Wednesday, July 28, 2010

Bagaimana Menyentuh Hati - Abbas As-Siisiy


Sesiapa yang pernah membaca buku Bila Allah Menduga Kita karya Syed Alwi Alatas pasti akan perasan penulis ada menulis tentang Abbas As-Siisiy. Ceritanya, Abbas As-Siisiy pada ketika itu ditanya oleh Hassan Al Banna kenapa beliau tidak berminat memasuki pasukan ketenteraan. Abbas As-Siisiy menjawab, kerana matanya rosak dan ini menyumbang kepada kegagalan ketika ujian menembak nanti. Hassan Al-Banna menjawab, bertawakallah kepada Allah. Abbas As-Siisiy membidas cadangan itu dengan mengatakan, bagaimana dia boleh bertawakal sedangkan dia tahu masalahnya itu. Lalu Hassan Al-Banna pun berkata, "Justeru itu, bertawakallah pada Allah. Kalau matamu sihat, mungkin kamu akan bertawakal pada matamu" (halaman 70 Bila Allah Menduga Kita).

Sekejap. Sedang menulis, tiba-tiba sangat mengantuk. Bersambung nanti.

Ngee. Sekarang 28 Julai. Bersambung semula.

Selingan sahaja. Saya tertarik untuk mengingati kisah di atas. Abbas As-Siisiy merupakan salah seorang anggota Ikhwanul Muslimin di Mesir, seangkatan dengan Hassan Al-Banna. Beliau memang cukup terkenal dengan peribadi yang penuh dengan cinta dan sering tersenyum. Kata-kata dan akhlaknya mempamerkan mesej cinta dan ukhuwwah. Buku ini juga berkisar tentang cinta dan pentingnya elemen kasih sayang dan ukhwwah kepada orang yang kita mahu dakwah.

Daie (baca : pendakwah) menurut penulis diibaratkan sebagai seorang doktor. Dia perlu memberi ubat yang sesuai dengan pesakitnya. Justeru itu, ubat yang diberi bukanlah ubat yang sama kerana setiap orang mempunyai penyakit yang berbeza. Begitulah dengan daie. Daie perlu "diagnose" dalam erti kata lain memahami cara fikir orang yang mahu didakwah (baca:mad'u). Ini menjadi modal kepadanya untuk memilih bentuk kaedah dakwah terhadap mad'u nya itu.

Dakwah bukan medan perjuangan yang bersifat individual. Ia melibatkan pelbagai golongan, pemikiran dan peribadi. Kepelbagaian ini tidak pula boleh dilihat dari sudut kekurangan tetapi anggap ia sebagai rahmat. Justeru itu, seorang daie perlu belajar memahami orang di sekelilingnya agar dia boleh berinteraksi dengan cara paling terbaik dan paling menyentuh agar mesej-mesej Illahi tercapai dengan berkesan. Daie perlu belajar merendah diri. Dakwah bukan medan menunjuk-nunjuk kelebihan atau kehebatan diri. Dakwah ialah sebuah proses membimbing dan menyatukan hati-hati kembali kepada Allah.

Rasulullah saw sentiasa mengajar kita bagaimana seorang daie harus memperhatikan celah-celah kebaikan yang ada pada orang lain. Dari situ daie berusaha memupuk kebaikan itu sehingga orang itu sedar keburukannya dan merubahnya. Justeru itu menurut penulis, inilah sikap yang perlu kita ambil apabila berhadapan dengan seorang pemuda yang memakai rantai dan memasuki masjid sebagai contoh. Jangan diserang pemuda itu hanya kerana rantainya tetapi hargailah dia kerana bukan senang seorang pemuda seperti itu mahu datang ke masjid. Dekati dan bimbinglah tahap demi tahap. Inilah daie. Dia ialah manusia yang mengajak kepada seruan yang baik, ajakan yang menggembirakan dan dengan dialog yang berhikmah. Manusia dilihat sebagai aset bukan penimbul masalah.

Begitulah buku Bagaimana Menyentuh Hati karya Abbas As-Siisiy ini. Dakwah ditonjolkan sebagai sebuah proses mengajak manusia kepada Tuhan. Tidak logik menurut penulis jikalau kita mengajak orang lain tanpa ada rasa kasih sayang, cinta dan ukhwwah. Ini kerana cinta, kasih sayang dan ukhuwwah merupakan bahasa internasional yang digunakan para daie untuk menyentuh hati-hati manusia. Memetik kata-kata penulis, "Islam tidak menutup cinta dan kasih sayang, tetapi membersihkannya dari tradisi jahiliah agar menjadi taman yang indah iaitu cinta kerana Allah".

Wallahu alam

5 komen:

AdH said...

Ngee.... :D Saya berkobar-kobar nak tahu.. Rupanya tuan rumah mengantuk pula :D

hasma said...

assalamualaikum,

terima kasih, saya nak beli bila Allah menduga kita :) memang iman imam hassan al banna luar biasa kan

GDIZ said...

boleh ada sambung2 pulak ye..hehe.

Nakamura Kazuki said...

buku secangkir tu ambe dah beli..rupanya ada pun dekat Popular opis ambe..ambe je tak perasan

Welma La'anda said...

Aina,
Ngee. Mengantuk betul masa tu. tak boleh berfikir dengan baik. Kalau diteruskan juga, tak tahulah apa yang ditulis ;)

Hasma,
Ya. Cuba-cuba baca Bila Allah Menduga Kita. Buku itu mengandungi kompilasi cerita dan peringatan yang menggugah jiwa ;)

Kak Gdiz,
Haha. Ya memang boleh sambung-sambung. Hehehehe.

Nakamura,
Selamat membaca Secangkir Teh Pengubat Letih. Seronok buku itu. Seronok membaca cerita berkenaan tempat orang.