Sunday, July 07, 2013

Rindu

Jadual kerja amat sibuk kebelakangan ini. Pelbagai data perlu dibuat dianalisis. Laporan perlu disiapkan. Perancangan untuk suku tahun ketiga dan keempat perlu dirombak, diperbaiki,dan dikemaskini. Semuanya perlu dilakukan serentak dan cepat. Pendek kata saya bekerja hampir 18 jam setiap hari (secara mental) dalam masa 2 minggu ini dan mungkin akan berterusan sehingga awal September. Dalam keadaan sebegini, memanglah langsung tidak mampu  memberi ruang kepada untuk saya untuk berfikir tentang buku. Haih! Serabut.

Ini bukan perkara baru. Memang selalu begini. Jikalau dahulu, saya akan layan sahaja kesibukan ini dengan membiarkan buku-buku saya menjadi 'yatim' dan blog saya bersawang. Tetapi tidak untuk tahun ini. Membaca dan menulis tentang apa yang saya baca bukanlah hobi. Ia merupakan komitmen dan janji kepada diri sendiri untuk memanfaatkan setiap detik masa kepada sesuatu yang bermanfaat. Usia yang semakin menua mungkin menyebabkan saya terlalu risau dan sangat peduli tentang bagaimana saya 'berdagang ' dengan baki umur saya.

Pada malam ini, ya saya masih lagi serabut.  Campur rindu. Rindu pada buku-buku yang tidak mampu saya baca melainkan hanya membelek helaian demi helaian tanpa sebarang perasaan. Saya ambil sebahagian 'mereka'  dan didudukkan di atas kerusi, di tepi sofa. Walaupun saya masih tidak boleh melayani 'mereka', sekurang-kurangnya saya masih boleh  'meng-usha' dan membaca judul setiap daripada 'mereka' berulang-ulang kali. Setiap kali balik kerja, saya akan duduk berteluku di sudut ini dan memerhatikan satu persatu buku-buku itu dan kemudian baru saya pergi memasak.  Tidak cukup dengan itu, saya juga ada kebiasaan tidur dengan buku, sebelum  itu peluk-peluk dulu buku itu sambil senyum. Apabila saya sudah gian membaca tetapi tidak mampu melakukannya, saya akan melakukan pelbagai perkara pelik.

Walaupun ini cara hidup yang baru untuk Mazlan, namun dia cepat belajar untuk beradaptasi dengan gaya hidup teman serumahnya.

4 komen:

AdH said...

Berkenan dengan buku merah jambu di sebelah kiri bahagian atas. Totto Chan? Beli di mana ya Welma?

Welma La'anda said...

Aina,
Lamanya tidak dengar khabar. Saya selalunpergi blog Aina, tapi tak update pun :).
Toto Chan saya beli di Kinokuniya, 3 tahun lepas kot rasanya.

aidura sofiee said...

salam ramadhan.

melihat dr deretan buku menegak itu, baru akak tahu rupanya welma ni salah seorang pencinta buku Hlovate. :)

selamat beribadah di bulan yg mulia ini.

Welma La'anda said...

Kak Sofiee,
Salam ramadhan.
Haha. Baru tahun ni kot, mula belajar menyukai karya hlovate. Haha.