Beberapa kisah sekitar buku yang membuatkan saya senyum sepenuh hati. Alahai! Bahagianya diri.
Jumaat, 27 September
Setelah penantian kesekian lamanya, akhirnya Tim Big Bad Wolf mengumumkan tarikh jualan buku yang akan dibuat pada bulan Disember yang akan datang ini. Yehaaa! Mari kita berpesta!
Beberapa perkara perlu diselesaikan untuk misi ini. Satu, hasut Mazlan untuk mengambil cuti. Mazlan perlu diselitkan di dalam agenda ini kerana dia adalah watak yang akan membawa buku-buku yang berat itu. Kedua, perlu adakan mesyuarat tergempar dengan Mazlan untuk membincangkan bagaimana ke MIECC - pengangkutan? hotel? Mazlan merupakan orang penting dalam mesyuarat ini sebab dia adalah watak utama yang akan memandu kereta dan membaca peta laluan komuter yang saya tidak faham sampai sekarang. Ketiga, peringatan untuk membeli troli supaya Mazlan tetap cergas sambil tersenyum dan tidak menganggu isterinya memilih buku seperti memilih tudung. Muhahaha!
Sebenarnya, dengan adanya jualan mega ini, ia juga merupakan alasan untuk ke KL. Spesiknya ke Kinokuniya. Mahu menjerit sekuat-kuatnya!!!
Sabtu, 28 September
Balik ke Ipoh. Setiap bulan kami akan mendedikasikan 1 hujung minggu untuk berada di Ipoh. Tanggungjawab menziarahi ibu-bapa mertua saya. Kepulangan kali ini, saya teringin ke Jusco. Ini juga peluang untuk membawa seorang anak saudara saya yang tidak berapa sihat itu berjalan-jalan. Memandangkan kami berdua adalah pasangan yang agak kuno - No Junk Food, No Cinema - jadi, kami bertiga menghabiskan masa di kedai buku : Popular Bookstore dan MPH.
Gambar di bawah merupakan buku-buku yang saya beli pada bulan September. Saya membeli Geng ABCDE karya Hlovate dan baru separuh dibaca. Ia merupakan buku untuk kanak-kanak sekolah rendah saya rasa, sebab ada disebut mata pelajaran Kajian Tempatan. Saya tangguhkan dulu bacaan buku tersebut sebab saya mahu mengumpul mood. Setelah mendapat gaji, seperti biasa saya akan laburkan duit untuk membeli buku. Saya agak beringat sedikit pada belian kali ini, sebab saya teringatkan misi saya untuk Big Bad Wolf nanti. 2 buah buku dibeli iaitu Biografi Prof Dr. Muhaya dan Youssef Nada. 2 buah buku ini masih lagi belum dibaca sehingga kini.
Seperti yang disebutkan pada perenggan di atas, saya, Mazlan dan seorang anak saudara telah menghabiskan berjam-jam masa di 2 buah kedai buku di Jusco Ipoh. Bukannya apa, saya sedang memujuk diri - beli ke tak, beli ke tak - akhirnya, ada juga tangkapan yang dibuat. Saya membeli 3 buah buku - sebuah buku solat untuk anak saudara, 2 buah buku + 1 Majalah untuk saya iaitu Reclaim Your Heart, Creating Purposeful Life dan Majalah JOM.
Setelah habis membayar buku-buku itu, baru saya tersedar saya sudah kehabisan duit. Alamak! Masa untuk meraih simpati Mazlan.

Terima kasih kerana memberikan saya Mazlan yang sentiasa memahami isterinya yang berperangai macam kartun!
0 komen:
Post a Comment