Alhamdulillah.
Saya sudah selesai membaca 1 Minit Keajaiban Allah karya Gufron Hidayat.
Juga sudah membaca Semut pun Bertasbih kepada Allah karya Dr. Musa Al-Khatib.
Terkini, Anthem karya Hlovate juga berjaya disudahi.
Sudah 11 buah buku nampaknya untuk tahun ini.
Sekarang tiba masanya untuk 'bersedekah' ilmu dengan berkongsi apa yang saya jumpa sepanjang pembacaan.
Saya mulakan dengan novel Anthem tulisan Hlovate.
Budak ini (maksud saya- Hlovate) kalau membaca karyanya, memang tidak sah tanpa Google. Ada beberapa perkataan/terma/situasi yang saya tidak fahami dan menyebabkan gangguan untuk saya berimaginasi peringkat tinggi. Apalagi, tablet pun dicapai dan minta bantuan Pakcik Google. Saya percaya ini perkara normal untuk pembaca-pembaca karya Hlovate bukan. Apalah nasib :)
Saya dapat rasakan Anthem bukan mahakarya Hlovate atau merupakan karya yang terbaik berbanding lainnya. Memandangkan saya belum membaca kesemua karyanya, hanya Contengan Jalanan sahaja, maka tidak adil saya memberi penilaian sebegitu :) Jikalau mahu dibandingkan dengan Contengan Jalanan (CJ) yang saya baca pada tahun lepas, amatlah berbeza tahap kualiti pengisiannya bagaikan Ipoh dan KL. Serius, hampir 40% isi kandungan di dalam CJ tidak saya fahami (terutama apabila menyentuh bab muzik dan seni lukisan). Pada masa itu, saya masih pembaca amatur Hlovate, jadi tidak tahu lagi yang saya perlu dekat dengan kamus atau Google ketika membaca karyanya. Tetapi dalam tidak faham itu CJ tetap menggugah dan menyebabkan saya seperti tersentak bla bla bla.
Namun begitu. Ya diulangi, namun begitu, Anthem tetap memiliki sesuatu yang membuatkan saya tidak boleh membandingkan ia dengan karya-karya yang lain. Anthem memiliki keistimewaannya tersendiri. Anthem sangat sweeetttttt! Membacanya membuatkan saya senyum sehingga ke telinga (over sangat itu). Hati berbunga-bunga dibuatnya. Alahai. Jangan salah sangka, tiada ayat-ayat bunga, cintan cintun segala bagai itu di dalam novel ini ya.
Saya membaca 2 kali untuk novel Anthem ini.
Bacaan pertama bermula pada hari Ahad, kira-kira pada pukul 8 malam. Sepanjang awal pembacaan, hati mula terdetik, "Eh ini cerita cinta Dash dan Lee ke?, Tidak mungkin kot. Hello, tidak mungkin Hlovate mahu habiskan masanya buat cerita cinta semata". Sebagai seorang yang berpengalaman membaca novel cinta, saya sudah seperti tahu apa penghujung cerita ini. Tetapi, ya saya masih mahu berkembara melayan Anthem kerana saya percaya Hlovate tidak akan menulis for nothing. Lagipun,saya tidak mahu meneka sangat, sebab penulis boleh bila-bila sahaja mengubah jalan cerita dari kebiasaan.
Awal pembacaan, pembaca dihidangkan dengan intro kisah 2 orang budak sekolah menengah (Nur Dania Dashrin aka Dash aka Dania dan Badlee aka Lee) yang asyik bergaduh. Seorang dengan keras kepalanya/gaya baratnya dan seorang lagi yang sangat tegas/penuh ciri kemelayuan. Masuk bahagian kedua, kisah 2 orang budak ini lagi cuma berbeza suasana dan ini selepas SPM. Begitulah seterusnya sehingga mereka besar panjang. Anthem terbahagi kepada 3 bahagian utama; Silam, Selepas Silam dan Kini.
Saya mengambil masa yang agak sekejap untuk 'masuk dan beradaptasi' bersama watak-watak di dalam Anthem. Saya yang tidak mempunyai sifat sabar yang tinggi ini, sudah seperti tidak keruan mahu cepat-cepat mengetahui apa pengakhiran untuk Dash dan Lee. Saya cuba membaca terus ke halaman akhir, tetapi tidak boleh, saya seperti kehilangan pangkal cerita. Alternatif kedua,saya membaca gaya sepantas kilat (sebab masa sudah tidak mengizinkan) dan langkau bahagian celoteh,cetusan fikiran, tazkirah, pengisian, monolog dan apa-apa yang tidak ada kena mengena antara Dash dan Lee. Dengan gaya baca tebuk sana-sini itu, sampailah saya ke halaman akhir pada pukul 3 pagi. Mata sangat pedih tetapi hati penuh dengan bunga dan semestinya tidur sambil senyum. Yahuu! Saya tidak menangis membaca karya Hlovate pada kali ini.
Kemudian saya membaca untuk kali kedua bermula di halaman 165, Bahagian 2 sehingga akhir. Hari Isnin, masa pukul 9 pagi dan tamat pukul 4 petang. Membaca dengan cermat. Membaca sambil berfikir terutama bab buku Syahadatul Haq dan Peranan Pelajar dalam Membina Masa Depan Dunia karya Abu A'la Al-Maududi. Saya mahu mengetahui bagaimana 2 buah buku itu 'dikisar dan diadun' di dalam Anthem dari sudut praktikal. Saya juga mahu belajar melalui Dash tentang perjuangan dia untuk menjadi dirinya sendiri. Bagaimana dia mendepani semua itu dengan sedikit keras kepala dan ia berakhir kepada sebuah pencarian untuk menjadi adamantium. Bermula dengan sedikit demi sedikit usaha dan pengorbanan, akhirnya membawa kepada keindahan . Banyak perkara yang diolah oleh Hlovate di sini untuk menyampaikan mesej ketuhanan, makna Islam sebagai ad-deen dan tarbiyah.
Dan..
Membaca untuk kali kedua ini rupanya sedikit berbeza. Lensa sudah berbeza. Tidak sempat berbunga-bunga. Baca punya baca, akhirnya saya tiba di halaman 351-352, saya membaca rentetan perbualan antara Kak Jiji dan Dash :
Kak Jiji ketawa. "Actually, ada this one quote from great man. Dia cakap...'Kamu akan dapati manusia itu seperti logam ataupun himpunan berjenis-jenis besi, baiknya mereka di waktu jahiliah, baik juga mereka di waktu Islam, sekiranya mereka faham' ". Dia mengucapkan.
"That....is deep". Dash mengangguk setuju. I think I like this guy yang bagi quote ni. Very fair and non-judgemental.
Tidak semena-mena, spontan air mata saya jatuh. Dash, the guy is Rasulullah saw, kata saya dalam hati. Maka, buat drama lah saya pada halaman ini. Menangis sakan di sini. Walaupun kenyataan Dash itu biasa-biasa sahaja bunyinya, tetapi ia mencetuskan sesuatu dan ia betul-betul menyentuh hati saya, "A'a yek, kenapa aku tidak terfikir benda ini. Tidak pernah dengar sirah yang Rasulullah saw being judgmental kepada umatnya". Mulalah saya teringat kisah badwi yang kencing sembarangan di masjid. Kisah badwi yang mengasari baginda tetapi baginda tetap cool dan tidak marah pun.
Hlovate ada menulis di halaman depan buku :
Every soul has a past
Every soul lives a present
And every soul deserves a future
No judging on one's past
Because it might be your future.
Saya rasa tulisan itu merupakan rumusan terbaik apa yang penulis mahu sampaikan melalui Anthem.
Anthem meriah dengan latar tempat dan budaya yang boleh memperkembangkan ilmu geografi dan sosiologi anda. Anthem juga penuh dengan bunga-bunga perasaan. Haha. tidak lupa, novel ini penuh dengan ayat-ayat yang kelakar. Sekali lagi, semuanya berbalik kepada lensa anda. Jikalau anda membaca untuk memahami nilai dan mesej, insyaAllah, anda akan berjumpa sesuatu untuk difikir-fikirkan.
Nota : Saya sampai sekarang tidak tahu apa hubungkait antara perkataan Anthem dan cerita ini. Kamus dan Google sudah habis digeledah, tetapi masih tidak faham. Haha. But its ok.
18 komen:
salam ukhwah,
anthem ialah sesuatu yg anda mahu melambangkan diri anda @ sesuatu. cth
malaysia anthem is `negaraku' & dash anthem is shahadatul Haq. dan saya masih lg mencari anthem saya ^^
Salam ukhwah juga.
Terima kasih. Terima kasih. Then I understood.
awk..dasyat sgt awk hayati novel ni..hehe..tp seriously karya hlovate akn buat kita byk bljr..kena curi masa utk baca lagi sekali nmpknye.. :)
dah-syat...
tapikan, boleh terangakn tak sweetnya tu mcm mna ??? tringin sangat nk tau !
Fya,
Sweet itu maksudnya apabila jiwa anda menjadi berbunga-bunga tanpa disebabkan oleh ayat yang berbunga-bunga atau dalam erti kata lain cinta diterbitkan tanpa diungkap dengan kata-kata, cukup hanya dengan action.
salam, 1st time baca your blog. nice reviews, and u have such a crazy habit of reading and books! good job! :)
by the way, kalau anthem sweet, novel2 hlovate yang lain banyaaak lagi yang sweeter. :D selamat membaca yang lain2, dan menimba lebih banyak infos and knowledge yang kita tak pernah tau.
kalau ikut dictionary on9, anthem tu maknanya- a song, as of praise, devotion, or patriotism: the national anthem of Spain; our college anthem. betullah kata ji eun kwon, something yang melambangkan diri kita. pada saya, hlovate mengangkat 'anthem' sebagai tajuk adalah kerana situasi Dash yang sering berpindah randah, sehingga mungkin dia tak tahu mana satu national anthemnya. sehinggalah di akhir cerita, walau bangsa apa pun kita, negara mana pun, anthem kita perlulah syahadah itu sendiri, yang melambangkan kita as Muslim... :)
maaf panjang komen. teringin pula nak share.:)
Aina,
Terima kasih singgah di sini. Semoga beroleh manfaat.
Terima kasih juga untuk penjelasan makna anthem itu. Very good explaination :)
alhamdulillah. saya pun dah habis baca anthem ni. hampir 3 hari baca dan nak bagi faham penyampaian hlovate.btw i like ur review. :)
haah..eview yang 'deep' jgk.. :)
btw..novel2 hlovate mmg 'something' la...
Nabilah & Suspek Utama
Selama singgah di sini dan baca reviewnya ;) Semoga Bermanfaat.
First time singgah di sini. By accident actually tapi worth it. Suka review you and buku Ini buku Hlovate yang first saya baca. Banyak mesej dalam this book and saya nak baca sekali lagi. Sebab dia sweet .
Puan Zai
Terima kasih singgah di sini. Semoga beroleh manfaat.
Saya juga peminat Hlovate.. semua karya dia saya ada.. bermula dgn 5 tahun 5 bulan.. love it.. saya suka cara dia mengulas hadis dan alquran didalam penyataan yg lbh difahami...
membaca karya beliau membuat kita mempelajari satu budaya atau cara hidup yang x pernah kita alami..
just wanna say im hlovaterss
Assalamualaikum ...
Saya da ada semua koleksi buku Hlovate & Anthem adalah buku yang paling lama saya baca.
Sebabnya... saya baca dengan berhati-hati and dengan fokus sekali.
Sebab Anthem nie macam heavy sikit cita dia.
Its not just story about Lee & Dash.. but its a story about yourself.
Skrg nie saya baca buat kali yang ke-2...
And i'm also still look for my Anthem.. :-)
Hlovate- penulisannya memang tak mengecewakan- rasa cinta, ketuhanan, kelakar-part sedih-mmg sedih..
hlovate best..! =D
baru habis baca novel ni...yup sy setuju sangat,kalau baca karya beliau,memang tak sah kalau tak tegok kamus dan google! banyak pengajaran yang dititipkan...dan serius,terasa kat batang hidung sendiri..hewhew
Post a Comment