiran professional dalam bidang latihan dan malangnya saya menjalankan program dan menggerakan fasilitator saya tanpa mengikuti metod dan perlaksanaan yang betul seperti yang saya amalkan di tempat kerja. Haiya! This is totally my bad. Kerja dakwah, tolonglah Welma , jangan dibuat ala kadar dan separuh masa.
Ya Allah
Saya mohon keampunan jikalau tulisan saya ini ditulis sambil berbangga-bangga diri. Sesungguhnya semua yang saya miliki adalah kepunyaan Allah.
Nota : Nama jawatan yang saya tunjukkan di sini bukanlah nama sebenar seperti yang tertera di dalam pangkalan data syarikat saya kerana ia perkara sulit. Ia hanyalah nama yang bersifat am (general) dan terpakai di mana-mana syarikat.
2 komen:
Alhamdulillah :)
K.welma buatkan fifi tuk trus berusaha... :)
Apa Pun Yang Utama Cari Redha Allah..
Post a Comment