Pada 28 Februari , hari Sabtu, 2 minggu lepas, saya dan Mazlan berkesempatan menghadiri sebuah program khas untuk suami isteri yang berkahwin dalam tempoh 1-10 tahun. Program Mahligai Sakinah namanya di mana program tersebut turut menampilkan Pak Uteh ( Akhi Ahmad Syafiai Uda Jaafar) sebagai penyampai utama.
Mazlan bersama Pak Uteh |
Ada pelbagai perkara yang menjadikan program ini sangat menarik buat saya dan Mazlan. Satu, pengisian yang disampaikan penceramah dirasakan sangat sampai di hati( gitu ayat). Dua, penceramah yang tidak membosankan. Tahu-tahu sahaja beliau apabila kami semua sudah mula mahu mengantuk. Almaklumlah, program ini bermula dari pukul 9 pagi sehingga ke pukul 4 petang. Mahu tidak keras duduk di kerusi. Tiga, mungkin kerana pergi berdua, jadi auranya lain sikit ya, berbanding jikalau mendengar seorang.
Banyak juga ayat-ayat al-quran yang dipetik dan biasanya ayat tersebut dirasakan biasa-biasa sahaja apabila dibaca di rumah. Tetapi, apabila dibacakan dan dijelaskan di dalam program ini, rasa macam syahdu sikit. Rasa semakin berkobar-kobar menyayangi perkahwinan ini. Haha. Mengada-ngada. Kekadang, suami isteri pun perlu pergi ke kursus ala-ala motivasi perkahwinan seperti ini untuk memupuk cinta dan tanggungjawab. Pergi berdua sahaja ya, tinggalkan anak-anak sekejap di nurseri.
Perkara yang saya rasa sangat bermakna sekali di dalam program ini ialah pengisian tentang perbezaan lelaki dan perempuan. Sudah lama tahu pun perkara ini. Tetapi, seperti yang saya katakan sebelum ini, membaca di atas kertas adalah satu pengalaman yang lain dan menghadiri seminar bersama pasangan pastinya satu pengalaman yang lain juga. Pengisian yang disampaikan bukan sahaja boleh digunakan untuk perkahwinan , tetapi sekaligus, membuatkan saya sedikit memahami kerenah anak-anak murid saya yang lelaki. Betul-betul minda seorang cikgu ni. Pergi kursus suami isteri pun boleh teringat anak murid.
Ini merupakan salah satu aktiviti program ini. Ujian Otak namanya. Digunakan untuk mengenal pasti cara berfikir pasangan samada ke arah maskulin atau feminin. |
Nampak tidak data (Ujian Otak) saya dan Mazlan di atas. Mazlan sangatlah maskulin dan saya
sangatlah feminin. Pak Uteh kata, jikalau jurang terlalu besar,
kemungkinan ada banyak konflik berlaku, sebab cara berfikir dan karakter sangat berbeza. Kata-kata itu membuatkan saya berfikir. Ye ke? Saya rasa kami sangatlah saling memahami. Di akhir sesi, akhirnya saya mula sedar, betul kata-kata Pak Uteh, cuma Mazlan seorang yang penyabar dan untuk sesetengah perkara yang remeh temeh, dia akan mengalah atau buat bodoh sahaja. Karakter saya agak dominan sedikit dalam pelbagai perkara. Itu tidak termasuk, perangai merajuk dan mengada-ngada. Aiyo! Bagusnya program ini kerana ia membuatkan kita akan semakin menyayangi pasangan kita seadanya dia dan rupa-rupanya sangat banyak perkara positif yang pasangan kita miliki, cuma kita sahaja jarang-jarang benar melihatnya ia sebagi satu kelebihan dan rahmat dari Allah. Waduh! Syahdu kan. Menangis dibuatnya ya apabila di akhir sesi ini, para suami menyanyikan lagu Kopratasa - Permata Buat Isteri. Waaaaa...
Seperti biasa, jikalau penceramah itu merupakan seorang penulis, pasti beliau akan membawa sekali buku-buku yang ditulis oleh beliau. Mazlanlah yang menghasut saya tidak sudah-sudah untuk membeli buku Pak Uteh.
Suami Memimpin Isteri Mengurus, mempunyai halaman sebanyak 110. Ada 17 topik semuanya yang menyentuh tentang kaedah berumah tangga dan banyak menjurus ke arah cara-cara berkomunikasi serta memberi respon yang lebih positif untuk beberapa situasi yang common berlaku di dalam sebuah rumah tangga. Ringkas sahaja artikel yang ditulis untuk setaip topik. Tambahan pula jikalau anda menyertai sendiri program Pak Uteh, jadi semakin bertambahlah perasaan yang mengatakan buku ini sangat ringkas. Tetapi, ia sangat sesuai dijadikan refresher, sebab ada perkara-perkara yang disentuh di dalam Program Mahligai Sakinah turut juga dimuatkan di dalam buku ini. Cara terbaik ialah, pergi kursus, gabungkan nota yang diberi dan buku ini. Barulah pemahaman dan penghayatan yang kita perolehi itu mencapai tahap maksima. Oh ya, buku Pak Uteh yang satu ini telah menjadikan saya sudah membaca 10 buah buku untuk tahun ini!
Cuti sekolah sudah bermula.
Bagus bukan menjadi cikgu. Ada bulan-bulan cuti yang ditunggu. Hehe. Itu kata orang marhaen. Walaupun cuti sekolah, saya masih juga bekerja. Menghadiri mesyuarat, menyemak kertas ujian, menganalisa pencapaian anak murid dan merancang kaedah mengajar. Jadi waktu cuti sebegini, aktiviti utama yang paling sesuai ialah saya mengamalkan prinsip ke tujuh untuk 7 Habits iaitu Sharpen the Saw.
Semalam, 14 Mac, hari Sabtu. Hari pertama cuti sekolah. Pada sebelah pagi, 8.30-10.30, saya berpeluang menghadiri kursus di sekolah tentang etika kerja. Selepas itu, 10.30-12.30, bergegas naik ke tingkat 4, ada kelas tuisyen bersama murid Tahun 6. Selepas itu, program yang ditunggu-tunggu pun menyusul.
Sebaik menunaikan solat Zuhur, saya dan Mazlan menuju ke Pulau Pinang. Hari ini ialah hari jalan-jalan. Jalan raya agak sibuk. Mungkin cuti sekolah dan hari Sabtu. Jadi semua orang mahu keluar. Bayangkan kami bertolak pada pukul 2 petang dan hanya tiba di Gurney Plaza pukul 3.30 petang. Ada satu tempat yang menarik di Gurney Plaza dan saya hanya ke sini untuk satu tempat ini sahaja.
Tidak lain tidak bukan .....
Sejam kami berada di kedai buku ini. Belek punya belek, tengok punya tengok, akhirnya inilah tangkapan saya. Yay! Sebenarnya tujuan utama saya ialah ingin membeli buku-buku Amos Lee. Tetapi, alhmdulillah 'ala kulli hal, banyak pula buku-buku yang membuatkan saya tersenyum. Terima kasih MPH. Ada lagi buku yang mahu dibeli, tetapi nanti-nantilah. Nafsu perlu dibendung.
Biasanya, jikalau kami merancang program jalan-jalan, mestilah tempat-tempat yang menjadi destinasi itu perlu memenuhi citarasa kedua-dua kami, saya dan Mazlan. Saya cenderung kepada buku, mestilah ke kedai buku atau pesta buku (kalau ada). Mazlan pula suka melihat benda-benda antik, muzium dan tempat bersejarah.
Jadi, setelah saya bergembira dengan buku-buku yang dibeli itu, maka masa Mazlan bergembira pula. Pada kali ini, kami merancang untuk pergi ke 3 buah muzium yang ada di Penang ini. Untuk pengetahuan, hampir ke semua muzium yang ada di Penang, sudah kami jejaki.
Jalan-jalan di Penang, tidak sesuai berkereta ya. Paling efisyen sekali ialah menggunakan basikal atau kaki. Kami berdua pula lebih selesa menggunakan kaki. Akhirnya setelah berjalan entah berapa lama, kami pun tiba di Lebuh Muntri, lokasi muzium pertama yang mahu dituju - Muzium Kamera.
Malzan berada di hadapan pintu utama Muzium Kamera. Sebuah bangunan lama 2 tingkat. |
Masuk sahaja, kita akan dijamu oleh sebuah kamera besar. Mazlan cuba tengok menerusi lensa kamera tersebut tetapi tidak nampak apa-apa. Muzium ini terdiri dari 2 tingkat. Tiada yuran dikenakan untuk pameran di tingkat bawah. Bolehlah berselfie bagai di situ. Ada bingkai-bingkai gambar yang cantik, kedai cenderahati dan cafe. Jikalau anda mahu, anda boleh meminta khidmat mereka mengambil gambar anda sepanjang berada di muzium ini.
Tingkat 1 |
Sudah alang-alang sampai ke sini, jangan lepaskan peluang naik ke tingkat 2. Berbayar. RM20 seorang untuk tiket dewasa. Ada pelbagai kemera antik di atas ini. Semuanya di susun mengikut tahun.
Mazlan berada di dalam satu ruang yang memuatkan kamera dari tahun 1910-1990. Kotak kaca yang Mazlan pegang itu merupakan koleksi Tun Abdul Rahman. |
Gambar ini menunjukkan aktiviti selfie sudah ada sejak 1920 lagi. Besar bukan kamera yang digunakan. |
Jikalau anda berminat mahu mengetahui lebih lanjut tentang muzium ini, anda boleh google, sebab ada sahaja tukang review yang sangatlah terperinci menceritakan setiap seksyen di dalam muzium ini seperti Dark Room, serta tempat mencuci filem. Alahai, rindunya, zaman dulu di mana kita masih menggunakan filem untuk bergambar.
Setelah membeli poskad, tanda kenangan pernah berada di sini, kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Muzium 3D berdekatan dengan jeti. Uniknya berjalan kaki ialah ada sahaja yang menarik perhatian di sepanjang lorong-lorong yang kita lalui. Bukan itu sahaja, anggaplah ini aktiviti senaman.
Tiada masalah jikalau kita melancong di Penang. Khidmat dobi ini membuatkan kita boleh membasuh sendiri. Ada beberapa pelancong di situ yang sedang menunggu kain mereka. |
Ini bukan wall panting ya. Ini besi. Istilahnya steel rod sculpture. |
Setelah hampir 1 kilometer berjalan, akhirnya kami tiba ke destinasi muzium kedua yang mahu dituju. Ini ruang hadapan Muzium 3D Pulau Pinang. Jikalau tidak tengok betul-betul, mesti kita hanya lalu begitu sahaja sebab ingatkan gudang.
Banyak lukisan di sini yang menggambarkan budaya dan sejarah Pulau Pinang. Biasanya, jikalau ke sini mestilah aktiviti utamanya ialah bergambar.
Pintu utama |
Minum bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. |
Lukisan ini berada di aras bawah |
Ini salah satu contoh lukisan di tingkat atas. |
Hari sudah hampir maghrib. Mahu melecet kaki berjalan balik semula sejauh 1 km. Ada satu lagi muzium yang mahu dilawati. Sebaik menunaikan solat Maghrib, kami berjalan kaki ke Lebuh Acheh, mencari Muzium Islam Pulau Pinang. Ia merupakan sebuah rumah agam Syed Al-Attas yang menjadi pemimpin kaum Acheh di Pulau Pinang. Rumah ini dibina pada tahun 1860. Malangnya, sampai sahaja di situ, rupa-rupanya rumah tersebut sedang dalam tempoh ubahsuai.Kami hanya melihat rumah besar ini dari luar. Bangunan masih kukuh dan agak hebat juga ya Syed Al-Attas ini memiliki rumah besar beratus tahun dahulu.
Pemandangan pada waktu malam |
Lenguh sudah kaki kami berdua. Nampak sangat kurang stamina. Walau apa-pun, ada satu destinasi lagi yang mahu dituju - Big Bad Wolf. Setelah sampai di sana, setelah berpusing-pusing mencari buku yang berkenan, tibalah kami di ruangan Exit dan saya tidak membeli walau hanya sebuah buku. Dua kali sudah saya pergi ke BBW di Pulau Pinang dan betullah kata hati saya, yang BBW di Ipoh lebih menyeronokkan. Nasib baik saya sudah membeli sakan di MPH! Akhirnya, kami menghabiskan baki-baki masa di Marrybrown.
Tiba di rumah pukul 10 malam. Alhamdulillah 'ala kulli hal di atas segala nikmat kaki yang boleh berjalan, masa, kelapangan, duit, keselamatan yang terpelihara dan sebagainya.
Hari ini pula, 15/3/2015, Ahad. Saya pergi ke kedai buku yang biasa saya pergi, Landmark Bookstore. Membeli lagi. Konon-konon mahu membalas dendam sebab tidak membeli di BBW semalam. Ada-ada sahaja Welma ni. Selain dari buku-buku bacaan saya juga mudah tertarik dengan buku latih tubi. Yay!
Sekarang....
Berkira-kira mahu baca buku yang mana satu dulu. Mmmmppphhh........
0 komen:
Post a Comment