Thursday, September 01, 2011

Membaca Semula

Membaca semula! Eh, betulkah?

Dalam tempoh rehat yang panjang ini ( Mac- September) , saya tetap membaca . Cuma tidak begitu agresif untuk berkongsi tentang buku-buku itu di blog ini. Mungkin mengalami kejutan budaya. Alasan bukan. Manakan tidak, harus pandai menyesuaikan diri sebagai seorang isteri, pelajar, pekerja, anak menantu, ahli masyarakat dan lain-lain lagi.

Isteri? Ya. Saya sendiri tidak faham bagaimana ia begitu cepat berlaku sehingga saya tidak sempat mewar-warkannya. Walau bagaimana pun, saya tetap yakin yang semuanya sudah tertulis dalam perencanaan Allah. Kesimpulannya, saya sekarang ialah Puan Welma. :)

Saya mengambil masa yang lama membaca buku ini - Start Where You Are ( Edisi Bahasa Melayu). Namun tidak juga selesai pembacaannya. Oleh kerana begitu teruja dengan buku ini, saya meminjamkan ia kepada makcik saya. Konon-konon supaya makcik saya beroleh motivasi kehidupan yang tidak terkira melaluinya.

Ulasan? Belum lagi. Cuma, sepanjang pembacaan saya selalu terfikir, sebenarnya ada begitu ramai di luar sana yang sentiasa berusaha mencari kesempurnaan dan ketenangan hidup yang hakiki. Setelah melalui proses kehidupan yang panjang, akhirnya mereka sedar, duit bukan segala-galanya. Ada yang lebih penting daripada itu seperti kesedaran sosial dan berkongsi kejayaan dengan orang lain. Terdetik di dalam hati saya. Adakah cukup sekadar itu? Adakah tujuan kehidupan hanya berhenti di situ? Tidakkah hati mereka masih meronta-ronta untuk diisi dengan pemahaman yang ada lagi satu kehidupan di sana yang kekal abadi di mana mereka perlu bekerja keras untuknya. Tidakkah hati mereka merindui pencipta yang sentiasa mempermudahkan urusan mereka?

Mungkin kerana banyak sangat memikirkan persoalan-persoalan itu, buku karya Chris Gardner itu belum lagi berjaya dikhatamkan. Namun, sempat juga saya 'usha' buku yang lain. Alasannya mahu merehatkan minda. Apa lagi kalau bukan buku Cik Zorro Lambretta Jambu. Walaupun hanya 152 halaman, saya menghabiskannya dalam masa 3 hari. Saya memang betul-betul ada masalah krisis pengurusan masa atau nama lain penyakit malas semakin tidak boleh dibendung. Pantang ada masa terluang, mahu sahaja mata ini terlelap. Ngee. Ulasannya? Tunggu dulu ya. Tangan saya sudah menjadi keras untuk mengarang di dalam blog ini. Penangan sudah lama tidak menulis :)

Sekarang pula, saya sedang dalam proses membaca buku karya Bahruddin Bekri - Penulis yang Disayang Tuhan dan Diari Mat Kilang karya Ahmad Fairus Daud. Seronoknya membaca.


10 komen:

Ummu Khaulah said...

Yeayy!!! Puan Welma sudah 'kembali' :) Update mungkin lebih perlahan dari sebelum ini (hee..) tapi ulasan pasti lebih mantap :)

Selamat hari raya.. Minta maaf saya baru teringat majlisnya 10 September ya.. hari ini sudah lebih separuh September. Ngee...

Apa pun Selamat Pengantin Baru. Barakallahulaka wabaraka alaika wajama'a bainakuma filkhair :) Barakallahu fik.

aidura sofiee said...

assalam.

Rasanya belum terlalu lewat utk mengucapkan selamat pengantin baru buat Welma dan Suami.

Semoga berbahagia di dunia & juga di akhirat serta dikurniakan cahayamata yang soleh & solehah, insya-Allah, amiinnn.

Syafie Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Norziati Mohd Rosman said...

Oh, Welma! Lama menunggu entri baru. Dan ianya muncul dengan khabar yang tidak disangka-sangka. Tahniah dengan gelaran Puan. Gelaran yang bukan calang-calang berat.

Bak kata Salsabila Fahim, 'Kerja Tuhan, siapa tahu!'

Anonymous said...

Selamat Kembali, Puan Welma.......yaz:-)
Harap-harap ada lagi buku-buku baru yang akan diulas.

ns said...

As salam.

Welma, kembali dengan kejutan ;).

Harap belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia , kekal ke akhir hayat dan menjadi isteri (& bakal ibu) yang baik dan solehah ;)

Jom kita teruskan membaca walaupun kadangkala kita 'slow':)

Rohaya said...

Tahniah, semoga mendapat keluarga yang sakinah, amin.

L.I said...

penulis yang disayang tuhan memang best~ >_<

Syafie Abdullah said...

Awak ni minat baca buku eh?Sebenarnya saya Page di FB tentang info buku,jadi saya perlukan sesiapa shj yg minat membaca buku utk berkongsikan info buku yg telah dibaca serta komen sekali.Tak kisah buku tentang apa,novel ke,buku agama dan apa sajalah janji buku.Dalam FB ini juga saya akan selitkan beberapa info buku yg baru berada dipasaran siap sinopsis serta harganya sekali.

Ummu Auni said...

Selamat pengantin baru Welma (walaupun sudah lambat...) :)