Friday, May 29, 2015

Buku-buku Syurga

Alhamdulillah.

Tercapai juga hasrat mengemaskini blog sebelum cuti sekolah bermula. :)

Baru-baru ini beli buku yang ada kaitan syurga dan wanita solehah. Rasa semacam sahaja diri. Rasa semakin tidak solehah lebih tepatnya. Jadi perlukan bahan bacaan yang sesuai dengan situasi hati sekarang ini.  Maka inilah hasilnya.


Baru selesai dibaca dua buah buku. Dalam seminggu ini. Tepatnya, sebelum tidur dan ketika menjaga kelas peperiksaan. Jadi entri pada kali ini ialah cerita perkongsian tentang dua buku tersebut. Menulis sambil mendengar lagi Esok Belum Tiba.

Kredit : http://pts.com.my
Dimulakan dengan tulisan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi - Wanita-wanita Syurga. Simple sahaja bukunya. Jikalau anda seorang pembaca yang membaca dengan kadar laju, insyaAllah boleh dihabiskan pembacaan dalam masa 1 jam. Tetapi malangnya, orang itu bukan saya. Saya mengambil masa hampir 5 hari, aha!

Mengandungi 88 halaman. Bercerita tentang kisah-kisah srikandi Islam seperti Khadijah bt Khuwailid, Fatimah Az-Zahra, Asma' bt Abu Bakr, Ummu Sulaim dan Nusaibah bt Kaab. Kenapa baca buku ini? Salah satu sebabnya (selain dari ketandusan rasa sifat solehah tadi tu) ialah kerana penulis. Yakin terhadap penulis yang insyaAllah akan menyajikan cerita-cerita yang dicedok dari sumber sahih. 

Jarang rasanya saya membaca kisah sahabiah. Sebab biasanya kita lebih biasa dengan cerita sahabat yang lelaki. Kekadang itu, tidak boleh sangat rasa 'feel' kesolehan mereka. Berbeza  dengan ikon wanita ( yang sama gender dengan saya), mudah sahaja (alhamdulillah), melekat di hati. Isu-isu yang ditonjolkan ialah tentang wanita, jadi isu-isu itu relevan dan mudah untuk pembaca wanita menyesuaikan dirinya dengan cerita tersebut.

Contohnya, jikalau kita ingin belajar tentang kesabaran hidup yang susah dan mendokong suami, Siti Khadijah dan Fatimah Az-Zahra boleh menjadi contoh. Mereka bekerja di luar, mereka juga tidak mengabaikan rumah tangga. Malah mereka bekerja dengan sangat kuat, namun tetap tdak merungut. Kehidupan sagat payah, tetapi mereka tetap tidak menyusahkan suami mereka malah terus bersabar. Jikalau kita mahu belajar tentang kekentalan fizikal dan jiwa, boleh belajar melalui Ummu Sulaim, Asma' dan Nusaibah. Mereka, semuanya, berbeza perwatakan, berbeza karakter dan berbeza 'interest tetapi tidak berbeza dari segi matlamat hidup.

Mereka keluar rumah untuk membantu keluarga, menyumbang kepada agama dan mereka bebas bertanya tentang hak. Jadi, kehidupan wanita Islam dahulu bukanlah kolot dan tertutup mindanya. Mereka seperti kita, bebas bekerja, bebas menuntut ilmu, bebas berkata-kata, cuma mereka sangat pandai memelihara agama dan diri.


Kredit : http://hikmatul-islam.blogspot.com/
Buku kedua ialah Wanita Solehah ditulis oleh Hikmatul Islam. Terbitan Mustread dan memiliki halaman sebanyak 163. Saya mengambil masa 1 setengah hari untuk selesai dibaca, di samping kerja-kerja yang lain. Agak cepat. Mungkin salah satu faktor, isi kandungan di dalamnya yang saya sudah terbiasa. Jadi, amalan skimming reading itu memang diapliaksikan di sini.

Buku ini saya anggap sebagai medium untuk bermuhasabah. Walaupun kandungannya sudah biasa didengar atau dibaca, tidak bermakna biasa diamalkan. Mudah-mudahan tulisan di dalam ini boleh menjadi reminder yang bagus, serta menyentuh bahagian hati mana-mana yang tertutup. InsyaAllah, bila kita sebagai pembaca niatkan sebegitu, akan ada sahaja poin-poin di dalam sesuatu buku itu yang tidak dijangka akan membuatkan kita 'pause' sebentar bacaan, untuk merenung dalam-dalam.  Oh, ya buku ini memang sesuai untuk remaja wanita. - bahasa yang mudah serta penuh dengan warna pink, purple dan biru. Sesuai juga untuk jadi bahan pengisian, mana tahu kita merupakan seorang yang selalu beri tazkirah yang ada slide, jadi flow untuk setiap topik di dalam buku ini boleh dijadikan panduan. 


2 buah buku ini merupakan buku yang ke17 dan 18 yang berjaya dibaca sehigga bulan Mei ini. 

Yay! Yay untuk cuti sekolah. Haha.

0 komen: