Baru habis bertapa membaca kesemua karya Hlovate. Ada karya yang saya perlu baca sekali lagi rasanya (seperti Contengan Jalanan dan Geng ABCDE) sebab saya rasa seperti tercicir sesuatu sepanjang pembacaan. Saya ambil gambar untuk kesemua karya yang saya baca itu - 2 keping gambar. Oleh kerana saya tertarik dengan tarikh penerbitan dan tarikh karya tersebut ditulis, maka saya cuba menyusun karya-karya tersebut mengikut tarikh seperti yang dimaksudkan.
Gambar di bawah ini menunjukkan susunan karya-karya Hlovate mengikut tarikh mula ditulis. Saya perolehinya melalui halaman akhir untuk setiap karya. Versus berbeza kerana tidak ditulis tarikh mula ditulis. Berdasarkan gambar ini, Tunas merupakan hasil tulisan penulis yang terawal sekali iaitu ditulis pada tahun 1999. Beliau ada menyatakan di halamanakhir Tunas di mana beliau mula menulis tentang kisah Addin ketika di Tingkatan 3. Sesiapa yang pernah membaca karya Hlovate, pasti tahu kisah Addin itu hanya ada pada Tunas dan aA+bB. Sempat saya menyembang dengan Mazlan, "Abang, saya rasa dia ni sebaya atau muda setahun dengan kita lah". (Haha. Mukaddimah entri saya dimulakan dengan aura stalker gitu!). Balik kepada gambar di bawah, pengajaran yang boleh kita renung-renungkan ialah masa yang diambil untuk menyiapkan sesebuah karya bukannya singkat. Ya, bukannya singkat. Jadi berpada-padalah Welma dalam berkongsi cerita, mana tahu ada buku-buku di bawah ini yang tidak kamu berkenan!
Susunan mengikut tarikh karya ditulis |
Kawan saya pernah menyebut yang dia mahu membaca karya Hlovate mengikut
turutan. Turutan yang jenis macam mana, tidaklah pula saya tahu. Mungkin
maksudnya turutan mengikut tarikh penerbitan seperti gambar di bawah. Setelah membaca kesemua karya Hlovate, ya, saya berbesar hati untuk mencadangkan kepada pembaca yang baru berjinak-jinak dengan karya Hlovate untuk membaca karya beliau mengikut tarikh penerbitan. Ini kerana saya rasa, seiring dengan tarikh penerbitan itu, karya-karya penulis telah menampakkan satu proses kematangan dan pembaikan yang ketara. Ia bermula dengan lovey dovey, kisah budak sekolah dan kisah budak universiti. Tambahlah sedikit perencah agama.
Tetapi bermula dengan Rooftop Rant, Versus, Contengan Jalanan, Anthem - sangat jelas di situ- Hlovate sudah mahir memasukkan elemen-elemen agama sebagai tunjang utama cerita dalam mendidik pembaca menjadi orang yang baik melalui karya-karyanya. Ada kisah cinta tetapi ia hanya sampingan..
Susunan mengikut tarikh diterbitkan |
2007
Gurindam Jiwa merupakan kompilasi 3 cerita daripada 3 penulis iaitu Hlovate, Imaen dan Noor Suraya. Karya Hlovate di dalam buku ini diberi nama Schuberts Serenade. Kisah yang biasa-biasa sahaja. Kisah Najwa dan abang tirinya yang bernama Syah. Ia lebih kepada cerita kekeluargaan - kasih seorang adik kepada abang. Saya pun tidak faham kenapa saya lekat dengan cerita ini. Saya rasa Hlovate ada stail beliau sendiri dalam bercerita bab kasih sayang dan perasaan sehingga saya rasa eh.eh.adakah Najwa dan Syah akan jatuh cinta. Ada elemen sweet di sepanjang cerita yang membuatkan pembaca sedikit tertanya-tanya. Mujur watak Syah itu dimatikan. Jadi tidak perlu mengusutkan fikiran bab-bab perasaan yang sweet itu. Tetapi dengan dimatikan watak itulah yang membuatkan cerita pendek ini menjadi sedih secara automatik. Tambahan pula jikalau anda membaca sambil mendengar alunan musik Schuberts Serenade. Adoyai! Bahagian kedua cerita ini pula mengisahkan kehidupan Najwa selepas kematian Syah. Di sinilah saya merasakan karya ini hanya biasa-biasa sahaja. Mungkin pada tahun ini, penulis masih dalam proses mengasah bakat atau juga penulis tidak berapa pro dalam bab bercerita tentang kisah bangkit dari kesedihan.
Rating : 3/5
Dalam banyak-banyak karya yang dihasilkan Hlovate yang menyentuh bab perasaan antara lelaki dan perempuan, 5 Tahun 5 Bulan adalah yang terbaik sekali. Sangat. Sangat. Sangat Sweet! Sampai sekarang jikalau saya melihat karya ini di rak buku, mesti saya tersenyum. Impak gula yang diberikan Hlovate. Ini kisah Ana atau Johanna dan Afiq. Kisah bermula apabila dia bekerja sementara sebagai amah di rumah Afiq (abang long). Berlanjutan seterusnya kisah ini ke Aberdeen di mana Ana melanjutkan pelajaran di dalam bidang kedoktoran di situ. Tiada ayat-ayat cinta di dalam karya ini kerana ia bukan kisah cinta seperti yang biasa kita faham. Ia seperti sesuatu kisah di dalam hati - bunga-bunga di dalam hati atau tepatnya - di mana tuan punya perasaan itu tidak sedar yang dia sebenarnya jatuh hati. Ya. Di sinilah kepakaran Hlovate saya kira dalam bab bercerita tentang perasaan yang tidak terungkap dengan perkataan tetapi hanya dijelaskan dengan perlakuan. Saya kira itu kekuatan Hlovate dengan stail penulisannya yang sangat teliti bercerita setiap momen dan detik. Ia sangat jelas dan pembaca mampu melihat perasaan itu terjelma di muka Ana dan Afiq walaupun tanpa medium skrin tv.
Rating : 4/5
2008
aA + bB ini pula ehm...
Saya sudah mencuba sedaya upaya, membaca berkali-kali, kot-kot boleh melihat sisi pandang yang lebih positif, tetapi saya tetap tidak boleh masuk dengan karya ini. Saya tidak suka watak Addin. Saya tidak suka watak perempuan yang ego dengan suami dan tiada usaha pun untuk mencintai suaminya. Tetapi saya suka watak Benz. Tenang dan penyayang. Karya ini mengisahkan Addin dan Benz yang berkahwin mengikut pilihan keluarga dan yang menjadi harunya mereka berdua ini memang bagaikan api dan bara sejak dari sekolah menengah lagi. Pendahuluan dan penutup karya ini diolah dengan baik. Ada banyak mesej yang disampaikan jikalau pembaca terus melayan novel ini sehingga Addin mengandung, keguguran dan mengandung semula. Cumanya, ya saya amat penat di bahagian pertengahan cerita (halaman 83-337) dari satu isu ke satu isu seperti YM dengan Aie dan ada pula muncul watak Dora yang saya kira plot itu tidak berapa menarik minat pembaca wanita dewasa.
Rating : 2/5
Sebenarnya, setelah membaca aA+bB beberapa bulan yang lalu, saya sudah meletak karya ini jauh-jauh. Tetapi setelah membaca Tunas beberapa hari yang lepas, itulah yang membawa saya membaca semula aA+bB. Tunas merupakan kisah alam sekolah menengah untuk sebahagian watak-watak di dalam aA+bB. Saya suka watak Addin di dalam Tunas. Saya juga suka watak Benz di sini. Saya suka semua watak termasuk Magnificent 7. Tunas mengingatkan pembaca tentang sekolah. Saya kira, Tunas berjaya menghipnosiskan pembaca untuk mengenang memori persekolahan sehingga membuatkan kita tersenyum dan mungkin rindu cerita-cerita dahulu. Mungkin ada sebahagian kisah di dalam Tunas merupakan kisah kita juga. Tunas merupakan sebuah karya yang evergreen. Sesiapa sahaja yang membacanya tidak kira usia pasti tersenyum. Kalau 20 tahun akan datang sekalipun, saya percaya Tunas akan sentiasa mendapat komen yang positf.
Rating : 4/5
2009
Rooftop Rant ini memang menganggu perancangan saya. Sepatutnya saya selesai pembacaan untuk kesemua karya Hlovate pada minggu lepas. Tetapi , lain pula jadinya. Bermula dari halaman 18 hingga 538 untuk karya ini saya menangis. Aduh saya tidak boleh tahanlah bab-bab remaja yang tidak mendapat kasih sayang keluarga. Saya rasa mahu peluk sahaja Trisy di dalam cerita ini. Karya ini mengisahkan Trisy yang kaya tetapi miskin kasih sayang. Kisah Jade yang ada keluarga prihatin tetapi tidak faham dengan cita-citanya. Kisah Trisy yang patah semangat. Kisah Jade yang menguatkannya semula. Ini bukan kisah cinta Trisy dan Jade sebab elemen sebegitu tidak wujud walaupun di hujung cerita mereka berkahwin. Ini kisah seorang sahabat yang prihatin dengan sahabatnya. Sahabat yang prihatin dan memahami lebih dari keluarga sendiri. Rooftop Rant agak unik dari segi jalan cerita. Ia agak suram pada permulaan. Dengan kesuraman itulah, pembaca dibawa menyelami kisah Trisy dan Jade di atas bumbung - mendengar luahan hati mereka - Trisy dengan kata-kata dan Jade dengan lukisan. Kemudian setting cerita bertukar. Kisah Trisy tanpa Jade. Dia menjadi Trisy yang baru. Jade pula masih terus menerus dengan impiannya. Impian yang dicetuskan oleh Trisy. Jauh di mata, dekat di ingatan. 5 tahun selepas itu mereka bertemu semula.Ini novel air mata namanya.
Rating : 6/5
Pelangi seperti juga Gurindam Jiwa. Ia merupakan kompilasi 3 cerita daripada 3 penulis iaitu Hlovate, Syud dan Noor Suraya. Karya Hlovate di sini namanya Ked's Story. Pendek sahaja jalan cerita. Banyak yang manis-manis di sini. Kisah seorang budak skate iaitu Ked (Khalid Faizal) jatuh cinta dengan Nawal , budak perempuan yang berbaju kurung.Jikalau mahukan cerita lanjut watak-watak ini, menyusul karya Hlovate seterusnya iaitu Versus.
Rating : 3/5
2010
Versus bukan kisah Ked dan Nawal semata-mata. Ini juga kisah Minn (adik Ked) dan AO. Kisah budak skate yang berjuang menjadi orang baik. Baik menurut Islam. Plot cerita diolah dengan solid dan kemas dengan rujukan bacaan. Pembaca boleh merasakan betapa susahnya watak-watak ini mengubah diri. Pembaca dibawa juga sekejap ke alam yang manis-manis itu. Kemudian sedikit konflik antara Minn dan AO. Sambung semula bab perjuangan. Hlovate rasanya gemar membaca buku Harun Yahya. Diadun buku-buku itu di dalam cerita ini seperti mana beliau mengadunnya di dalam Rooftop Rant. Plot cerita yang ringkas dan senang difahami, seimbang yang manis dan masam serta penghujung cerita yang ditutup dengan kemas.
Rating : 5/5
2011
Contengan Jalanan. Ini karya Hlovate yang pertama saya baca dan saya menulis perkongsian itu di sini. Antara semua karya Hlovate, inilah yang paling menggugah sekali. Sangat menggugah. Sangat menyentuh sehingga membuatkan saya rasa saya seperti saya kehilangan sesuatu. Haha. Dalam saya rasa diri sudah baik (astargfirullah), Contengan Jalanan masih mampu menerobos masuk jauh sekali di alam lubuk hati sehingga membuatkan mata saya bergenang dan saya boleh merasakan nun jauh di sana - telah diketuk-ketuk - jiwa yang sakit tetapi tuan punya diri tidak menyedarinya sebab mungkin selama ini dia solat cukup, ibadah cukup, program agama cukup dan dia rasa dia okay. Saya membuat keputusan untuk membaca semula Contengan Jalanan sebab seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tericir sesuatu pada bacaan kali pertama pada tahun 2012. Tunggu waktu yang sedikit lapang insyaAllah. Entri perkongsian tentang Contengan Jalanan itu perlu dikemaskini.
Rating : 6/5
2013
Saya pernah menulis tentang Anthem di sini. Saya membaca Anthem sebelum saya membaca karya-karya Hlovate yang lain kecuali Contengan Jalanan. Dulu saya kata Anthem sangat sweet tetapi sebenarnya semua karya-karya beliau ada elemen yang manis-manis dan menepuk-nepuk perasaan.Apabila saya membaca Versus, saya cenderung untuk meletakkan Anthem berada di dalam satu kapal. Saya melihat ada persamaan dari konsep penceritaan cuma hanya berbeza plot dan suasana. Ehm, mungkin juga tidak. Anthem mengisahkan pencarian identiti diri manakala Versus pula mengisahkan tentang perjuangan menjadi baik. Ehm, sama. Sama konsep cuma berbeza plot.
Rating : 5/5Kesimpulan
Dalam dunia latihan dan mengajar, saya pernah diajar satu teori seperti gambar di bawah. Tindakan yang kita lakukan merupakan hasil dari proses yang pelbagai seperti proses pemikiran, sikap dan perasaan. Proses ini tidak boleh dilihat sebagaimana kita boleh melihat tindakan. Ketika mengajar, kita tidak boleh terlalu menumpu menyelesaikan proses-proses tersebut untuk mencapai satu tindakan yang diingini kerana ada satu lagi entiti yang tidak kurang penting iaitu Mindset @ View orang tersebut. Oleh itu, seorang pengajar yang baik, dia akan cuba menghubung-kaitkan antara Mindset dan Proses+Action.
Apa yang saya mahu katakan sebenarnya ialah untuk menjawab persoalan kenapa karya-karya Hlovate terus berdaya saing hingga ke hari ini, ialah erana beliau bukan hanya menumpukan ceriteranya kepada susunan proses (gabungan pemikiran, sikap dan perasan) dalam membentuk dan mengajar pembaca menjadi baik tetapi penulis tidak mengabaikan elemen mindset sedia ada yang dimiliki pembaca sehinggakan pembaca merasakan watak di dalam karya itu adalah sebahagian dengan dirinya dan dia mahu berubah sebagaimana watak-watak itu berubah.
Apa yang saya mahu katakan sebenarnya ialah untuk menjawab persoalan kenapa karya-karya Hlovate terus berdaya saing hingga ke hari ini, ialah erana beliau bukan hanya menumpukan ceriteranya kepada susunan proses (gabungan pemikiran, sikap dan perasan) dalam membentuk dan mengajar pembaca menjadi baik tetapi penulis tidak mengabaikan elemen mindset sedia ada yang dimiliki pembaca sehinggakan pembaca merasakan watak di dalam karya itu adalah sebahagian dengan dirinya dan dia mahu berubah sebagaimana watak-watak itu berubah.
Nota Akhir :
1) 2 buah buku Gurindam Jiwa dan Pelangi itu belum sempat saya selesaikan pembacaannya terutama untuk karya-karya Noor Suraya dan Syud. Bukan niat saya untuk mengabaikannya, cuma saya sedang berkejaran dengan masa dan saya capai mana yang mampu diselesaikan dahulu. Akan dibaca juga InsyaAllah sebelum 2014.
2) Kalau boleh saya mahu mengelakkan kata-kata pujian untuk Hlovate sebab pujian yang lebih tidak bagus untuk hati dan bila-bila masa boleh terpesong dari niat yang betul. Walaubagaimanapun, saya harus mengakui penulis seorang yang berbakat. Saya doakan semoga Allah memberi ilham kepada penulis untuk meluaskan skop penulisannya yang melibatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul agar karya-karya beliau boleh dianggap memiliki nilai sastera. Penting untuk kelangsungan karya agar boleh ditatap sepanjang zaman. Saya tahu ia kemahiran yang sangat susah kerana selalu terjadi novel yang menggunakan bahasa yang betul ini akan menganggu emosi sepanjang pembacaan, rasa sangat skema pun ada.
3)Saya percaya jikalau ada sesuatu yang menjentik hati di dalam karya Hlovate, itu bukannya kerana kemahiran menulis penulis, tetapi itu adalah hidayah dengan keizinan Allah. Seperti yang saya selalu katakan dengan Mazlan, saya harap suatu hari nanti, saya boleh berjumpa dengan Hlovate . Tempat itu ialah di syurga.
31 komen:
Saya pula lain ceritanya.
Novel pertama yang saya baca adelah aA + bB. Habis saja baca, saya fikir macam mana ramai orang boleh minat karya Hlovate sedangkan novel aA + bB yang saya baca tu biasa-biasa je.
Lepas tu saya langsung tidak sentuh karya Hlovate. Mungkin sekarang saya patut beri peluang kepada diri untuk menghadam karya Hlovate. :)
salam..kak welma, nanti nak pinjam buku Hlovate boleh??? huhuh
Syuhada
Haha. Saya pun pada mulanya fikir yang sama seperti Syuhada. :)
Kalau nak cuba membaca karya hlovate yang lain, saya cadangkan baca rooftop rant @ versus @anthem, sebab susunan flow novel ni senang difahami. Berbanding CJ, ia agak memerlukan kerja keras sedikit, mungkin kerana ada pelbagai jargon yang tidak berapa diketahui.
Sarah,
Sarah nak baca buku yang mana dulu? Boleh sahaja pinjam. Nanti insyaAllah akak bawa semasa ada program.
rating 6/5 yang paling xtahan hehe
Faizah,
Muhahaha. Itu sama maksud dengan EE kalau ikut Focal rating.
Satu analysis yang baik. Saya pun dah baca semua karya Hlovate melainkan contengan jalanan. Bagi saya Anthem dan Rooftop Rant yang saya suka sekali.
Memang nampak kematangan penulis dalam menyelitkan mesej mesej berunsur Uganda especially dalam Versus, Rooftop Rant and Anthem.
Thanks for the great analysis.
Assalam. Saya juga meminati karya Hlovate. Selain H, saya juga membaca karya Ramlee Awang Mursyid. Teringin juga nak baca review dari sudut pndangan akak mengenai karya Ramlee Awang Mursyid.
Aqila,
Akak belum lagi berkesempatan membaca mana-mana karya RAM. Susah sikit akak mahu menghadam karya berbentuk fiksyen thriller ni. Namun begitu, banyak juga komen-komen positif yang didengar tentang karya beliau ;)
salam ziarah sis. :)
Saya dah baca semua karya Hlovate.
yang paling menyentuh perasaan ialah Schuberts Serenade. mmg nangis habis time abg tiri Ju'a mati. huhu
Sy da baca semua karya hlovate..first novel yg sy baca aA+aB...tunas mmf fav bila rindu ngan bff..tp most most fav versus..bila rse down sy ske baca..bila rse kurang motivasi...versus mengajar sy spy berubah ke arah yg lbh baik..
penulisan Hlovate dpt mmbntu sy...mencari diri supaya menuju ke jln Allah.. " :'(
Novel hlovate terbaik. Lelaki kalau nak baca pon xde hal sbb x jiwang mana pon. Harap suatu hari nanti akan tahu identiti hlovate secara personal atau public. Nice story
Nice analysis kak. Saya pon baru berjinak jinak dengan karya hlovate. And im very curious bout her. Puas google nak cari pemilik nama hlovate, tapiiiii.....
ADA BACA CONTENGAN JALANAN,ROOFTOP RANT,TUNAS,NGAN aA+bB. tapi, rooftop rant yg terbaik..
mana nak beli buku HLOVATE ni mengikut turutan penerbitan. Dah lama juga saya cari sejak saya terbaca sedikit kisah dalam satu buku tulisan beliau. Dan sejak itu saya mencari kesemua penulisan beliau.
Tunas mmg sweet sebab novel tu lah yg memotivasikan diri
sedih.. tak jumpe novel hlovate.. tanye tuan kedai mne novel hlavote hri tue... pekerja ckp dah dipulangkan semula.. sedihnye.. bru niat nak kmpul koleksi...
Tunas Da BEST..But Versus is Magnificient....hope kisah Mag 7 diteruskn.
Saya dah lama cari tunas..tapi banyak dh sold out..😭😭
First baca Rooftop Rant... last sekali baca Contengan Jalanan
nk jual tak?
Dekat kedai buKu ade x?
Boleh tak listkan senarai buku agama yg hlovate letak dlm versus? Saya dah kena pulang buku library and x sempat take note pun.
Rooftop Rant mmg 6/5 xD
Wahhh....sat menarik....saya dah bca contengan jalanan time saya form2...masa tj baca langsung x pham...mgkin sbb bhasa bi dya agk tggi and ada bnyak sgat nama2 instrument muzik..waktu baca tu mmg x pham...baru2 ni p library kat uni and jumpa buku contengan jalanan..try pinjam and saya da baca balik...sumpah kali ni.air mata saya susah nak benti..2 perkTaan yg sgat lkat dalam otal saya.. A man that decide to change at 12th hour dies on the 11th dan hidup didunia ini terlalu panjang dan trlalu bnyak perhentian sementara sampai kekadng terlupa sebenarnya diri nak kemana
Saya menangis bile bca contengan jalann,, huhu..T, T
Sebab sepatunya kena baca tunas dulu baru faham aA+bB.Bukak Addin yg xnak memahami Benz ttpi sebab kisah lampau yg buatkannya begitu
saya memang dah habis baca kesemua novel hlovate.dan semua cerita saya suka lebih-lebih lagi contengan jalan perjuangan fend,k2,chad kearah kebaikan.tapi yang memilukan hati sampai menitis air mata ilah kematian chad.chad berjaya meraih keredhaan allah saya salin semua kata-kata semangat yang hlovate tulis di bahagian akhir bab
Baca aa+bb, anthem, versus menyevabkan saya mengimbau kembali zaman2 persekolahan dulu. Jujur memang sangat2 merindui zaman ini walaupun hampir 20 tahun meninggalkannya.
assalam. akak nak jual x? saya nak beli smua if akak nk jual..
putri.hussain@gmail.com
Post a Comment