Thursday, July 02, 2015

Entri tertangguh

Kerja memang tidak boleh bertangguh bukan. Jikalau bertangguh, jadilah seperti saya.

Cadangnya, semasa cuti sekolah 2 minggu bulan Jun lepas, saya akan mengadakan marathon membaca dan terus kemaskini blog dengan tajuk entri 'Rehlah Cuti Sekolah'. Program marathon berjalan lancar, ada lah 8 buah buku berjaya dibaca, tetapi bab menulis perkongsian itu.........

Kini, mungkin masanya sudah tiba untuk kemaskini blog (setelah melihat kalendar yang sudah masuk bulan Julai dan dunia sudah bertambah 1 saat).

Ringkas-ringkas sahaja.

Berikut ialah buku-bukunya :



Ada 2 buah buku di dalam Siri The Travel Diary of Amos Lee. Kedua-duanya sudah dimiliki - Monkeying in Malaysia dan Lost in Taipei. Dengar-dengar ada sebuah lagi yang baru terbit Seoul Searching. Karya Adeline Foo dan Stephanie Wong ini bukanlah fiksyen kanak-kanak yang gedik-gedik. Kandungannya bermanfaat dan sentiasa membuatkan kita tersenyum. Banyak pengajaran terutama tentang survival.


Selepas itu, misi membaca diteruskan dengan 2 buah buku Siri Bedtime Stories Sentap. Apa yang menarik tentang buku-buku ini ialah ianya mengandungi tadabur ayat pilihan untuk setiap juzuk. Penyampaian isi kandungannya sempoi sahaja. Saya sendiri tidak berapa pasti samada 2 buah buku ini termasuk kategori blook ( blog --> buku) atau tidak. Ada diberi laman web disitu, tetapi tidak pula saya melayarinya. Saya masih pembaca konvensional, tetap selesa membaca buku edisi paperback. Sudah tua-tua begini, semakin kurang keterikatan saya dengan media sosial.


Setelah membaca buku-buku yang disifatkan sebagai appetizer, kini bertukar angin ke buku yang sedikit 'bosan'.Buku ini ditulis 3 tahun lalu. Seingat saya, pada tahun 2012, dunia pernah mendedahkan isu Rohingya namun tidak berapa ramai yang mengambil berat saya rasa pada ketika itu. Berbanding tahun ini, kesedaran tentang isu Rohingya ini lebih meluas. Buku ini agak bagus kerana ia menjelaskan secara detail tentang asal-usul etnik Rohingya, konflik yang tercetus serta beberapa isu sosial serta keprihatinan negara sekeliling membantu etnik ini. Ia bukanlah bacaan yang berat. Ia cukup untuk memberi kita informasi yang sewajarnya terutama jikalau kita masih lagi peringkat beginner dalam mengetahui isu etnik Rohingya.


Ada masa-masanya, buku siri travelog boleh membuatkan saya ketagih. Pada kali ini, teringin membaca buku Menalar Makna Diri tulisan Ustaz Hasrizal. Saya gemar tulisan beliau kerana saya yakin, catatan kembara beliau bukan semata-mata cerita pemandangan dan tempat, tetapi ia lebih dari itu. Penulis berkongsi fikrah dan ibrah yang disaluti dengan emosi. Jadi apabila buku ini dibaca, hasilnya, kita mahu menjadi lebih baik, mahu menjadi pencinta ilmu sejati, dan mahu menabur bakti mencurah bakti untuk ummah ini.


Entah kenapa cuti pada kali ini, teringin benar mahu membaca tulisan Prof Kamil dan isteri beliau Roza Roslan. Buku Merenung Diri ialah karya beliau dengan rakan, Mohd Zaini. Tulisan gabungan 2 penulis ini pernah saya baca melalui Usahawan Akhirat. Berbalik kepada isi kandungan buku, ia tidak lari dari tajuk. Kita sudah boleh mengagak. Buku ini ialah tulisan-tulisan muhasabah yang mahu mengajak membaca merenung diri dan mengingati mati. Membacanya mengingatkan kita tentang persiapan sebelum berangkat ke negeri abadi. Mengingati kematian bukanlah mudah terutama dengan kehidupan yang sungguh sibuk. Membaca buku sebegini, semestinya sanngat bagus untuk memberi ruang pause kepada diri, berhenti sejenak dan fikir tentang kehidupan kekal kita nanti.



Saya memang peminta nombor satu tulisan-tulisan Ustaz Umar. Dan saya suka, isi kandungan yang disampaikan. Kena dengan minat. Penulis selalu menyentuh tentang adab-adab ilmu, kisah -kisah orang soleh dahulu kala, dan dikaitkan dengan aktiviti keilmuan mereka. 

Ringkas-ringkas sahaja. 

Tangan pun sudah keras kerana sudah lama tidak kemaskini blog. 

Semoga terus membaca kerana Allah.

0 komen: