Nafsu membaca semakin menurun dan menurun. Impak dari kesibukan kerja agaknya. Pada tahun ini, baru 4 buah buku selesai dibaca. Secara purata saya membaca sebuah buku sebulan. Sangatlah perlahan!
Namun begitu saya tetap membeli buku setiap bulan dengan purata RM100 untuk setiap belian. Bukan itu sahaja, sekarang saya gemar membeli dan mengumpul Majalah Gen Q dan Al-Ustaz.
Pada kebiasaannya, setiap kali apabila saya merasakan perkembangan bacaan saya yang semakin tidak bermaya, saya akan 'melaporkannya' di dalam blog ini. Ia bertujuan untuk memberi peringatan kepada saya. Ini kerana apabila saya menulis tentangnya, dalam masa yang sama ia akan membawa saya berfikir. Apabila saya mula berfikir, maka di situ akan tercetus semangat mahu membaca. Chewah.
Bercakap tentang membeli buku, oh ya, ini tangkapan saya yang terbaru. Ada 5 buah sahaja. Saya cuba tidak membeli buku-buku yang biasa saya jumpa di kedai buku jikalau menghadiri mana-mana pesta buku. Faktor utama ialah kerana berat.
Namun begitu, pada kali ini saya balik dari pesta buku dalam keadaan tidak berseri-seri. Penyebab utamanya ialah apabila saya sampai sahaja di rak buku yang meletakkan Anthem tertulis, 'kehabisan stok'. Apa???
Ini tabiat buruk saya yang satu lagi. Jikalau saya mahukan sesuatu, namun tidak tercapai dalam masa yang saya tetapkan, ia akan secara automatik mempengaruhi mood saya.
Tidak mengapa, saya boleh membeli secara atas talian bukan.
Senyum.
3 komen:
Welma, 2 kali saya ke PBAKL tahun ini. Pertama kali pada 26 April membawa rombongan anak-anak didik saya pengawas PSS dan kali kedua pada 28 April bersama suami dan anak-anak. MALANGnya, saya tetap tidak berpeluang membeli di booth Jemari Seni kerana barisan untuk membayar di kaunter terlalu panjang sehingga ke luar dewan! Huhuhuhu.. Nampaknya beli online sahajalah :(
Aina,
Anak-anak? Berapa orang anak sudah? :)
Saya sudah memiliki Anthem :)
Saya ingin baca buku terutama yang berkaitan dengan syiria dan AlButi.
Mudah-mudahan saya bisa mendapatkannya...
Terima kasih.
Post a Comment