Seperti yang saya sebutkan pada entri sebelumnya, target saya ialah menyudahkan pembacaan 2 buah buku untuk setiap minggu.
Saya tewas pada minggu lepas. Haha!
Walaupun begitu, saya tetap mahu mengucapkan tahniah kepada diri sendiri kerana sudah mencuba sebaik mungkin. Hari Wesak yang jatuh pada hari Jumaat digunakan sebaik mungkin membaca 1 Minit Keajaiban Allah dan Semut Pun Bertasbih kepada Allah. Lebih kurang 75% isi buku itu dibaca dan dihayati. dengan baik. Bunyi seperti sedikit poyo bukan. Haha!
Kemudian, saya terpaksa tinggalkan buku-buku ini di dalam beg sahaja bermula Sabtu sehingga Isnin kerana saya sedikit sibuk dengan pelbagai urusan balik kampung, kenduri-kendara, berjalan-jalan, kerja rumah dan pejabat.
Hari ini, alhamdulillah, baru berpeluang memotivasikan diri untuk menyambung semula kembara buku. Ambil gambar buku dahulu (seperti biasa). Nampaknya, novel Anthem itu seperti melambai-lambai saya.
Jom tidur bersama buku. Hehe.
2 komen:
teringin nak baca karya hlovate :)
Fifi,
Ini kali harus baca :)
Post a Comment