Wednesday, March 04, 2015

9 buah Sudah

Alhamdulillah.

Kelihatan perjalanan aktiviti membaca saya agak berjalan lancar.

Kini sudah 9 buah yang sudah dibaca. Buku yang terkini sudah dibaca ialah :

Bukan Fiksyen
a) Leader In Me - Stephen Covey (Terjemahan Bahasa Melayu)
b) Projek Anak Luar Biasa - Ain Muhammad, Shamsuddin Kadir

Fiksyen
c) Cintaku Luruh di Oxford - Noor Suraya, Imaen
d) Andalusia Here We Come - Lisa Nurisha


Membaca buku bukan fiksyen sebenarnya satu nikmat. Tidak semua pengisian di dalam buku itu boleh diingat. Dan sebagai pembaca, kita pun bukan mahu mengingat semuanya. Ini kerana ada sesetengah informasi tersebut adalah perkara 'common' ataupun tidak menarik perhatian untuk diingati.

Perkara yang paling nikmat ketika membaca buku bukan fiksyen ialah ketika kita boleh garis menggaris atau warna mewarna baris perkataan yang kita rasa menarik.Salah satu tujuannya ialah untuk memudahkan kita mengesan poin penting. Nanti apabila mahu membacanya semula, senang dan memudahkan. Ini untuk kes pembaca yang suka membaca berulang-ulang untuk sesebuah buku.


Sumber Gambar
Sudah berapa kali percubaan untuk membaca The Leader in Me. Saya rasa saya membeli buku ini pada tahun 2010. Boleh bayangkan betapa banyak percubaan untuk buku ini dibaca. Penulis merupakan seorang yang terkenal dengan buku 7 Habits of Highly Effective People. The Leader in Me merupakan sebuah lagi buku yang ada kena mengena dengan 7 Habits namun dalam bentuk aplikasi di sekolah. Pengisian di dalam ini banyak bercerita tentang proses. Buku ini mengandungi pelbagai perkongsian daripada pelbagai sekolah yang cuba menerapkan konsep kepimpinan. Jadi, pengisiannya bukan sekadar aktiviti dan program tetapi juga merangkumi sistem di mana tunggak utamanya ialah pengurusan sekolah. Jadi jikalau kita mahu menerapkan konsep ini di sekolah tanpa melibatkan pihak pengurusan, maknanya kita cuma mahu melibatkan beberapa orang guru berjiwa besar sahaja, buku ini hanya boleh bertindak sebagai sumber inspirasi sahaja.

Buku ini bagus untuk meluaskan pandangan dalam bidang pendidikan. Bolehlah kita lihat pelbagai inisatif di pelbagai tempat untuk memupuk sifat kepimpinan pelajar. Inisiatif yang diketengahkan itu boleh membuatkan pembaca (terutama guru) mendapat input dan semangat juga. Apabila membaca buku sebegini, kita akan berjumpa dengan pelbagai manusia yang berjiwa besar dengan idea dan semangat yang mengagumkan. Saya tertarik dengan perubahan budaya yang ditunjukkan oleh beberapa sekolah di dalam buku ini dan sangat jelas ia memerlukan kombinasi kerjasama yang baik antara pengurusan sekolah, guru, ibu-bapa dan komuniti masyarakat untuk menjayakan misi sesebuah sekolah. Buku ini juga bagus sebagai agen muhasabah dan peringatan bahawa pendidikan di zaman sekarang bukanlah hanya tertumpu pada kejayaan akademik semata-mata malah ada banyak perkara lain yang lebih penting seperti sikap DAN itulah yang perlu kita pupuk di dalam diri pelajar agar potensi terbesar mereka dapat diteroka. Pada penghujung buku ada cerita tentang Heller Keller. Aduh! Sedih dibuatnya.


Sumber Gambar
Buku Projek Anak Luar Biasa ini pula memang menarik untuk dibaca, baik ibu-bapa mahupun guru. Ada 69 topik kesemuanya dengan pelbagai perkara yang disentuh. Semuanya memaparkan tips-tips mendidik. 

Apabila bercakap tentang mendidik, mestilah ia tidak akan lari dari bab-bab emosi dan psikologi. Buku ini dengan buku di atas (Leader in Me) sebenarnya saling lengkap melengkapi. Pengisiannya tetap tidak lari daripada mahu meneroka potensi anak-anak, pendidikan sikap dan mind set kejayaan akademik bukanlah kejayaan mutlak.

Buku ini boleh dibaca dari depan ke belakang atau dari belakang ke depan. Ini kerana, setiap topik itu tidak saling berkait. Itulah yang saya buat. Kekadang, agak membosankan membaca mengikut sequence topik.

Ya, ini buku motivasi keibu-bapaan. Membacanya membuatkan kita mudah-mudahan lebih berhemah di dalam mendidik anak-anak. Sekaligus mengingatkan kita mendidik bukan hanya fizikal tetapi paling penting membangunkan emosi dan potensi. Jikalau sesiapa yang pernah membaca buku-buku tulisan Puan Ainon yang menyentuh tentang teori pengukuhan positif atau teknik mendorong, konsep itu tidak lari dari buku ini. 

Sumber Gambar

Jikalau sudah membaca buku bukan fiksyen sehingga 2 buah, mesti jemu juga. Perlu segera cari 'kudap-kudapan yang manis'. Tidak lain tidak bukan, mestilah novel atau buku kanak-kanak. Pada kali ini saya teringin benar mahu membaca Cintaku Luruh di Oxford.

Jikalau anda mempunyai akaun Goodreads bolehlah cari buku ini di dalamnya. InsyaAllah anda akan menjumpai pelbagai perkongsian yang selayaknya oleh pembaca yang lebih bagus pemahamannya. Ada perkongsian itu, dikatanya buku ini sangat melelahkan. Yalah, 700++ muka surat itu, pastinya boleh berhari-hari mengkhatamkannya. Tetapi, saya OK sahaja menikmati halaman demi halaman, tidak pula ia meletihkan. Terhibur kerana ia bukan hanya cerita emosi Si Zuha dan Falah semata-mata tetapi  pengisian di dalam novel itu yang penuh dengan kepelbagaian informasi bertindak sebagai pemberi nilai yang menjadi sebab ia tidak dibaca secara skimming.

Sumber Gambar
Saya suka tentang latar tempat di dalam novel ini - Oxford dan Bukit Dussek. Saya tidak pernah pergi ke kedua-dua tempat itu, jadi  suasana dan sosial yang diceritakan di dalam ini merupakan benda baharu.  Saya paling suka Bahagian 2 (novel ini ada 3 bahagian) kerana latarnya di Bukit Dussek, cerita tentang kehidupan orang estet, serta oh ya, dimasukkan juga tentang kisah Zuha dan sekolahnya. Satu kombinasi yang mengena di jiwa Jikalau saya ialah penulis novel ini, saya tidak akan wujudkan watak Wassim. Sedih tahu tak, walaupun saya memang sangat berharap Zuha bersama Falah. 

Saya juga membaca Andalusia Here We Come. Cerita 2 adik beradik bersama ibu-bapa mereka pergi ke Andalusia. Jadi banyaklah tempat bersejarah yang dikongsikan di dalam novel ini. Bukan setakat jalan-jalan tetapi pengajaran mereka perolehi itu yang sangat besar maknanya. Jadi apabila membaca buku ini, bukan yang jalan-jalan itu yang kita perolehi, tetapi juga mesej di sebalik perjalanan tersebut.

Membaca buku kanak-kanak ini tidak rugi sebenarnya. Jikalau sudah habis dibaca, bolehlah letak di belakang kelas, giliran anak murid pula membacanya. Tetapi untuk tahun ini, saya masih belum meletakkan apa-apa lagi kotak buku di belakang kelas. Harap-harap selepas bulan 3 ini adalah rezeki anak-anak murid saya. 


2 komen:

Amri dan Aishah said...

Terima Kasih atas saranan buku2 yang bagus. Moga puan istiqamah membaca dan menyebarkan ilmu. Amin

Welma La'anda said...

Amin. Moga kita sama-sama dipermudahkan Allah banyak membaca :)