Sudah 2 minggu berada di bulan Januari 2015. Sekolah baru seminggu. Tidak lama lagi habislah bulan Januari ini tanpa disedari. Masa begitu pantas kan. Sedih kekadang saya sendiri tidak berapa pasti apakah aktiviti bermakna yang dilakukan untuk satu-satu bulan itu, alih-alih bulan dan habis.
Ini pula sebahagian daripada projek unit tarbiyah sekolah (Gambar di bawah). Mesej saya senang sahaja - ceria, bermanfaat dan berilmu. Malas sebenarnya mahu mengemaskini papan ini, tetapi di sinilah spot utama pelajar (menunggu ibu bapa, tangga utama guru dan pelajar perempuan, antara tempat lalu lalang utama). Mudah-mudahan artikel yang dikongsikan di situ dapat diambil manfaat warga sekolah.
Ada orang rasa tidak cool dengan buku, lalu menjadi alasan utama untuk tidak membaca. Harapnya, apabila memiliki papan artikel sebegini, sedikit sebanyak boleh membantu budaya membaca di sekolah. Perhatikan ada kertas warna yang ditulis dengan huruf bersaiz besar sedikit. Haa, itu merupakan ala-ala rumusan untuk satu-satu artikel. Strateginya mudah, artikel yang panjang untuk pelajar menengah dan tahap 2 sekolah rendah. Sesuailah dengan ketinggian fizikal mereka. Rumusan yang ditulis dengan huruf bersaiz besar itu dan siri kartun di bawah sekali pula untuk pelajar Tahap 1 sekolah rendah.
Bagaimana pula dengan buku? Ada baca tidak?
Mestilah ada. Membebel setiap masa menasihati pelajar supaya membaca, cikgu mesti buat apa yang dikatakan. Haha. Saya membaca di celah masa yang tidak terluang. Nampaknya, jikalau hanya menjadikan membaca buku sebagai hobi yang dibuat ketika lapang, memang tidak akan wujudlah aktiviti itu di dalam kehidupan saya.
Ini buku pertama (rujuk gambar di bawah) dibaca untuk tahun ini. Oh, semua A! Bumi dan Alam Semesta. Sebuah buku terjemahan dari Korea. Sebagai pembaca yang bijak, sebelum membeli, selak dahulu. Bukannya apa, dulu saya pernah membaca komik sains alam dari Korea (terjemahan BM), dan saya tidak berapa masuk sikit dengan bahasanya. Kasar sikit. Nampak tidak berapa kena dengan budaya Malaysia yang mengamalkan cakap bersopan santun.
Buku Oh, semua A! Bumi dan Alam Semesta ini pula, nampaknya ok dari segi bahasa. kata-kata di dalam komik yang disediakan juga ok-ok.
Dari segi gaya kulit muka hadapannya, hanya sesuai untuk dibaca pelajar yang mengambil subjek sains. Betullah itu. Tetapi saya rasa, saya juga perlu membacanya. Ini kerana tahap pengetahuan sains saya ( yang asas-asas) semakin berkurang hari demi hari. Jadi kira ala-ala refresh apabila membaca buku ini. Ada fakta yang baru diketahui, ada yang ingat-ingat lupa, dan ada juga teah diketahui tetapi tidak berapa diingati. Nampaknya saya memang sangat lemah dalam subjek sains masa belajar dahulu. Hehe.
Buku ini memiliki pelbagai siri mengikut tema. Tema yang saya baca ini ialah tentang Bumi dan Alam Semesta. Jadi pengetahuan tentang angin, air, tanah, laut, fosil, batu, gunun berapi, bumi, gempa bumi, awan, taufan, bulan, , matahari, planet, dan bintang berada dalam cakupannya. Tidak bosan apabila dibaca. Fakta yang disajikan disesuaikan dengan tahap pembaca ( sekolah rendah Tahap 2 atau menengah) dan ada komik serta oh ya, penuh dengan warna buku ini. Kertas yang digunakan juga ala-ala glossy paper. Sampai ke tahap itu kan, buku direka untuk menarik minat pembaca.
Buku kedua pula yang ini. Rujuk lagi gambar di bawah. Buku yang mempunyai halaman sebanyak 496
ini merupakan sebuah travelog kehidupan seorang pensyarah kanan di John
Moores University. Katanya ini cerita biasa-biasa sahaja, cerita orang
kampung yang berimpian untuk menyaksikan pertandingan bola sepak di
Anfield walaupun beliau sendiri kaki bangku sebenarnya. (Ya,
ini merupakan catatan seorang yang sangat gemar dengan bola sepak dan
Liverpool khasnya.) Ini juga merupakan cerita budak yang pencapaian
akademiknya biasa-biasa sahaja namun berimpian mahu melanjutkan
pelajaran di UK. Walaupun cerita di dalam ini dikatakan biasa-biasa
sahaja oleh penulisnya, namun buku yang saya miliki ini sudah pun
dicetak sebanyak 4 kali sepanjang 2014.
Nama pun cerita budak kampung, mestilah banyak cerita tentang kampung - suasana, permainan, makanan, cara hidup dan pelbagai lagi. Imbauan tentang pergi sekolah buat pertama kali juga disentuh. Kuat sungguh daya ingatan bukan. Haha. Oleh kerana itu juga, saya rasa buku ini memang sangat sesuai buat mereka yang tidak pernah merasai suasana kampung. Bagi mereka yang memang orang kampung, pasti tersenyum-senyum, cuba mengimbau memori lama kan. Juga pastinya, buku travelog ini akan menjadi simpanan terindah anak-anak penulis, memandangkan suasana kanak-kanak mereka nyata berbeza- 'kampung UK' dan kampung di Malaysia.
Paling banyak sekali seingat saya, penulis banyak bercerita tentang keluarga. Jikalau anda seorang yang ada masalah untuk berkasih sayang dengan ibu-bapa dan adik beradik, dinasihatkan untuk membaca buku ini.Tentang mak, tentang ayah, tentang adik beradik, semuanya ada sentuhan sentimental sendiri sehinggakan boleh menitis juga air mata membacanya. Almaklumlah, kita bukanlah di kalangan orang senang zaman kecil dahulu, sedikit sebanyak apa yang diceritakan oleh penulis itu sangat dekat di hati terutama apabila menyentuh tentang bab pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa dan adik beradik.
Sungguh penulis seorang yang sangat penuh dengan kasih sayang terhadap keluarga dan orang sekeliling. Anggapan saya sebagai pembaca yang membaca catatan ini. Mungkin kerana itu, catatan di buku ini sentiasa tidak lepas dari penghargaan penulis untuk setiap individu yang penting di dalam kehidupannya, yang sentiasa memberi inspirasi kepadanya, Mestilah antara yang dimaksudkan itu ialah ibu bapa dan adik beradik penulis. Sama banyak juga nama mereka disebut-sebut di dalam catatan ini ialah isteri dan anak-anak. Keseimbangan masa bersama keluarga dan tuntutan kewangan , itulah yang menjadi cabaran utama sekaligus perjuangan buat penulis sendiri. Suka benar saya dengan kata-kata penulis, "Begitulah ironinya bila kita memperdagangkan dua komoditi terpenting
dalam hidup kita iaitu antara masa dan wang. Kita hanya mampu memperoleh
salah satu sahaja kan?" dan yang ini juga, "Sedar atau tidak kita hidup dalam dunia outsourcing akan tanggungjawab kita pada anak-anak".
Juga tidak lepas penghargaan untuk 5 individu ini, sehinggakan penulis mengatakan beliau mengakhiri zaman pengajian di UTM dengan keputusan yang biasa-biasa sahaja tetapi paradigmanya berubah oleh kerana mereka berlima. Dan oleh kerana paradigma yang berubah itulah yang membuatkan penulis terus mara mencari kelebihan dan potensi diri, mengasahnya dan menggunakannya ke tahap yang maksimum. Wah hebatkan individu-individu itu. Kejayaan seorang guru bukanlah menghasilkan the top scorer semata-mata, tetapi yang lebih hebat lagi ialah memberi inspirasi, menyedarkan pelajarnya tentang potensi diri mereka. Selalu sahaja potensi diri itu bukan terhad kepada keputusan akademik semata-mata. Tidak mengejutkan, ketika penulis menjadi pensyarah, beliau juga cuba mengubah paradigma pelajarnya.
Jikalau anda teruskan pembacaan sehingga ke ahir-akhir halaman, disitulah anda pasti akan berjumpa pelbagai penghargaan penulis kepada ramai lagi individu - warga universiti dan BBUK, sebuah komuniti kebajikan yang diusahakan penulis dan rakan-rakan- Menariknya BBUK ini, ia bukan sahaja semata-mata perniagaan dan lambang kecintaan kepada pasukan bola sepak Liverpool (Ya Allah, sungguh saya tidak memahami keseronokan hobi sebegini haha, tetapi ya, setiap orang memiliki hobi yang berbeza bukan) tetapi BBUK melangkah lebih jauh dan bermakna lagi dengan melibatkan warganya terjun bersama komuniti, buat kerja kebajikan, siap ada menaungi rumah anak yatim dan rumah kanak-kanak HIV.
3 sub topik kegemaran saya iaitu ;
Berkongsi Pentas Persada Ilmu Antarabangsa
Berkongsi Ilmu di Aras Tertinggi
Berkongsi Ilmu Ilmu Antarabangsa
Kenapa? Kerana penulis bercerita tentang suasana, komited, kesungguhan menuntut dan menyebar ilmu dan kepakaran. Tambah seronok lagi apabla penulis sangat ceria berkongsi cerita tentang bidang ilmu yang beliau sendiri memiliki 'passion' untuknya. Pasti berbeza bukan belajar sesuatu yang kita minat dan sesuai dengan kelebihan sendiri.
Seperti biasa, mesti ada pen dan pembaris untuk saya menggariskan beberapa ayat-ayat yang dirasakan menjentik sedikit. Banyak. Tetapi yang saya mahu kongsi sedikit di sini ialah tentang akhirat iaitu ada 2 iaitu:
Nanti bila kita balik ke kampung abadi kita di akhirat sana, kita nak tak Allah swt suka masa jumpa kita?
Majlis graduasi di akhirat......kisah ini berdasarkan aktiviti penulis yang menghadiri hari konvokesyen. Dan penulis terus mengaitkannya dengan hari akhirat dan ya, ia membuatkan saya berfikir banyak.(Baca penuh di halaman 352)
Oklah. Itu sahaja. Harapnya ada lagi buku-buku yang berjaya dihabiskan pembacaan sebelum Februari. Bolehlah saya kongsikan di sini. Oh ya! saya sekarang sudah malas mahu meletakkan target bilangan buku yang mahu dibaca untuk jangka masa panjang. Haha. Sebab selalu tidak tercapai. Saya mahu kembali ke 'era dahulu', di mana saya membaca tanpa terikat dengan due date - baca, termenung ( bahasa manisnya muhasabah), garis mana-mana ayat yang best, termenung lagi, dan tidur. Selalu terjadi penutup kepada aktiviti membaca ialah tidur.
3 komen:
Salam dari Brunei :D masyaAllah blog yg sangat bagus hehehe saya juga seorang penggemar buku ^___^ senang hati baca post post dekat blog akk. Buku2 yg dimiliki semua best2.. Keep update for new books and kalau ada recomment buku2 tarbiyyah, saya mahu tahu lebih lanjut :)
Salam ukhuwwah.
Salam :)
Semaoga perkongsian ini mampu memberi banyak kebaikan kepada pembaca.
Assalamualaikum Welma, apa khabar? Saya 'salute' usaha buat papan kenyataan itu kerana saya sendiri tidak mampu kemaskini papan kenyataan yang besar di luar perpustakaan sekolah saya. Insya Allah tahun ini berazam! Hihi...syabas! Semoga budaya membaca subur di sekolah itu :)
Post a Comment